Monday, December 18, 2006

Tazkirah Buat Wanita

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda :“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).
Hadits ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam tentang penduduk Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan neraka yang majoriti penduduknya adalah wanita. Tetapi hadith ini tidak menjelaskan sebab-sebab yang menghantarkan mereka ke dalam neraka dan menjadi majoriti penduduknya, namun disebutkan dalam hadith lainnya.
Di dalam kisah gerhana matahari yang Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam dan para shahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam melihat Syurga dan neraka. Ketika beliau melihat neraka maka beliau bersabda kepada para sahabatnya radliyallahu 'anhum : “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita".Shalallahu ‘alaihi wassalam?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wassalam menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanyai lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya.
Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)
Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR. Muslim dan Ahmad)Imam Qurthubi rahimahullah mengulas hadits di atas dengan pernyataannya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal.
Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR. Nasa’i di dalam Al Kubra dari Abdullah bin ‘Amr. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 76)Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam :“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya (tanpa sebab) maka haram baginya wangi Surga.” (HR. Abu Daud dan At Tirmidzi serta selain keduanya. Lihat Al Insyirah fi Adabin Nikah halaman 85)

Baginda rasulullah juga bersabda : “Bersedeqahlah kalian! Kerana kebanyakkan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, diapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari) .

Rasulullah bersabda yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, baginda bersabda: “Hati-hatilah terhadap dunia dan berhati-hatilah terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israel adalah wanita”.Pada riwayat lain dalam Sahih Muslim dari Sahabat Jabir Rasulullah mengisyaratkan dengan sabdanya: ”Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaitan, dan membelakangi dalam bentuk syaitan.”

“Wahai bani Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaian mereka untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Q.S. Al A’raaf: 27 ).

“Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik …”(Q.S. An Nahl: 97).
posted by Ustazemran at 7:39 PM

Thursday, December 14, 2006

Cinta anta-anti

Maszlee Malik


“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (al-Hujuraat: 10),

“Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya” (H.R al-Bukhari)


Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ianya menerangkan tentang tanggung jawab seorang muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dan hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudar seagamanya. Perkataan “ukhuwwah” yang bermakna “persaudaraan” sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan taqwa ini. Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadi contoh tauladan kepada generasi muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiyyah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70’an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha samada secara langsung atau tidak langsung, pendokong-pendokong gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia. Jika di awal kebangkitan Islam dulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat samada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliyyah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliyah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan “ukhuwwah”.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka sering bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di”islamik”kan sepertimana bank-bank, insitusi-institusi kewangan lain diislamikkan. Maka timbullah istilah “Cinta Ukhuwwah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan gantinama “ana – anta dan ana – anti”.

Sms, Yahoo messenger, e-mail dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta “anta-anti” ini. Ianya lebih selamat, kerana tidak perlu mereka berkhalwat, tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik yang lain, tidak perlu membazir tambng teksi, duit tambang bas dan juga tidak perlu membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna warni sepertimana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung. Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktivti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang lembik serta berpaksikan cinta muda-mudi yang telah diislamikkan. Klip-klip video nasyid pun tidak kurang hebatnya, tajuk-tajuk yang bombastik berbaukan cinta asmara juga tidak kurang pesatnya. Hakikatnya, fenomena cinta “anta-anti” ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat, wal’iyadhubillah...

Teringat juga penulis kepada satu fenomena bilamana seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh seorang Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut. Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata “Ukhuwwah fillah kekal abadi...”. sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu “jamaah” dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui e-mail, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu “jamaah” dengan mereka. Aduh...lagi hebat daripada filem “Love Story” yang pernah popular di tahun-tahun 70’an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema “ukhuwwah fillah” sering menjadi “camouflagde” ke atas perhubungan antara dua jantina islamik ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga. Sekali lagi slogan ukhuwwah fillah menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ianya bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan “trend” percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jamaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka....ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70’an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop “kafir” dari pendokong gerakan dakwah berlebai yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan “Abuya”nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya, atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan samada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah “kawan”nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut “Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah”.

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat?, adakah ianya sudah cukup islamik?, adakah penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini?, ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap “sihat” atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Friday, December 08, 2006

Program Malam Bersamamu Palestin

KERTAS KERJA MALAM BERSAMAMU PALESTIN

Tarikh : 8 September 2006

Tempat : Masjid At -Taqwa


PROGRAM PALESTIN DI MIRI KUTIP RM22,000

Bandaraya Miri, 11 September 2006: Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin, Jawatankuasa Bersama Penganjuran Malam Bersamamu Palestin telah berjaya menganjurkan Program Malam Bersamamu Palestin (MBP) pada hari Jumaat yang lepas, 8 September 2006 bermula jam 7.30 malam sehingga 11.00 malam bertempat di Masjid At-Taqwa Miri. Pada sebelah petangnya sebelum itu telah diadakan Dialog Interaktif Palestin bertempat di Pustaka Miri selain Khutbah Jumaat Isu Palestin dan Pameran Palestin bergerak di masjid-masjid.

Program yang julung-julung kalinya diadakan di Bandaraya Miri ini adalah anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam dan Masjid An-Na'im Lutong bersama-sama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri, Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Miri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Bahagian Miri, Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri, Jamaah Islah Malaysia (JIM) Daerah Miri, Masjid At-Taqwa Miri, Masjid Ar-Rayyan Permyjaya, Masjid Darul Istiqamah Luak, Masjid An-Nur Tanjung Batu dan Masjid Darul Ehsan Piasau.

Program yang telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila berjaya menarik kehadiran lebih 1,000 Muslimin dan Muslimat telah dirasmikan oleh YB Haji Bolhassan bin Haji Di, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri merangkap Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak. Lebih daripada itu, sekurang-kurangnya RM22,000 telah berjaya dikumpulkan untuk Tabung Dana Palestin dan telah diserahkan kepada wakil Aman Palestin Berhad, Dr. Zainur Rashid Zainuddin di akhir program tersebut.

‘Palestin di Hati’ dan ‘Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?’ masing-masing telah dipilih sebagai tema dan slogan program. Berikut merupakan antara objektif Program Malam Bersamamu Palestin ini dianjurkan:

1. Membangkitkan kesedaran dan kepedulian masyarakat terhadap usaha menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin.

2. Menimbulkan rasa syukur di atas nikmat keamanan dan kedamaian yang dimiliki dan kita kecapi selama ini dan peripentingnya kita memastikan kesinambungannya.

3. Mengarusperdanakan isu Palestin dalam masyarakat sebagai aspek pembinaan kesatuan masyarakat dan kesedaran umat.

4. Membuat kutipan Dana Palestin untuk disalurkan kepada kerajaan dan rakyat Palestin.

Program Malam Bersamamu Palestin ini diharap telah membangkitkan semangat dan memberi kesedaran kepada warga masyarakat Islam di Bandaraya Miri tentang isu Palestin. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan untuk terus memastikan umat Islam memahami peranan serta tanggungajwab mendesak yang wajar mereka laksanakan demi melihat bumi Palestin kembali berdaulat dan rakyatnya kembali merasai keamanan. Marilah kita terus berjuang dan berkorban atas kapasiti yang termampu demi Allah dan agama Islam yang kita cintai! Jom selamatkan Masjid As-Aqsa dan Bumi Al-Quds! Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?


Mukaddimah

Hari ini, pada bila-bila masa sahaja, Masjid al-Aqsa bakal runtuh akibat hakisan atas usaha Zionis “Israel” yang melemahkan struktur binaannya. Pada bila-bila masa, masjid ketiga paling suci dalam hati umat Islam bakal ranap dan bertukar identiti sebagai “Temple of Mount”. Bila-bila masa dari sekarang, Masjid al-Aqsa bakal tertiarap meninggalkan debu dan di masa itu tiada guna lagi penyesalan. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.

Maka, masih belum terlambat untuk setiap umat Islam menghulurkan sesuatu sebagai simbol kecintaan terhadapnya. Peranan kita yang proaktif walau sekecil zarah dengan keikhlasan dan kecintaan yang tulus mempertahankannya akan dikira oleh Allah SWT sebagai seorang pembela Masjid al-Aqsa yang disucikan. Sesungguhnya umat Islam itu sejasad. Apabila saudaranya ditimpa musibah dan ujian, maka dia juga akan merasa kesakitan dalam batang tubuhnya.

Segala kezaliman yang diperlakukan ke atas umat Palestin tidak pernah melemahkan mereka untuk terus bangkit berjuang mempertahankan tanah suci umat Islam tersebut. Walaupun ribuan dari anak-anak mereka dibunuh kejam, segala harta dirampas dan dimusnahkan dan menderita dalam tanah air mereka sendiri, semangat juang mereka tidak sekali-kali luntur. Rakyat dan kerajaan Palestin tetap berdiri tegap mewakili seluruh umat Islam mempertahankan bumi al-Aqsa. Pertarungan sengit ini dihadapi mereka keseorangan tanpa bantuan dan ihsan sesiapa.
Amat malang seandainya umat Islam yang mengaku saudara dan sejasad dengan mereka, tidak mampu melakukan apa-apa demi masa depan mereka. Sekiranya ada sumbangan umat Malaysia kepada rakyat dan pimpinan Palestin, maka mereka tentunya lega dan merasai mereka dibantu oleh seluruh manusia. Hari-hari yang bakal mereka hadapi pastinya lebih meyakinkan untuk mempertahankan bumi al-Quds dan kesuciannya.
Atas dasar persaudaraan dan aqidah Islam, Malam Bersamamu Palestin ini dicetuskan demi membangkitkan kesedaran dan menyatakan kepedulian masyarakat Islam khususnya di Miri terhadap saudara mereka di Palestin yang menderita sekian lama. Semoga program yang dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan amanah ini akan dapat sedikit-sebanyak membantu saudara kita di Palestin dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Tema Program

Palestin di Hati

Slogan Program

Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?

Rasional

Suasana semasa dan tindakan ganas Yahudi dan Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin sudah berada pada tahap yang amat kritikal . Kondisi ini menuntut kita untuk tidak terus duduk senang bergoyang kaki tanpa melakukan apa-apa tindakan. Justeru, program Malam Bersamamu Palestin ini dirangka khas untuk membangkitkan kesedaran warga masyarakat khususnya di Bandaraya Miri terhadap peranan menyelamatkan al-Aqsa dan sekaligus membantu saudara seIslam kita di bumi Palestin.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)." Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan pendorong bagimu." (Al-Qur'an Al-Kariim, Surah Al-Baqarah: 120)



PESANAN HAMAS BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA
(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Ustaz Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan.
Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.
Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???
Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.
Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.
Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?
Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.
Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?
Umat Islam di Malaysia sekelian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.
Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.
Umat Islam di Malaysia,
Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.
Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.
Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.
Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.
Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.
Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...
Allah Akbar!!!
Saudaramu, Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur, 14 Mei 2006.

Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allah

Sumber daripada seorang sahabat, Muhtar Suhaili.
(Artikel ini diulang siar sebagai tanda rasa sekaligus peringatan buat diri. Semoga bermanfaat jua buat insan yang berfikiran dan dalam kelana mencari cinta haqiqi).

Wahai saudara seagamaku, saudara MUHTAR bin SUHAILI..yang saya hormati (Saya sering ziarah ke weblog saudara dan akhowat.. Teruskan perjuangan saudara lilllah)
Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi.
Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengigatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.
Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadapan larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh.
Lantaran itu, saya tidak pernah puntya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organiasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya.
Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu.
Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangakan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga.
Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengigatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah. Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbang kalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia.
Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.
Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual deangan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya. Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebeluam saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami.
Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari.
Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah. "I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now." "Not a single phrase, nor a word." "My sweetheart, if you want to bulid a family, a faithful one, you can never bulid it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.
Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata: "It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so." Saya percaya, itulah yang terbaik baut saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang. Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat.
Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami. Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku. Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara.
Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya.

Pesan saya buat saudara MUHTAR, sekiranya tiada penawar berbisa, jangan cuba mencari cinta manusia, Kelak dirimu akan binasa..jika cinta manusia datang menduga tanpa diminta kehadirannya, maka bercintalah kerana-Nya.

Dan lagi satu..hargailah..sayangilah seseorang itu…kerana ALLAH SWT..cintai dia ikhlas atas dasar visi destinasi perhubungan sesama pasangan itu adaLAH krn nawaitu murni iaitu aku ingin memiliki dan mengahwininya demi menyempurnakan SUNNAH RASULULLAH s.a.w. dan kerana ALLAH SWT.
MUHTAR, beringat2lah
"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya." Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

SOHABAT barumu,
MU’ammar.Mafraq, Jordan

Wednesday, December 06, 2006

My Friends Wedding Story....

Hashimah n Hubby
Zolita and hubby

Norzie n Idin......with Sribima staff











Pada bulan ini,
December 2006....tiap-tiap minggu aku menerima jemputan perkahwinan.....memang musim orang berkahwin...

Pada 2/12/2006...aku, Aswita,As dan Liza ke Bintulu...menghadiri majlis pernikahan rakan baik kami, Zolita Rosli...Kami ke Bintulu menggunakan jalan costal....As yang jadi driver...

Lebih kurang 11.00+++ kami sampai di Bintulu...kami lepak sementara di Restoran Selera Kampung sementara menunggu waktu ke majlis pernikahan Zolita.

Walaupun sesat beberapa ketika, akhirnya kami jumpa juga rumah beliau.....kami sempat menjenguk Zolita dalam bilik yang ketika itu sedang di solek...

Bilik pengantin beliau.....bertemakan warna kuning....agak menarik walaupun simple...

"Aku tengah blur tok..." kata Zolita..

Kami semua cuma tersenyum...mesti beliau tengah berdebar-debar...

Lebih kurang pukul 1.00++ tengah hari....pihak lelaki tiba.... ku lihat bakal suami Zolita ketika itu...sangat gelisah...dan nampak sedikit gementar.....di tambah lagi dengan usikan kadi...dan para tetamu.... dia kelihatan begitu 'tidak tentu'...

Tepat jam 1.45 tengah hari....my best friend, Zolita Binti Rosli were blessed in a matrimonial ceremony....the moment his husband, Mohd Safari replied to the words of the Kadi, I felt relieved and extreme joy for him and Zolita...proud to say, I witness the moment their eyes met and I've manage to witness the moment they were meant to be as husband and wife......

Air mata Zolita jelas kelihatan....tangisan gembira...selepas bersalam dan mengucapkan tahniah pada Zolita....kami minta diri.... untuk balik ke Miri...

Kami tiba di Miri lebih kurang pukul 6.00++ malam...walaupun penat, malam itu aku dan As ke majlis 'berlulut' seorang lagi sahabatku, Pi. Sementara menunggu Normah dan Aswita.....aku dan As sempat bergambar dengan Pi....

Pi, dalam 'kesibukan' sempat juga berkongsi macam-macam cerita pada ku dan As....memang lucu....

Keesokan harinya....3/12/2006....kami ke majlis persandingan Pi.... Pi kelihatan comel...Antara rakan sekolah menengah yang turut datang ialah....Pojot, Liza, Min, Guy, Adek, Normawati, Nurul Hasanah.... sempat juga kami bergambar sakan...

7/12/2006....aku dan collequeku (Ein dan Linda)....ke parkson untuk cari wedding gift untuk Norzie....kami org share beli hadiah.... maklum ramai sangat kawan yang getting married,.....so terpaksa share hadiah... kalau tak budget memang lari....he..he...

9/12/2006....kawan baik ku Pojot, ajak ke rumahnya tolong buat bunga telur....aku ni bukan nya retipun...just nak tengok je...maklum adat bangsa kami...tak de guna bunga telurpun...

Lebih kurang pukul 3.30++pm....aku, Midah n Hayati ke rumah Pojot... Min n Gayah dah ada di situ.....tengah kusyuk melukis telur (bukan sebenar)...Gula aising yang di buat macam telur...memandangkan aku tak da bakat seni....so aku offer tolong goreng popia...

Malam lebih kurang 9.00++pm....kami minta diri....aku perlu cari pembalut hadiah....untuk rakan sekerja ku yang akan bersanding esok harinya....

10/12/2006....aku, Liza, Midah n Hayati ke rumah rakan sekerja ku, Norzie.....pagi tu majlis 'berlulut' di adakan sementara menunggu pengantin lelaki tiba...Zie mengenakan gaun warna merah....manakala suaminya, Idin mengenakan baju melayu putih bersampin merah.... nampak kontra...tapi menarik......

16/12/2006....aku, Hayati n Midah ke rumah sahabat ku, Pojot....kami antara tetamu paling awal....saja....nak 'memantau'...he...he... memandangkan belum ramai yang datang...so kami 3 ambil peluang bergambar sakan.....peluang....

Lebih kurang pukul 2.30++ petang....majlis akad nikah berlangsung... Min datang...kami tidak berpeluang menyaksikan detik2 Pojot n Burn jadi suami isteri memandangkan 'space' yang agak limit...

Apa pun i am happy for them.....sedar tak sedar Pojot dah jadi isteri orang.....

Actually, pada mulanya kami se geng tidak berapa tahu tentang hubungan 'cinta' Pojot.. dia ni agak secretive....n agak malu nak bercerita secara open....tentang kisah cinta nya....

Memandangkan dia sangat 'menyembunyikan' boy friendnya....so kami makin berminat nak 'kenal'....sehinggalah suatu hari, one of our friend, Saiful, memaklumkan kepada kami that dia ada 'melihat' Pojot dan BF nya dating di Sugar Bun....

Aku sendiri pertama kali berjumpa ngan Burn masa majlis hari jadi Adek....masa tu Burn memang masih 'malu-malu'....

Selepas Min, bekerja di bawah syarikat ayah Burn, then ketika itu....Burn sudah mula 'familiar' ngan geng kami.....kami semakin kenal Burn ketika bermain badminton....

Sehinggalah sejak kebelakangan ini, Burn sudah mula lepak dengan kami....aku pun sudah mula 'membiasakan' diri....walau pun masih sedikit kontrol....maklum belum biasa sangat....

Alhamdulillah sekarang Burn dah jadi part of us.....Semoga dia faham akan persahabatan kami dengan isterinya, Pojot....Apa yang penting, kami harap dia akan jaga Pojot baik-baik...

17/12/2006.....aku, As, Liza, Hayati, Midah.....ke majlis persandingan Burn n Pojot di dewan suarah....ramai juga kawan sama sekolah menengah yang turut berada di majlis itu....antaranya, Normah, Adek,Pi, Aswita, Min, Guy,Rahimah,Turi,Ein and Nurul.... Kami semua tumpang gembira untuk Pojot n Burn...

To all of you guys...Selamat Pengantin Baru...May your lives together be blessed by Allah always....

Monday, November 27, 2006

Berbahagialah.....

Sumber from my best friend, Hasma Hassan...

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia!(Dr Aidh Al-Qarni)
Berulang kali membaca buku ini memberikan satu kekuatan untuk saya lebih berbahagia. Rugi rasanya jika hidup tidak bahagia. Mungkin sesuatu datang menduga, tetapi bahagia ada dalam tangan kita sendiri.
Dugaan datang bukan sia-sia, tetapi untuk menguji sejauh mana kita sebagai hambaNya mengambil iktibar dari dugaan tersebut. Untuk apa mengenang kesedihan yang jauh ditinggalkan, dan untuk apa berduka cita dengan apa yang bakal dihadapi? Moga saya dan sesiapa saja akan tenang dengan kehidupan ini. Kejarlah apa yang diidamkan, tetapi jangan lupa apa yang telah dimiliki. Mempertahankan rasanya lebih payahkan...
Pada yang bersahabat, jujurlah dalam bersahabat...pada sang isteri, berilah segala kesetiaanmu seadanya untuk sang suami. pada sang anak, berbaktilah semahunya pada kedua orang tuamu, atau apa saja letakmu, patuhilah seadanya...kerana ada DIA yang wajib kau patuhi melebihi segalanya...
Bahagia akan datang jika kita tahu apa yang kita cari! Senyumlah dengan apa saja...kerana sesiapapun tidak tahu jika kita sedang bergundah...Selamat tinggal wahai gundah gulana..:-)
Note.
Aku rasa semua ayat-ayat di atas...memang sesuai di tujukan pada ku... entahlah.....dua tiga menjak ni....aku rasa kurang tenang.... i don't know why...tapi hati memang rasa gelisah dan gundah gulana... kepalaku rasa berat...seolah-olah ada 'beban'.....semoga Allah ampunkan dosaku atas persoalan-persoalan yang timbul saat-saat aku dalam kesukaran...semoga Allah berikan aku sebenar-benar kebahagian...iaitu hati yang tenang...Amin.."
"Ingatlah dalam kamu berlari mencari redha Tuhanmu, tidaklah ia dihiasi oleh wangian haruman kasturi, tetapi ditaburi oleh onak ranjau yg tak terperi, Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah"
"Sesungguh nya hanya dengan mengingati Allah..hati akan menjadi tenang.."

Thursday, November 23, 2006

Kini hanyalah tinggal kenangan........

January 2004

Rumah Sewa.Pujut Padang Kerbau.

Aku dan freinds....ready untuk berbuka puasa. Aku puasa sunat hari ini.Tiba-tiba hand phone ku berbunyi.

Panggilan dari sahabat baik ku dari Niah, Jusmin.

"Assalamualaikum kak..."

"Waalaikumsalam....apa hal Min...?" soalku heran coz jarang aku dapat panggilan menjelang Magrib.

"Kak.........kak......(Jusmin teragak-agak)...Sulaiman @ Lemang dan Boy meninggal dunia..." kedengan suara Jusmin menahan sebak.

Ya Allah...Aku terasa seperti ada benda berat yang menimpa kepala ku.

"Innalillahiwainnailaihirrajiun....bila Min?" soalku sebak.

"Tadi kak, baru jak....dia accident dengan Boy dan Jusman.." semakin jelas bunyi tangisan Jusmin.


Aku tidak dapat menahan air mataku dari mengalir. Aku terbayangkan Jusman dan Lemang... hubungan kami sangat rapat terutama zaman kanak-kanak... maklum rumah kami berdekatan antara satu sama lain...

Kami ke sekolah bersama-sama....mengaji bersama-sama...main "kawin-kawin" sama-sama...main polis sama-sama...main 'dango' sama-sama...main masak sama-sama....makan sering sama-sama... bercerita sama-sama...main 'kartu @ daun terup' sama-sama... Jusman sering mengajarku apa-apa permainan yang baru... main cikgu sama-sama...pergi sekolah jalan kaki bersama-sama...

Membuli rakan sekampung kami , Hasma sama-sama....kami sering di kejar oleh ibu Hasma kerana sering membuat Hasma menangis... Pernah sekali bapa ku memarahi kami kerana sering 'membuli' Hasma...tapi zaman kanak-kanak....apa yang kami kisah... kena kejar... kena marah....kami tidak pernah 'jerak'....

Pendek kata....zaman kanak-kanak....pagi selepas mandi dan sarapan... kami akan lepak bersama-sama...ada-ada sahaja aktiviti kami....petang balik rumah masing-masing... sebelah malam kami akan pergi mengaji bersama-sama.....

Paling seronok...hujung minggu sebelum mengaji kami akan menolong 'guru' kutip buah cili....cabut sayur kubis...petik buah tembikai..petik kacang panjang....sempat juga lah kami menimba pengalaman sebagai 'petani'.... sebagai upah, 'guru' kami akan beri kami makan buah tembikai sebelum mengaji....ada ketika nya kami akan bermalam beramai-ramai di rumah 'guru'....

Pada bulan Ramadhan....kami akan ke surau berterawih beramai-ramai...

"Kak......"imbasan ku pada kenangan lalu terus hilang mendengar suara Jusmin.

"Aku sedih lah Min..."kataku sambil menangis...Aku sudah tidak mampu mengawal emosiku ketika itu..

"Iya lah kak....saya sedih juga...tapi Allah lebih sayang mereka..sabar jak lah...kami on the way ke hospital...Jusman sorang jak yang selamat..kita jumpa lah di hospital ya kak..." kata Jusmin.

"Insya Allah.."

Petang itu aku hanya berbuka puasa ala kadar...selesai solat magrib... aku dan Bicci segera ke hospital...setibanya aku di hospital....sudah ramai orang kampung ku di situ...aku di bawa oleh sepupuku, Musran ke wad 7 untuk melihat Jusman...

Di wad....ramai juga orang kampungku.....melihat kelibatku ibu Jusman, Makcik Kinah segera mendapatkan ku dan memeluk ku.... suasana sungguh mengharukan ketika itu...

"Jusman nak.....dia accident..." kata makcik Kinah sambil memelukku dan menangis di bahuku....aku turut menangis...

"Sabar makcik....Insya Allah....tiada apa-apa yang berlaku..." aku cuba menenangkan makcik Kinah..

Belum sempat aku ke katil untuk melihat Jusman....Ku lihat Nas, Nur, Sudik dan beberapa lagi rakan Jusman menjerit sambil menangis....

"Jusman sudah tidak ada...."kata bapak Zahir. Terasa lemah kepala lututku...

"Innalillahiwainnailaihirrajiun...." hanya itu yang mampu ku ucapkan. Sesungguhnya kematian itu benar.

"Jusmannnnnnn......." makcik Kinah menjerit sambil berlari ke katil arwah Jusman....

Ku lihat bapa arwah menangis.....tapi dalam keadaan yang agak tenang.

"Sabar pakcik...Allah lebih sayang dia...relakan lah dia pergi.." kataku.

"Iya lah nak, apa boleh buat....janji nya sudah sampai.... sedih memang sedih.... tapi itu semua Allah yang atur.." tenang sahaja suara bapa arwah Jusman.

Aku segera mendapatkan makcik Kinah...

"Sabar makcik....relakan dia pergi....maafkan dosa-dosanya....halalkan air susu makcik...semoga dia di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.." kataku sambil memeluk makcik Kinah.. Aku faham, saat-saat sukar begini....beliau perlukan sokongan dan kata-kata semangat...

Makcik Kinah menangis teresak-esak...semua yang ada di situ tidak dapat menahan sebak....beberapa jururawat bertugas turut 'menyertai' adegan itu....Siapa yang tidak sedih...melihat anak 'pergi' di depan mata...

Setelah agak tenang...aku segera ke bilik mayat... di depan bilik mayat ramai juga orang kampung kami...menunggu mayat Lemang dan Boy.

Melihat kelibatku....ibu arwah Lemang segera memelukku.... beliau memang maklum hubungan akrabku dengan anak beliau...

Semua yang ada di situ memang sudah tidak dapat menahan sebak....

Sepertimana aku menenangkan ibu arwah Jusman...perkara yang sama aku lakukan pada ibu arwah Lemang....

Aku memang maklum kesedihan beliau....Lemang memang sangat di manjakan oleh ibu nya.....

"Malam tadi, arwah tak henti-henti sakat makcik ...sakat anak buah nya.." cerita beliau.

"Pagi tadi makcik tengok dia tidur di depan tv......masa tu makcik dan pakcik nak ke hospital hantar kakaknya sakit hendak bersalin...." sambung ibu arwah Lemang.

Pagi tadi mereka sekeluarga menerima berita gembira ... kerana kakak arwah selamat melahirkan baby lelaki.....sebelah tengahari pula mereka di kejutkan berita kematian....


"Minggu lepas.....arwah tak henti-henti sakat adiknya...semua kami dalam rumah tu di sakatnya....anak buahnya samapi menangis di sakatnya.....rupa-rupanya dia mahu tinggalkan kami..."kata beliau sambil mengesat air mata.

"Semalam dia suruh makcik goreng ayam....tapi dia tak sempat makan kerana kawannya telefon....lepas tu dia terus keluar.."cerita beliau lagi... kali ini tangisannya semakin jelas.

Semua 'ibu-ibu' yang ada di situ menangis....kawan-kawan arwah dari Bintulu...Niah....memenuhi perkarangan hospital...semua menangis..... suasana ketika itu sungguh mengharukan...

Lebih kurang 2.00 pagi....baru aku balik ke rumah....Mayat arwah Jusman terus di bawa balik ke kampung pada malam itu.... Manakala mayat arwah Boy dan Lemang hanya di benarkan di bawa balik keesokkan harinya.....

Keesokkan harinya....aku minta cuti dari majikan ku....

Aku ingin menolong apa-apa yang patut.....di samping ingin menemani ibu arwah......

Pagi itu, mayat arwah Boy....di tuntut oleh saudara mara beliau...untuk di hantar pulang ke kampung halaman beliau....di Sri Aman...Paling menyedihkan ....kerana beliau memang bercadang untuk balik ke kampung kerana ibu beliau akan pergi menunaikan haji dalam tempoh 2-3 hari lagi...

Manakala mayat arwah Lemang pula di bawa ke kampung kami.... aku tidak turut serta pagi itu kerana aku di tugaskan menjemput adik arwah di airport yang akan datang dari KL ....

Ketika sampai di kampung, sudah ramai orang di rumah arwah Lemang... aku singgah sebentar di rumah beliau sebelum aku ke rumah arwah Jusman....

Petang itu....orang kampung beramai-ramai ke kubur mengiringi jenazah .... Semuanya turut terasa kehilangan....

Semoga mereka di tempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Al- Fatihah....

SETIAP MAKHLUK TELAH DITENTUKAN AJALNYA

Mereka juga bersaksi dan berkeyakinan bahwa Allah azza wa jalla telah menentukan batas akhir kehidupan bagi setiap makhluk.

Sesungguhnya setiap jiwa itu tidak akan mati kecuali dengan ijin Allah dan takdir dari-Nya.Apabila sudah ditakdirkan waktunya mati, maka tidak ada pilihan lagi kecuali mati. Tidak bergeser sedikitpun. Allah berfirman:"Tiap- tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula memajukannya" (Al-A'raaf: 34)

Allah juga berfirman:"Setiap yang yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah sebagai ketentuan yang telah ditetapkan waktunya."(Ali- Imran:145)

Mereka juga bersaksi dan berkeyakinan bahwa siapa yang mati atau terbunuh, maka hal itu merupakan takdir. Allah berfirman:"Katakanl ah:"Sekiranya kamu berada dirumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ketempat mereka terbunuh..." (Ali-'Imran: 154) Allah juga berfirman:"Dimanapu n kamu berada, kematian akan menemuimu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kokoh..."(An- Nisaa:78)



Tuesday, November 21, 2006

Teman Baru...


(Bunyi ring tone)

Aku segera mengangkat hand phone ku....panggilan daripada Kak Rozi...

"Assalamualaikum....kitak free kah hari Sabtu (18/11/2006) ni?..." soal nya.

"Kenapa kak....rasanya tak free lah...coz kamek nak ambil kawan kamek kat Mega hotel...nak bawa jalan-jalan ...then malam nak hantar gi airport..." jawab ku.

"oooo....tak pe lah kalau macam tu...akak fikir nak ajak kitak n freinds gi rumah sabtu tok lepas Asar...ada jamuan raya sikit...dan ada usrah sekali...lama dah kita tak de usrah......"kata kak Rozi.

Usrah?...ye memang lama dah aku tak de join....

"Rasanya kamek tak dapat join lah kak...Hayati balik kampung...Midah pula gi KL...lagipun tak sesuai juga kamek nak ajak kawan...mereka tak biasa lagi ngan kita.."

"Tak pe lah kalau macam tu...Insya Allah next time je kitak ikut..."

Aku sebenar nya 'teringin' juga menyertai majlis tersebut... tapi apa boleh buat...aku sudah ada 'janji' pada hari tersebut...tak baik juga mungkir janji....

Sabtu..18/11/2006.

Aku mendapat sms daripada Santi pada pagi itu...

"Kak, tak perlu ambil saya nanti....kawan saya nak ajak jalan-jalan terus dia akan hantar saya ke airport malam nanti..."

Memandangkan temu janji ku 'batal'...aku segera sms kak Rozi... menyatakan aku akan turut serta program di rumah nya petang itu...

Tiba-tiba datang rasa malas ku....aku cadang nak berehat saja...sekali lagi ku hantar sms pada kak Rozi.. maklumkan aku tak jadi join...

Tapi...timbul pula rasa bersalah.... bukan selalu kak Rozi ajak 'usrah'...lagipun rehat boleh bila-bila masa... tak kan lah aku tak boleh korbankan masa rehat untuk perkara-perkara yang boleh memberikan faedah/pengisian kepada ku.....terutama sekali majlis ilmu...kerana ia taman-taman syurga...aku sendiri perlu 'sering' di ingatkan untuk 'kuat' .. menghadapi ...'ujian'...

Sekali lagi aku hantar sms pada kak Rozi...aku akan turut serta... Memang tidak mudah melawan rasa malas...sekali lagi timbul rasa malas...kali ini aku nekad tidak join...so aku sekali lagi hantar sms ... menyatakan aku tak jadi join...

Entah lah....kenapa...hati ku kuat 'mendesak' supaya aku turut serta program itu...mungkin ada sesuatu...lagipun hatiku rasa tidak tenang... so aku terus telefon kak Rozi dan maklumkan yang aku akan ke rumah beliau...kali ini aku terus berkemas2 untuk segera ke rumah kak Rozi...takut nanti berubah fikiran lagi... maklum nak buat baik ni...ada je ...hasutan syaitan.... kalau kalah... memang malas lah...

Aku orang pertama yang tiba di rumah kak Rozi...

Tidak lama kemudian...ramai yang datang.....Alhamdulillah aku dapat kenalan baru....kak Balqis...Puteri...kak Siti...kak Alin...dan ramai lagi...

Selepas sessi ta'aruf....ada sedikit 'pengisian ilmu' daripada kak Balqis.. Alhamdulillah....aku bersyukur kerana berjaya melawan rasa 'malas' ku tadi....

Kak Balqis berharap sessi 'usrah' ini akan berterusan....supaya anasir-anasir jahat sukar untuk 'mengambil' tempat di hati... kerana ada yang akan ingat-mengingati...

Bagi ku...selain ilmu yang di perolehi...apa yang paling penting ialah 'silaturrahim' yang terjalin antara ahli 'usrah'....bak kata kak Alin... ilmu itu boleh di cari melalui macam-macam cara...tapi hubungan 'silaturrahim' itu hanya akan wujud dengan 'rajin' mengunjungi dan menyertai program sedemikian..

Kata kak Alin ....jika di hayati ikatan 'silaturrahim' dalam Islam itu sebenarnya sangat indah....aku memang mengakui hakikat ini...

Petang itu...aku menghantar kak Alin balik....aku sempat solat magrib berjemaah dengan beliau....

Kami berdua sempat 'berkenalan' dengan lebih mesra...

Kak Alin sebenarnya orang Indonesia...beliau di sana merupakan doktor umum...beliau berada di sini mengikuti suami yang berkhidmat sebagai Jurutera Kimia...beliau ada 2 putera yang comel...

Aku suka melihat pasangan ini.....kehidupan mereka sangat 'islamic'... dan memang patut di contohi....

Apa yang paling penting ....aku senang 'meluahkan' segala apa yang 'ku rasa'...pada kak Alin...tanpa rasa 'janggal' walaupun kami baru kenal...dan aku rasa sangat tenang selepas itu.......(memang pelik ... maklum kami baru kenal beberapa jam....mungkin inilah yang dinamakan keindahan 'bersilaturrahim' kerana Allah)

Kak Alin banyak memberi kan ku 'dorongan' supaya sentiasa 'kuat' ... maklum kata-kata orang kadang-kala melemahkan semangat...terutama sekali apabila kita hendak melakukan perubahan ke arah yang lebih baik....tapi sampai bila pun kalau kita 'peduli' apa kata orang...kita tak akan ke mana...biarkan lah orang bercakap...penat nanti pandailah mereka senyap...itu yang aku pegang sampai sekarang...Allah lebih tahu...

Alhamdulillah....hasratku untuk mencari 'ustazah' yang boleh mengajar mengaji Al-Quran terutama tajwid...berakhir.... kak Alin bersedia untuk mengajarku...

Sekali lagi aku memanjat kesyukuran....kalau lah tadi aku 'melayan' rasa malasku...tentu aku tidak kenal dengan kak Alin...

Sekarang bertambah lagi kenalan 'solehah' ku....semoga persahabatan yang terjalin kerana Allah...akan berkekalan hingga akhir nya.... semoga aku dapat menjadi sahabat yang baik....yang mencintai sahabatku.. lebih dari diriku sendiri....

Semoga persahabatan kami mendapat keberkatan...Amiin...



"See the good side of things; you will have good thoughts. Know things to be good and think of them as good; you will find the pleasure in life.In life, hope and thinking favourably of things are life itself. While to think the worst is despair, the destroyer of happiness and slayer of life."
(Said Nursi: Mathnawi)


Tuesday, November 14, 2006

"When i was just a little Girl...."

Had been a memorable and tiring week i had so far...... was trying to find something to write about....maybe will just share with all of you about my childhood life.....
When i was small, im among the shy ones...tak percaya??? but it's true... like to run away from being seen by others..kalau di lihat apa yang anda kenal saya pada hari ini....mesti anda sukar percaya...Tumarawati seorang yang pemalu???...saya suka berkurung dalam bilik....itu untuk tetamu yang saya kurang kenali...
Tapi untuk yang dah biasa dan kenal.....mereka akan penat bersoal jawab dengan saya...contohnya untuk satu benda/perkara... saya akan soal dari semua sudut....kenapa...mengapa...macam mana...di mana...siapa....begitu..begini...(punyalah saya kreatif dalam sessi soal jawab....ada-ada je yang saya akan soal...tak ke boring orang nak jawab...) Pelik kan.....pemalu tapi mulut 'becok'...
Sehingga ibu dan bapa saudara saya hairan dengan 'keperamahan' dan 'kebecokkan' saya...maklum my parent bukan jenis yang 'banyak cakap'.. especially my father....jenis senyap je....begitu juga dengan adik-adik saya....perkara ini masih 'misteri' sehingga kini...tapi sekarang saya sudah ada 'pewaris'....my youngest sister....boleh tahan juga 'peramah' nya....sama dengan 2 orang anak buah saya, Amirah dan Aiman....boleh tahan juga 'becok' nya..... berjangkit ngan aunt nya kot...he...he...
Masa sekolah rendah...saya suka cubit budak yang duduk sebelah saya... tak kira lah dimana...dalam kelas ke...dalam bas ke...di klinik ke.... tangan saya cepat je nak 'cubit'...tapi saya tak cubit baby....saya cubit budak-budak baya saya...
Dalam kelas....ada sorang budak nama Juriya sering jadi mangsa cubit saya...tengah cikgu sibuk mengajar di depan....kelas akan dikejutkan dengan suara 'menjerit' dan 'menangis'...sapa lagi?...mangsa cubit saya lah...saya selalu di marah dan di tegur oleh rakan-rakan dan cikgu... tapi dia orang buang air liur je...langsung saya tak 'layan'...saya buat muka selamba...
Saya memang suka 'membuli'...ada seorang senior saya...rambutnya ikal halus...ala-ala rambut orang negro...beliau bersebelahan kelas dengan saya... saya selalu tarik rambut beliau....yang heran nya beliau sepatutnya melawan kerana saya lebih muda....tapi beliau cuma menangis sahaja ketika saya menarik rambut beliau....
Beberapa tahun berlalu....saya sudah tidak ingat dengan beliau... sehinggalah kami (masing-masing sudah bekerja)bertemu semula di sebuah rumah rakan saya....kebetulan kakak kawan saya sama tempat bekerja dengan beliau...beliau menegur saya...saya pada mula nya 'blur' ....langsung tak ingat sapa beliau....
"Sik ingat kamek lagi?"...soal beliau..
(Sambil mengerutkan dahi...) "Sapa kitak ooo?...Sori...kamek sik ingatlah"? soal ku....benar-benar 'blur'...
"Ala....kamek....******(nama)..."jawab nya...
"Ingat sik masa kita sekolah rendah...kamek senior kitak....kelas kita sebelah...kitak selalu tarik rambut kamek"...sambung beliau.
Aku cuba recall.
"Ya Allah...kitak paduhal...ingat lah kamek...,sik sangka kitak masih ingat ngan kamek"....kataku sambil bersalam.
"Ne kamek dapat lupa kitak...nak balas balit tok...dolok kitak selalu jak tarik rambut kamek..."katanya bergurau sambil yang lain ketawa. Aku turut ketawa mengenangkan 'kenakalan' ku dulu.
"Sik sangka kan...nya tok nampak 'ladies' kinek tok..dolok 'pembuli'.." sambung beliau.
Itu lah saya....masa zaman kanak-kanak..
Saya boleh buli orang....tapi dalam masa yang sama saya 'congek'....saya selalu 'nangis' tak bertempat....kata mak. Percaya atau tidak, saya boleh menangis berlanjutan sehingga 5 jam....sekarang kalau saya 'marah' anak buah menangis mesti mak n bapak....ungkit kisah silam saya masa kecil...
Time flies....and im no more the shy ones ...no more the 'pembuli'...like I used to be when i was young....been through many things throughout my life... the most challenging moments and experiences but Alhamdulillah i have managed through....cewah...but i guess i can never went through all that witout the support from my dearest family members, my lovely freinds out there... thanks to all of you....

Friday, November 10, 2006

Kena Tipu....ha..ha...

Politeknik Kuching ....SPK 2000 (semester 4)
"Kitak orang sitok lok...." kata Halim sambil tangannya melambai aku, Linda, Zuna,Zaihan,Anum,Ida dan Sanisah...
"Apa hal.."? soal kami sambil mendapatkan Halim.
"Kamek dah daftar nama kitak orang untuk join lawatan anjuran Kelab Perdagangan weekend tok..." kata Halim.
"Lawatan ke sine?....Bait nar juak kitak daftar nama kamek orang".. kataku heran.
"Lawatan ke rumah anak yatim...kamek tauk kitak orang belum ke sia.. ya kamek daftar nama kitak orang....limit bah...ramai orang berminat nak pergi....tapi dah penuh...mun kitak orang sik berminat...kamek ganti nama orang lain lah..."kata Halim.
"Eh...eh...jangan....mauk kamek orang pergi...rugi sik join ..kan kawan-kawan" kataku sambil yang lain mengangguk setuju.
"Mesti best....mesti kita sedih kan.." kataku excited.
"TQ Halim....kitak lah sahabat kamek orang dunia akhirat... faham kitak ngan kamek orang.." kata Zuna.
"Mesti lah....berapa lamak dah kita kawan..kan Pian.." kata Halim sambil Pain cuma angguk kepala..
"Nasib kamek cepat daftar nama kitak orang...rame orang tek...mun sik miss lah kitak orang...Pian tolong isi borang tek..." jelas Halim.
"Kitak dua Pian sik join?" soal Linda.
"Ehh...mesti join....rugi sik join...tapi kamek duak pake keta kamek...kan Pian..."kata Halim.
"Kamu semua guna bas poli..." sambung Pian.
"Hari Jumaat petang kamek hantar kamera and kodak rumah kitak orang k....kelak kamek dua Pian sponsor kodak..".
Punya lah Halim dan Pian semangat supaya kami se geng menyertai lawatan itu..
"Jangan lupa bawa tisu....kamek bukan sik tauk kitak orang ya...congek.. confirm kamek ....kitak orang mesti 'syahdu'..." pesan Halim.
Seperti yang di janjikan....petang Jumaat Halim dan Pian datang ke rumah kami menghantar kamera dan kodak...sempat juga mereka berdua memesan supaya esok jangan lambat...nanti di tinggal kan bas...
Keesokan harinya kami bangun awal dan berkemas-kemas...semuanya excited untuk ke rumah anak yatim..
Maklum ini semua pengalaman pertama kami....aku sudah mula membayangkan aku akan menangis melihat anak-anak yatim itu nanti... kami semua siap bawa bekal tisu....
Dalam bas...kami semua diam...cuba membayangkan keadaan rumah anak yatim....
Bas berenti di Batu 7...kami sedikit hairan...
"Ai...kenak bas berenti di sitok?" soalku...
"Maybe...lepas ke sitok....baruk ke rumah anak yatim...."kata Linda.
Memandangkan semua orang turun dari bas....kami ikut juga...
"Kamu orang tidak tahu kah ....lawatan memang di sini.." sampuk seorang senior dalam pelat Sabah...
"What?...kenapa kawan kami Halim dan Pian cakap lawatan ke rumah anak yatim...last minute kah lawatan tukar tempat"?soal ku.
"Eh...tidak lah.....memang lawatan di cadangkan di sini...tengok orang-orang sakit jiwa..." jelas senior itu.
Ketika itu kami sudah mula 'perasan' yang kami telah di tipu 'mentah-mentah' oleh Halim dan Pian.
"Kamu semua tu kena tipu..." kata senior itu lagi sambil ketawa..
Kami semua berpandangan antara satu sama lain...Mata kami liar mencari kelibat Halim dan Pian...tapi mereka berdua memang tak kunjung tiba...
"Patutlah Halim dan Pian beria-ria....siap hantar kamera lagi.... kenak lah kita sik perasan ngan 'kebaikan' sidak dua....paduhal nya duak ada muslihat.." kata Linda.
Kami semua tengah geram ketika itu...Zuna segera mencari public phone...
"Halim...sine kitak ?" soal Zuna.
"Kamek kat rumah...tengah breakfast ngan Pian..." jawab Halim selamba.
"Halim...!!!!!!!
Kami semua menjerit geram.
"Sampai hati kitak bulak kamek orang!!!!"
Kedengaran Halim ketawa besar di hujung talian.
"Ha...ha...padan muka kamu semua..." kedengaran suara Pian menyampuk.
"Selamat melawat 'boy freind2' kitak orang...jangan lupa mabil gambar k...habiskan jak kodak 36 ya...." kata Halim sambil ketawa.
Kami yang ketika itu geram...tak dapat buat apa-apa...suka atau tidak kami terpaksa menyertai lawatan itu...kami di bawa masuk melawat orang sakit jiwa...rupa-rupanya mereka tidak lah seteruk yang kami gambarkan...
Melihat telatah-telatah mereka...rasa geram dan marah kami beransur hilang....
Sekurang-kurangnya kami patut berterima kasih pada Halim dan Pian... kalau tidak mereka berdua 'menipu' kami...mungkin sampai bila-bila kami tidak akan menjejakkan kami ke rumah sakit jiwa...
Malam itu Halim dan Pian mengunjungi rumah sewa kami....untuk mendengar pengalaman kami....
Kami sama-sama ketawa pada malam itu....
Aku benar-benar rindu saat itu......

Tugasan kami....

Politeknik Kuching ....SPK 1999 (Semester 2)

Pagi itu kami di maklumkan oleh lecture kelas, En Louis bahawa minggu depan ada deligasi dari luar negara akan melawat Politeknik Kuching..

So, kami di tugaskan untuk menyediakan bahan pameran...

Kami di arahkan untuk memilih ahli kumpulan...setiap ahli kumpulan di beri tugasan masing-masing...seperti biasa...ahli kumpulan ku terdiri daripada 'geng keras' ku juga....iaitu Zuna, Ida, Linda,Zaihan, Sanisah dan Anum...

Petang itu kami membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk siap kan tugasan...kami perlu menyiapkan tugasan dalam bentuk graf... tugasan kami perlu di hantar 2 3 hari...untuk di semak dan di 'edit'...

Memandangkan masa yang singkat... kami bertungkus-lumus siapkan tugasan itu...sehingga ada satu malam kami langsung tidak tidur.. walaubagaimanapun kami tidak menganggap itu sebagai beban... kami buat dalam suasana enjoy...apa yang penting kami cuba sedaya upaya untuk beri yang terbaik...

Setelah berpuas hati dengan hasil 'tugasan' kami.. kami pun membawanya ke kelas...untuk di 'semak' oleh En Louis.... terlebih dahulu..kami sekumpulan mengambil gambar bersama-sama 'tugasan' kami....Halim dan Pian menjadi 'photografer' kami...... kami bergambar sakan hari itu...setiap sudut dalam kelas kami tempati untuk bergambar...

Rakan-rakan sekelas yang lain hanya melihat sahaja aktiviti kami.... mereka memang sedia maklum dengan 'olah' geng kami...aku dapat rasa mereka sedikit 'meluat'...cuma malas nak bersuara....takut lain cerita.. maklum dalam kelas, geng kami ni agak berpengaruh...apa yang kami buat tak ada yang akan bantah...he..he....agak nakal juga kami ketika itu...

Geng kami ini memang di kenali di kalangan pelajar dan lecture Jabatan Perdagangan...maklum....kami terkenal dengan 'keperamahan'... lagipun kemana-mana kami pergi...pasti bersama-sama...hubungan kami memang sangat rapat...cuma sesekali kami 'berselisih' pendapat... tapi ia tidak menjejaskan hubungan persahabatan kami....

Sementara menunggu kedatangan, kami menyusun tugasan masing-masing di atas meja ....

Semasa En Louis tiba, ...aku dan ahli group ku menjeling dan senyum antara satu sama lain...menunggu masa untuk di 'puji'....kami memang cukup confident ketika itu...

En Louis terus ke meja yang tersusun tugasan-tugasan kami sekelas... tiba-tiba beliau mengambil tugasan ahli group ku...ketika itu senyuman kami se group semakin lebar...

"Ini, tugasan kumpulan siapa"? soalnya. Belum sempat kami mengangkat tangan dia segera sambung......

"Teruk betul tugasan ini...macam kerja budak sekolah rendah..!!! sambung nya sambil membaca nama ahli kumpulan.

"Saya nak kumpulan ini buat semula...memalukan betul...saya macam tak percaya ini tugasan pelajar saya.." sambung beliau. Sampai begitu sekali beliau 'mengutuk' kami.

Kami yang ketika itu mengharapkan 'pujian' terus terdiam....menjeling antara satu sama lain...

Ku lihat di suatu sudut Ibnasan, Halim, Ubai dan Pian sedang ketawa besar...Menghina kami lah tu!!!! Kurang asam betul!!!!.

"Pian..tengok sini .." kata Halim sambil tangannya memegang kamera.. seolah-olah hendak menangkap gambar Pian.. Pian terus berlakon seolah-olah ready untuk bergambar...dia memegang buku seolah-olah buku itu tugasan kami...beliau mengajuk tindakan kami sebentar tadi... kami hanya mengetap bibir menahan 'rasa'...

"Ubai...cepatlah...aku nak ambil gambar kau ni..." Ibnasan pula mengikut gaya Pian dan Halim...lepas tu mereka ber empat ketawa besar....yang lain turut ketawa melihat lawak mereka...kami sekumpulan hanya diam....sabar je lah....siapa suruh 'over' sangat tadi... sekarang padan muka kami...

"Encik.....janganlah macam tu...kesian group mereka...tadi tugasan tu dah di 'gambar-gambar'...kata Halim berbaur sindiran sambil ketawa dan di ikuti yang lain...

"Penat kami tadi encik, jadi 'photografer...."sambung Ibnasan pula..

"What??? mereka sudah tangkap gambar dengan tugasan mereka ini"? tanya En Louis.

"Betul encik....semua sudut kelas ni mereka tempati bergambar... confident mereka tugasan mereka akan mendapat tempat di hati encik.." kata Halim lagi...masih ketawa.

En Louis turut ketawa....yang lain apa lagi ...ketawa juga...ini lah masa untuk mereka 'ketawakan' group kami...

"Saya sangat malu lihat tugasan itu...macam kerja budak-budak... macam mana mereka boleh sangat confident.."? kata En Louis lagi menahan ketawa....

"Tolong 'update' lagi tugasan kamu ini....saya tak mahu terima yang ini".. kata En Louis sambil serahkan tugasan kami itu...

Mahu tidak mahu kami cuma akur....Yang pasti sepanjang minggu itu puas kami di sakat oleh Halim, Pian, Ibnasan dan Ubai....Perkara ini berlanjutan sehingga kami habis belajar di Poli...Tak boleh silap sikit...pasti 'kenangan' ini akan di imbas oleh mereka....

Aku sendiri...sehingga kini akan senyum sendiri jika ku kenang perkara ini...