Tuesday, June 26, 2007

Dara, teruna makin hilang nilai....renungan bersama.....

Oleh Diyanah Anuardiyanah@nstp. com.my

Ada individu utamakan kriteria cinta daripada latar belakang pasangan pilihan. MUNGKIN tiada reaksi terkejut atau tidak percaya jika ada seseorang yang belum berkahwin, tampil mengakui bahawa beliau sudah tidak dara atau teruna lagi pada masa kini. Suatu ketika dulu hal sebegini boleh mengakibatkan orang berkenaan dicerca atau disisihkan masyarakat tapi agak berlainan pada zaman ini, di mana adanya ‘toleransi’ dalam hal ini.
Kekal dara atau teruna sehingga berkahwin juga tidak lagi menjadi perkara dapat dibangga-banggakan. Begitu juga halnya jika hilang dara atau teruna sebelum berkahwin, bukanlah sesuatu yang begitu dimalukan malah ada pula yang berbangga dengan ‘pencapaian’ begitu.Usah jadikan kehidupan sebahagian besar masyarakat Barat yang semakin rendah nilainya itu sebagai panduan.
Isu kehormatan dianggap remeh malah kebanyakan mereka seolah-olah tidak sabar-sabar lagi hendak mengorbankan keterunaan dan kedaraan mereka pada usia muda.Bagaimana pula nilai dan kepentingan dara atau teruna dalam masyarakat kita hari ini?Adakah kita masih meletakkannya sebagai ‘pengukur’ nilai kehormatan diri seseorang, baik lelaki mahupun perempuan, ataupun pegangan berkenaan sudah agak longgar kesan daripada kemodenan dan keterbukaan yang dialami masyarakat kini.Bila menyentuh soal hilang kehormatan sebelum waktunya ini, ia saling bersangkut-paut dengan permasalahan moral seperti seks luar nikah.
Pergaulan bebas antara lelaki wanita tanpa menjaga batasan yang sepatutnya, dikenalpasti antara punca yang menyumbang kepada perkara ini.Atas sebab itulah, dalam mana-mana agama pun, kehormatan diletakkan sebagai aspek kemuliaan diri seseorang. Ia menghalang daripada berlakunya gejala tidak bermoral seperti seks bebas berlaku hingga membawa kepada banyak lagi kesan negatif dalam masyarakat.Kerana itu juga, dalam ajaran Islam sendiri, perlakuan yang boleh mendorong kepada perbuatan zina lagi sudah ditegah.
Malah, dalam konteks memelihara kehormatan ini, tafsiran petikan surah An-Nur (ayat 3), ada diingatkan bahawa orang yang berzina tidak akan berkahwin dengan orang lain selain daripada penzina juga.

Dalam mencari pasangan juga, persoalan kedaraan dan keterunaan sering diambil kira. Keperawanan disifatkan sebagai hadiah istimewa yang dapat diberikan seseorang kepada teman hidupnya. Soal dara ini memberi kesan besar terhadap keharmonian rumah tangga yang mahu dibina.Syarat ini juga sering diletakkan sebagai kriteria utama seseorang lelaki dalam memilih bakal isteri mereka walaupun adakalanya yang hendak menyunting dara itu pun bukanlah teruna lagi.Rata-rata lelaki yang diselidik oleh i-Kon berkata kalau boleh, dalam memilih pasangan hidup, mereka mahukan wanita yang masih terpelihara daranya biarpun ada di antara lelaki ini sebenarnya tidak teruna.
Namun ada juga yang masih sedar diri, berkata mereka akan menerima pasangan yang tidak suci seperti diri mereka.Ada pula si dara atau teruna yang sanggup menerima pasangan yang tidak dara atau teruna asalkan hati sudah saling mencintai dengan alasan, bukan mudah untuk mencari pasangan yang masih dara dan teruna.
“Pun begitu, selalunya ada double standard dalam hal berkaitan kehormatan ini, “ kata Ketua Gerakan Wanita Jemaah Islah Malaysia, Dr Harlina Halizah Siraj.“Kedaraan seseorang wanita yang sering menjadi bahan bualan jika dibandingkan dengan keterunaan lelaki.“Ini kerana dalam hal ini, yang menerima kesannya adalah wanita. Jika berlaku seks sebelum nikah, kesannya dapat dilihat secara fizikal, umpamanya jika wanita itu mengandung sedangkan kesan itu tidak dapat dilihat pada lelaki walaupun mereka terbabit,” kata beliau.
Berkemungkinan juga, ramai wanita tidak kisah menggadai dara mereka sebelum berkahwin kerana yakin dapat mengembalikan dara mereka itu dengan bermacam rawatan ‘pulih dara’ yang semakin banyak ditawarkan.Tapi, seperti yang diberitahu Dr Harlina, sepanjang pengalamannya sebagai pakar ginekologi dan sakit puan, tiada kaedah atau rawatan yang mampu mengembalikan dara seseorang kerana apabila ia tiada sebaik seseorang itu melakukan hubungan seks buat pertama kalinya.Biar apapun persepsi atau pegangan mengenai soal kedaraan dan keterunaan ini, pokok pangkalnya, kehormatan diri adalah hak mutlak individu untuk memeliharanya.
KomenMohd Hafizi Zamri, 22, penuntut“Bagi saya, kedaraan atau keterunaan sememangnya penting. Kedua-dua golongan, baik lelaki mahupun wanita harus memelihara kehormatan mereka selagi belum ada ikatan yang sah.“Namun, sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan seseorang yang tidak lagi dara, saya terima saja kalau sudah jodoh. Tapi, kalau boleh memanglah mahukan yang masih dara lagi,” Murshid Eunos, 24Pegawai Perhubungan Awam“Kehormatan sebenarnya adalah asas yang penting dalam kehidupan.
Ia juga melambangkan keperibadian seseorang itu.“Namun, dengan bermacam pengaruh negative yang ada sekarang ini membuatkan prinsip segelintir orang mengenai hal ini goyah.“Mereka sepatutnya memperkuatkan diri dalam mempertahankan prinsip ini,”Chermaine Poo, 28Akauntan, pelakon“Kedaraan dan keterunaan pada saya bererti kesucian dan keaslian.
“Saya percaya, masih ramai yang berpegang bahawa ia adalah nilai yang penting dalam kehidupan.“Seseorang harus memelihara kehormatannya sehinggalah tiba saat untuk mendirikan rumah tangga. Bagi saya perkara ini tidak menunjukkan seseorang itu old-fashioned bahkan ia sebenarnya ‘correct fashion’,” Menjaga kehormatan diri bukan kolot .Dara dan teruna sebagai nilai kehormatan seseorang; ramai yang masih menganggapnya penting namun bilangan yang tidak berpegang prinsip ini lagi juga semakin bertambah.
Demikian kata Ketua Pergerakan Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang juga Pakar Perunding Sakit Puan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Harlina Halizah Siraj, ketika ditanya mengenai isu ini.Persepsi mengenai hal ini kata Dr Harlina, sebenarnya berubah sedikit demi sedikit tanpa disedari masyarakat.“Kalau kita lihat kepada permulaannya, iaitu bila wanita mula mempunyai peranan dalam banyak aspek, contohnya ekonomi dan pembangunan.Peranan itu memerlukan mereka bekerjasama dengan kaum lelaki hingga pergaulan antara lelaki dan wanita sudah dianggap sesuatu yang biasa berbanding perspektif masyarakat pada zaman dulu.
“Sejak itu juga, banyak lagi perkara yang dulunya dianggap suatu kesalahan, kini sudah menjadi kebiasaan. Termasuklah dalam isu ini (kedaraan dan keterunaan).“Bukanlah bermaksud pembabitan wanita dalam aspek pembangunan negara ataupun masyarakat itu tidak elok tapi setiap perkara itu ada batasannya. Bila batasan tidak dijaga, ia akan mengundang pelbagai implikasi yang buruk,” katanya.
Kata Dr Harlina, dara atau teruna berkaitan dengan harga diri dan maruah seseorang.Suatu masa dulu, masyarakat cukup memberi penekanan dalam aspek ini.“Namun, seperti yang kita dapat lihat sekarang, pandangan itu semakin berubah. Penekanan terhadap aspek ini semakin berkurangan dan jika begini senarionya, tidak mustahil dalam tempoh sepuluh tahun akan datang ia semakin berkurangan,” kata Dr Harlina.
Keadaan yang diistilahkan sebagai liberalisasi dalam aspek seks ini juga kata beliau boleh membawa implikasi tidak baik kepada masyarakat pada masa akan datang. Beliau juga bimbang kalau-kalau suatu masa nanti orang sudah tidak kisah lagi soal perkahwinan dan banyak lagi perkara yang jelas menyalahi agama dan budaya tidak diambil kisah.“Hasil tinjauan yang pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tahun lalu sedikit sebanyak mencerminkan liberalisasi ini.
Antara yang diperoleh daripada tinjauan itu adalah ramai responden yang berpendapat tidak salah untuk memeluk dan mencium kekasih serta peratus yang tinggi juga di kalangan responden yang menyatakan tidak mengapa jika hilang dara atau teruna sebelum berkahwin.“Ia menampakkan trend bahawa sebilangan besar orang kita sudah tidak lagi tegas dalam perkara ini. Seks bebas atau perbuatan yang boleh mendorong kepada perlakuan seks luar nikah tidak lagi menjadi pantang larang malah dianggap suatu kebiasaan.
“Mungkin ini sebahagian daripada ‘kemodenan’ dalam kehidupan hari ini namun percayalah kita terpaksa ‘membayar harga yang mahal’ terhadap tindakan kita waktu ini.“Apabila kehormatan tidak lagi menjadi keutamaan, ia secara tidak langsung mengundang kepada bermacam gejala seksual yang seterusnya memberi kesan kepada kita semula.Bila gejala seksual berleluasa pula, semakin bercambahlah masalah, antaranya lahir anak yang tidak jelas keturunan yang mana ada di antaranya dipersiakan begitu saja.
‘Penyakit’ ini jika tidak dibendung mampu membinasakan masyarakat sendiri akhirnya,” ujar beliau.Justeru, katanya, kita terpaksa menerima hakikat bahawa masyarakat seharusnya berbalik semula kepada prinsip asas kemuliaan diri seseorang manusia dengan meletakkan nilai yang tinggi terhadap kehormatan dan maruah diri termasuklah hal berkaitan dengan kedaraan dan keterunaan ini.
“Jangan ingat bila kita berpegang kepada prinsip seperti ini menunjukkan kita kolot. Hakikatnya, prinsip ini amat penting dalam menjanjikan keharmonian dalam kehidupan manusia,” katanya.
InfoSiapa, bila di mana dan bagaimanaDi India, rata-rata remaja lelaki berusia lingkungan 17 tahun hilang keterunaan mereka kepada saudara perempuan mereka seperti ibu saudara, sepupu atau kakak ipar mereka. Begitu juga di Romania, kebanyakan ibu selalunya mengaturkan pengalaman seksual pertama anak mereka dengan kenalan atau jiran wanita yang lebih berusia.
Ramai lelaki Jepun yang kehilangan teruna mereka di tempat pelacuran yang digelar soapland. Di tempat ini, pengunjung lelaki akan bermandi buih bersama pelacur sebelum melakukan seks.Dalam budaya masyarakat di sesetengah tempat di Asia Barat pula, pasangan yang baru berkahwin akan diberikan tempat khusus untuk melalui malam pertama mereka.
Pengantin lelaki juga akan mempamerkan kepada tetamu, saudara dan kenalan, kain putih yang mempunyai kesan darah sebagai tanda mereka mengahwini seorang perawan.Di kebanyakan negara sekitar Asia juga, menjadi satu kepentingan bagi seseorang untuk mengahwini seorang yang masih teruna atau dara.Purata umur seseorang melalui pengalaman seks pertama 1 China (21.9)2 Taiwan (21.4)3 India (20.8)4 Amerika Syarikat (16.4)5 Brazil (16.5)6 Perancis (16.8)Sumber : Majalah Marie Claire (2001)

"FoKuslah pada Apa yang Kita MaMpu MengAwal dan meNgubahnya. Cubalah Untuk MiniMumkan apa-apa yang Agama tidak suka. Jangan kerana Menegakkan agama, kita hilang budi bahasa" SAIFULISLAM. COM 'Awasilah Allah, Dia pasti akan memeliharamu. Peliharalah Allah pasti Dia berada di sampingmu. Bila engkau minta, maka mintalah Allah, bila mahu pertolongan, minta tolonglah daripada Allah.'

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Sumber : Email seorang rakan….
Penting utk makluman…..

Assalamualaikum wbh
Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi. Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya. Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland , Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.
Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.
Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini
"Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8. Buah pinggang
9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
10. Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini? Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu,
setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang.
Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.
Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).

Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi? Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya.

Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun.

Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih.

Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya.

Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital. Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya.
Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah.

Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkanilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).
Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat.

Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati.

Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan. Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati.

Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah. Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam
Best Regards,
Hazlan.Hamdan@my.flextronics.com
Equipment & Calibration,
Flextronics Technology (Shah Alam) Sdn. Bhd.
No.2, Jalan Astaka U8/84, Seksyen U8,
40150, Shah Alam, Selangor
+603-51016000 ext:5291

Wednesday, June 20, 2007

Warkah Sedih Seorang Bapa...

Sumber : Email daripada rakan..
*_Al~Fatihah... akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap Pencipta-nya _*
A'kum w.b.t...
Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir.
Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban. Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya. Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami.
Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian.
Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya. Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang".
Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya. Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut!
Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu. Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha.
Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya.
Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya! Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah.
Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung.
Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu. Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah.
Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri.
Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya. Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku.

Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu.
Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah. Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya.
Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)
shamsul shamdin @ laloque

Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Beri

Sumber at my new web : http://tumarawatimanshor.wordpress.com

“Husband kamek ada perempuan lain…..”adu seorang rakan ku tempoh hari….setelah dia mengetahui suaminya menjalin hubungan cinta dengan wanita lain…..kelihatan dia agak stress…

Aku cuma diam. Sikitpun aku tidak terkejut….Allah Maha Adil…Kita akan dapat apa yang kita beri…

It touches my heart to see her in unhappy condition….When before she used to be so happy…

Tapi aku harap dia akan mengambil ikhtibar perkara ini……few years ago….ada orang lain juga yang mengalami apa yang dia rasa sekarang……ada insan lain yang terluka atas kebahagian yang dia bina…..

“Teruk lalu jak perempuan ya….ngaco suami orang….macam sik da lelaki bujang….suka nak rosak rumah tangga orang…” adunya lagi….dalam nada agak marah dan geram.

Aku masih diam…cuma aku berfikir… mudah sangatkan manusia lupakan kesilapannya yang lepas… dulu, masa dia menjadi ‘perampas’… pernahkah dia berfikir akan perkara ini… aku rasa tidak… sekarang kenapa pula dia mesti marah-marah… sedangkan dulu dia pun buat benda yang sama… dulu, pernahkah dia ‘peduli’ apa perasaan isteri suaminya…. pernahkah dia ambil tahu rasa kecewa yang di alami oleh perempuan itu…

Aku rasa tidak… Ketika itu dia hanya pentingkan perasaannya sahaja… kebahagiannya …

Kalau lah aku sampai hati….ingin saja aku ’smash’ rakan ku ini…kenapa dia mesti marah-marah…dan bercakap-cakap macam tak sedar diri….wal hal dulu… dia pun macam perempuan itu…

Langit tak selalu cerah….sekarang giliran dia pula alami perkara yang sama…..aku tidak salahkan takdir…. tapi aku suka untuk mengambil pengajaran dan ikhtibar perkara-perkara begini…….

Jika dulu, dia yang menjadi punca kerosakan rumahtangga suaminya sekarang….. Nah …. sekarang ada perempuan lain yang bakal menggantikan tempatnya…..bakal menjadi perosak rumah tangganya pula…..hidup ini macam roda…..setuju kan?…

Yes, life is so unpredictable and we ourselves have to be ready any circumstances that may come, anytime, anywhere…..and for things to happen, its just the matter of time, can be 20 years from now, 10 years or even tomorrow….we just have to be ready for it and hope that there are people who care enough to be beside us, going through the hard moment in life….

Aku tidaklah baik sangat….tapi aku sering mengingatkan diri ku…..agar jangan lakukan sesuatu yang kita tidak mahu orang lain lakukan perkara yang sama pada kita……

Mengecewakan orang……bermakna kita harus juga bersedia untuk dikecewakan…..

Melukakan hati orang bermakna….kita juga harus ingat bahawa tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan terluka….

Merampas hak orang …..bermakna kita tidak boleh marah kalau suatu hari nanti hak kita di rampas…..

Fikir-fikirkanlah……

Tuesday, June 19, 2007

I miss my friends....

"bila gik nak sesi facial kita tok… Tuan Pengarah kita ya alu sik da bunyi "
Senyum sendiri aku baca komen seorang sahabat ku, Gayah di dalam friendster As……

He….he…..aku tahu aku yang di maksudkan….
"Bila agik kita nak lepak-lepak rumah kau"? Min menyoalku semasa kami berdua ‘chatting’ minggu lepas….
"Lamak kita sik jumpa ooo….bila agik kita dapat duduk minum sama-sama…"As turut menyatakan perkara yang sama….
"Bila agik kita ada program tok? Sik da agik picnic kah?...." Kata Aswita.
"Mun kau ada lepak-lepak padah ngan aku ok"...kata Erna.
"Bila agik kita nak keluar makan sama-sama tok....dah sik laku agik kah duit kamek?... Nak belanja makan pun susah..." Kata Wadi suatu hari berbaur sinis...mungkin dia sudah ‘boring’.. Susah sangat nak ajak aku dan Liza keluar makan....ada je program kami....
He….he…..bangga nya aku rasa…My friends ‘miss’ me so much…
ye lah….lama kami tak jumpa…..dan dah lama tak lepak-lepak…. makan-makan…picnic...maklum selalunya sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu atau sebulan kami memang ‘cuba’ untuk luangkan masa bersama-sama....
Been busy with so many things happening to me and around me…being overwhelmed with many unexpected and unplanned things that have occured within this few months…tu yang semua ‘aktiviti’ and ‘program’....terpaksa di tangguhkan for the time being....
I have been missing friends since have not been spending much of my time with them....
rindu ngan sessi facial kami…. tak pasal-pasal aku jadi tukang facial… yang kurang profesional….lama juga dah tak ‘melulur’ badan dengan masker buatan sendiri...
Rindunya saat-saat ‘gathering’…..actually so many story yang aku nak ‘update’ with all my friends….TUNGGU!!!!! Insya Allah ada kelapangan nanti kita jumpa.....
To all my friends.....thanks to be there for me.....i am happy to meet nice trusting people macam u all....
Bak kata Shikin ..... "aku benar-benar selesa dapat jumpa kitak orang....cakap apa jak dengan selesa... Tanpa perlu aku berselindung....coz aku tauk kitak orang bukan jenis yang ‘bermuka-muka’....semua jenis ‘sound direct’....but I know it’s all jujur..."

Aku setuju dengan cakap Shikin tu...... Sebab ‘keserasian’ itu lah our friendship boleh bertahan until now......and Insya Allah hingga akhir hayat......we a still friends dunia akhirat.....

Lagipun kita dah lama kenal.....tak da lagi yang perlu di ‘cover’ and ‘kontrol’....that’s why lah kita selesa cakap apa sahaja....any topic....
Ok lah.....hingga kita jumpa lagi....for more story....

And, hopefully our friendship never be lasted....semoga kita tetap jadi sahabat yang terbaik antara satu sama lain...
I LOVE U ALL GUYS.....KERANA ALLAH...

Mak - A Touching Story


Sumber :http://satuarah.blogs.friendster.com/my_blog/2007/02/mak_a_touching_.html

Tersentuhnya baca artikel nih.....
Just to share with all of you, hari Ahad lepas, saya pergi ke majlis ilmu yg disampaikan oleh Ustaz Zahazan Mohamed (Ustaz yang selalu bagi tafsir Al Quran setiap hari Isnin - Jumaat di radio IKIM). Ustaz Zahazan bagi tau, ada tiga benda yang kita pandang akan mendapat pahala. Yang pertama, wajah ibubapa kita, yang kedua, Ka'abah dan yang ketiga, orang2 yg mua'lim. Subhanallah!

senangnya nak dapat pahala dengan hanya memandang wajah mak bapak kita. Selagi ada kesempatan, selagi ada hayat ibu bapa kita dan selagi kita masih bernafas lagi, pandanglah wajah mak ayah kita. Itulah wajah2 yang mengasihi kita seikhlas, sepenuh hati dan dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapapa-apa balasan.

Aku dengan Mak tidak rapat. Mungkin sebab semasa aku kecil aku ni tomboy, tak reti meleseh dan aku suka membawa diri. I was a middle child and often found refuge in books ? if I wasn't up the tree or down in the drain. Aku tidak pernah ingat if aku pernah merajuk atau kecil hati semasa kecil. Mak, was from the old school, kalau aku nakal atau menggelenyor(satu lagi perkataan Johor tak reti duduk diam / (hyperactive ), zass akan dicubitnya peha aku.

To show you just how hyperactive I was as a child :-aku pernah patah kedua-dua tangan aku before the age of six (different arms,different times) sebab jatuh kerusi dan basikal. Nak jadi orang circus, agaknya.Jari aku pun pernah tersepit kat pintu kereta, aku pernah pengsan sebab jatuh basikal semasa konvoi dengan kawan-kawan hingga dihantar pulang oleh a good Samaritan. But, bila AKU marah ? aku pancit kereta bapa aku ! THAT I remember, and I was only five ! Kelam kabut orang tua tu lari ke luar rumah bila dia dengar bunyi tayar kereta go ssssssss?..but, dia tak marah kat aku. Apa lagi pukul aku. I was 5, remember? bukannya tahu apa lagi? (hhmmm.. sounds familiar? Macam what my Brood is doing to me. What goes around COMES around!) Walaupun Mak was not demonstrative of her affections, aku tahu dia amat menyayangi anak-anaknya. Mungkin sebab dia sudah masak dengan perangai anak-anak dia yang dare devil, dia tidak mudah melatah dan sentiasa cool.Mungkin aku mewarisi sikap ini dari dia di dalam menghadapi kerenah anak-anak.

Disebabkan aku tomboy, maka seharusnya lah aku tidak suka perkara-perkara yang berkaitan dengan kewanitaan seperti memasak, menjahit,mekap, fesyen dan sewaktu dengannya. Mak relax jer. Tak de nak berleter kat aku suruh masuk dapur or pakai pakaian yang feminine. Namun aku mula belajar memasak bila aku di Form One .itu pun masak jemput-jemput (cekodok to some of you). Aku bukan belajar dengan Mak tetapi dari rakan Girl Guides aku. Semasa camping, aku "heran" kawan-kawan sebaya aku terrer memasak . hatta hanya memasak sardin, lempeng dan jemput-jemput. Bila aku perhatikan mereka dan di rumah, aku cuba buat sendiri. Mak hanya bertanya : Ko belajar masak ni kat mana? Aku dengan bangganya menjawap " kat camping laa. Tulah Mak tak bagi kita pergi camping, kita belajar macam-macam kat situ "

Mak was a housewife. Dia pandai memasak dan menjahit traits di mana,alas, tidak dapat diwarisi oleh anak perempuannya. Menjahit, I mean.Memasak tu, boleh lah setakat nak bagi orang makan.Mak tidak pernah menyuruh aku masuk dapur. if she needs help, dia akan tanya aku dulu, "kau tengah buat apa tu?" which, all of the time I was reading. "Membaca" I would reply, and that was the end of it. Mak tidak akan menganggu aku bila aku membaca. Di waktu aku kecil, there were no washing machine , but we had a washerwoman yang datang tiap-tiap pagi untuk membasuh baju di rumah kami.When Mak had a baby, my Dad would arrange for a relative to stay with us to help with housework and cooking. I was too young (in theireyes) to be burdened with the housework. Aku cuma main dan belajar aje.

I stayed home until Form Five before I left for KL to continue my studies and subsequently working. Bila my Dad hantar aku ke bas stand untuk ke KL to start my job, he said, " Bila kau ada masa cuti, balik jengok Mak.Kalau ada duit lebih, bagi kat Mak sikit. Aku ni tak apa, tapi Mak tu, kau telefon-telefon lah dia " When I had my first gaji ,aku bawak Mak shopping. Serupalah macam iklan BCB tu. " Ambik, ambik SEMUA".Mak tersenyum aje.

In subsequent years, aku akan membelikan Mak handbag, tudung, kain dan barang-barang yang dia suka. Since I was travelling in my job that time,aku sentiasa akan belikan souvenirs for her from wherever I went. Aku tahu Mak bangga dengan pemberian aku sebab aku pernah dengar Makcik-Makcik kat kampung during kenduri admiring her bag, her tudung and she proudly announced, " ni anak aku bagi ni ". Semasa aku bersalinkan Abang , Mak helped care for me and the baby sampai habis pantang. Aku , habuk pun tak reti jaga budak.
But, umur Mak tak lama.

A few month selepas Abang dilahirkan, Mak was diagnosed with cancer.Malignant melanoma. Mak was brought to KL for treatment because the type cancer was rare in Malaysia. Four months after Mak was firstdiagnosed, we were summoned by the doctor. The prognosis was not good. The cancer has spread to the lungs. "How long does she has, doctor ? "

"Four months." the good doctor said quietly. My sister and me were stumped.
Both my parents were out in the ward, we were in one of the rooms.
"Maybe you would like to take her home, because old people would prefer to die at home. "
DIE ?????

Bila kami keluar dari bilik doctor, my sister went to talk with my Dad, while I went to see Mak. "Apa doctor cakap?" Mak tanya. How, just HOW do you tell your mother that her days are numbered? I was not the touchy, feely type. I never hugged my mother. Salam and kiss her hands yes, but never hugged. But, at that moment ? I really, really wanted to hug her tight and tell her how much I loved her.

"Bila kena datang sini lagi?" Mak tanya lagi. "Nanti doctor bagitahu" We never told her of what the doctor said. We never knew if our Dad ever did, because we never talked about death. Neither did she.
But, I didn't. Mak would suspect something amiss if I do that. "Er, doctor cakap kalau Mak nak balik rumah, boleh." She was happy. She missed home and all the cucu. Kids were not allowed in the ward, and all her cucu were under 12 (at that time).


Four months. How can you tell your mother how much you love her. How can you SHOW her what she meant to you in FOUR months. How can you make her happy in the last four months of her life?The dreaded months passed quickly. Four months came and she is still alive, albeit weaker and by then, bed ridden. All my siblings take turns to come and care for her.

Di sinilah aku nampak betapa mulianya seorang ibu yang disayangi dan disanjung oleh anak-anak. Pepatah mengatakan seorang ibu boleh menjaga sepuluh anak, but sepuluh anak belum tentu boleh jaga seorang ibu. My Dad sering mengingatkan, "setitis air mata ibu jatuh kerana hatinya terguris, boleh mengoncang tiang Arasy "

I felt very blessed that Mak dapat merasai kasih sayang dari kami semua especially di akhir hayatnya.. The day came two months later. Mak was having trouble breathing my my Dad call us the children at 5 am.Bapak aku kata Mak nazak. Aku tengok nafas Mak shallow but she was still conscious. Mak kata, kaki dia sejuk. Aku picit dan gosok kaki Mak. My sisters duduk di kiri kanan Mak. Everybody is doing something for Mak.
Bahagianya Mak aku tengok, di saat-saat akhirnya dikelilingi oleh anak-anak. Then azan subuh Berkumandang. My Dad ajak Mak bersolat subuh. Kami pakaikan Mak wuduk dan telekung. We watched our parents menunaikan solat jemaah untuk kali yang terakhir dengan linangan air mata.

Selepas subuh, kami membaca Yaasiin. My Dad suruh Mak ikut dia mengucap syahadah. As I was seating di tepi kepala Mak, aku pangku Mak dan bisikkan di telinga Mak, "Mak, ikut saya ye. Ucap syahadah" Mak ikut. Aku peluk Mak dan bisikkan " Mak, ampunkan dosa saya dan halalkan air susu Mak" Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 59 tahun dan dikelilingi suami, sebahagian anak-anak dan cucu-cucu. I was a young mother when Mak passed away. Abang only a year old. Walaupun zaman aku berbeza dengan zaman Mak tetapi foundationnya tetap sama. Kasih sayang. Keikhlasan.Tanggungjawap.
Tiga factor yang pada aku amat penting di dalam peranan seorang ibu. Kasih sayang yang tidak berbelah bagi (unconditional love), keikhlasan hati sebagai ibu terhadap anak-anak dan tanggungjawap yang diberikan Tuhan kepada amanahnya.

To me these three basic foundation aku cuba terapkan sebaik mungkin sambil gunakan ilmu keibubapaan yang aku pelajari dan perhatikan bersesuaian dengan zaman dan keadaan. Pengalaman aku sebagai anak juga banyak membantu di dalam peranan aku sebagai ibu. I am not a perfect person, what more a perfect parent. I have always enjoyed my childhood and would love my children to have the same happiness as I did.

But, God has His plans for me and my Brood. All the dugaan that He gave has made us stronger and more appreciative of what we STILL have EACH OTHER.

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours.

Monday, June 18, 2007

Tragedi : Pelajar Malaysia Mati Dibunuh di Mesir

As-Sarawaki, 15 Jun 2007: Satu lagi tragedi pilu! Pelbagai rasa-rasa tentunya hadir di hati Mu’min sejati.. Marah.. Terkejut.. Simpati.. Sedih.. Maka di sini benar dan sungguhlah, kemanusiaan dan kasih sayang sudah kian mati kini! Sebelum ini saya ada menulis satu entry tentang Berita Gempar: Ustazah Ditemui Mati Dibunuh, namun kes pembunuhan yang satu ini lebih tragis dan menyayat hati. Tragedi pembunuhan Allahyarham Muhammad bin Ishak ini bukan tragedi biasa. Ini kerana pembunuhannya dibuat oleh suspek yang amat mengenali mangsa. Suspek juga merupakan pelajar Al-Azhar, yang sedang menuntut ilmu Islam di Bumi Anbiya’ dan diharapkan suatu masa nanti akan menjadi ulama’ ummah!

Astaghfirullah.. Terus persoalan dan kekesalan lahir, bagaimana dengan hakikat keimanan dalam diri?.. Kefasadan semakin menjadi, yang disesalkan ia turut berlaku di kalangan ahli agama.. Maka benarlah apa yang dinyatakan dan dinukilkan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di dalam entrynya bertajuk Akhlaq Itu Bukan Lalang. Melihat kepada kebobrokan demi kebobrokan yang berlaku, wajarlah kita sama-sama hayati Sabda Rasulullah SAW berikut. Marilah kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai Qudwah Hasanah!
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
“Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan dan nilai Akhlaq” (Disahihkan oleh al-Albani)
Berita dari bumi Mansurah (Sumber: E-mail dan Laman Web PMRAM)

Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yang amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pukul 1.00 pagi di Hospital Dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman di seluruh badan termasuk di leher, mata, paha dan yang paling teruk di kepalanya. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7.00 malam, hari Rabu, 13 Jun yang lepas di sebuah rumah pelajar Malaysia berhampiran pasar di Dirasat, Mansurah, Mesir.

Mangsa yang sedang menghadap komputer diserang dari belakang dan bergelut sehinggalah ditetak seluruh badan dengan 3 bilah pisau, antaranya pisau pemotong daging yang baru dibeli. Mangsa yang ditetak bertalu-talu lari ke anjung rumah dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian penduduk tempatan yang berada di pasar, berhampiran tempat kejadian. Mereka cuba untuk membantu mangsa dengan naik ke tempat kejadian dan mendapati beliau dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah. Di situ juga mereka mendapati ada seorang lagi pelajar Malaysia lain (suspek) di sisinya yang turut berlumuran darah. Nota: Menurut berita Bernama.com, suspek berasal dari Dengkil, Selangor.

Penduduk tempatan berbangsa Arab telah menangkap suspek untuk diserahkan kepada pihak polis. Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan ke atas suspek terhadap kejadian yang berlaku.

Di samping itu, penduduk tempatan juga kemudiannya telah bergegas menghantar mangsa ke Hospital Dauli untuk rawatan. Mangsa sedar dalam pukul 10.00 malam dan ditanya mengapa suspek bertindak begitu. Mangsa menjawab: “Dia tu gila”.. Dan kemudian mangsa dibawa ke ICU. Pihak kedutaan tiba dalam pukul 2.00 pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mangsa adalah pelajar Tahun 3 Kuliah Usuluddin jurusan Tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar Malaysia. Suspek mengenali mangsa. Al-Fatihah.

Maklumat Mangsa

Nama: Mohammad Bin Ishak Bin Abdul RahmanTarikh Lahir: 09 November 1985Alamat Di Malaysia: 309-B, Kg. Pengkalan Raja Wali,
Chendering, Kuala Terengganu, 21080 TerengganuNo IC: 851109-11-5051No Telefon: 09-6174905Tarikh Tiba Mesir: 17 September 2006Nama Bapa: Ishak Bin Abdul RahmanPekerjaan: PesaraNama Ibu: Zaharah Binti MuhammadPendidikan:
Sekolah Kebangsaan Chendering
Sekolah Menengah Agama Marang
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)


“Kebencian dan Permusuhan Semakin Mengganasi Kemanusiaan..”

Berita versi Utusan Malaysia:
PUTRAJAYA 14 Jun – Seorang pelajar dari Chendering, Kuala Terengganu mati dibunuh dipercayai oleh seorang rakannya yang juga pelajar dari Malaysia ketika sedang mengulang kaji bersama-sama di sebuah rumah sewa di Mansurah, Mesir, malam semalam.

Mangsa, Mohamad Ishak, 22, pelajar tahun tiga kursus Usuluddin mati setelah dipukul dengan kayu dan ditikam bertalu-talu oleh pelajar dari Selangor yang juga berusia 22 tahun dan mengikuti pengajian bahasa Arab di tahun dua.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Kadir ketika dihubungi hari ini berkata, suspek kini ditahan di balai polis sementara jenazah Mohamad akan dikebumikan di Kaherah setelah mendapat persetujuan keluarganya di Terengganu.

Menurutnya, sehingga kini polis masih belum mengenal pasti punca kejadian tersebut namun difahamkan suspek selalu ke rumah mangsa untuk mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan empat lagi rakan yang lain.

“Pada hari kejadian, suspek telah datang ke rumah mangsa namun disebabkan kawan-kawan mereka telah keluar, dia hanya mengulang kaji bersama dengan mangsa di rumah itu.

“Mangsa yang sedang melihat Internet sambil membaca buku kemudiannya dipukul secara tiba-tiba oleh suspek dengan sebatang kayu. Suspek kemudian mengejarnya sehingga ke dapur sebelum mengambil pisau dan menikam mangsa dengan bertubi-tubi,” katanya.

Kejadian itu, tambahnya, berlaku pada pukul 7 petang dan jeritan mangsa telah mengejutkan jirannya sebelum mereka menelefon rakan serumahnya.

Zainal Abidin berkata, rakan mangsa kemudian menghubungi polis dan mangsa yang berada dalam keadaan parah dihantar ke sebuah hospital sebelum meninggal dunia pada pukul 12 tengah malam semalam.

“Mohamad patah tangan akibat dipukul dengan kayu dan tangannya penuh dengan kesan kelar kerana cuba mempertahankan diri sementara badannya penuh dengan kesan tikaman.

“Sementara suspek pula dalam siasatan awal menyatakan bahawa dia tidak tahu kenapa bertindak demikian ke atas mangsa,” katanya yang turut berada di balai polis di situ.

Menurut Zainal Abidin, pihak kedutaan akan menguruskan pengkebumian Mohamad dan jenazahnya akan dibawa ke Kaherah iaitu kira-kira 130 kilometer dari Mansurah.

Sementara itu di Kuala Terengganu, abang mangsa, Husin, 28, berkata, adiknya dipercayai menjadi ‘mangsa lepas geram’ pelajar senior.

“Dia didatangi oleh seorang pelajar senior yang hendak mencari teman serumah adik saya bernama Abdul Kadir.

“Tetapi setelah mengetahui Abdul Kadir tiada di rumah, pelajar tersebut dipercayai dengan tidak semena-mena mencapai sebilah pisau dan terus menyerang biarpun adik saya merayu-rayu supaya tidak dicederakan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini hari ini.

Tambahan dari BERNAMA: Beliau berkata adiknya akan dikebumikan di Mesir oleh pihak kedutaan Malaysia di sana kerana keluarganya tidak mampu menyediakan kos sebanyak RM10,000 bagi urusan membawa pulang jenazah.

“Fitrah Manusia Merindui Kasih Sayang. Malangnya Kasih Sayang Sudah Mati!”
Justeru itu, saya ingin mengajak diri saya dan tetamu ziarah yang budiman sekalian, ayuh marilah kita bersama-sama menjiwai agama dan membangun bersama Islam kerana inilah sebenarnya penyelesaian tuntas dan paling bermakna kepada masalah-masalah ini. Semoga Allah SWT yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahiim melimpahkan rahmat kasih sayangNya kepada kita semua hambaNya. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Baca juga: Jangan Pandang Kulit.. Allah Memandang Hati!

Wallahu a’la wa a’lam bissawab.

Friday, June 15, 2007

"Happy Father's Day"...


Miri, Sarawak : 15 June 2007…
In 1966 President Lyndon Johnson signed a presidential proclamation declaring the 3rd Sunday of June as Father’s Day…..So tahun ni 17 June 2007 adalah tarikh menyambut hari bapa sedunia……
Selamat Hari Bapa…..to my beloved father, Mr Manshor Bin Ahmad…dan semua bapa-bapa di dunia.....Marilah kita semua hargai bapa-bapa kita......Menyayangi mereka sepenuh jiwa raga kita....tanpa syarat.....tanpa sempadan....ikhlas sepenuh jiwa mencintai mereka....
Percayalah....kalau sebut tentang cinta lelaki......tiada cinta setulus cinta bapa pada anaknya....

Bagi ku…..hari-hari adalah hari bapa….kasih sayang ku pada bapak…bukan cuma semalam, hari ini atau esok…tapi untuk selama-lamanya… dunia dan akhirat…Insya Allah….
Bapak, I love you with an everlasting love.....and I promise you...i will never stop doing good to you....
Dia bapak yang terbaik….aku menyayangi dan mencintai dia more than word can say…. tiada kata-kata dan perbuatan yang boleh menggambarkan betapa mendalamnya perasaan sayang dan kasihku pada bapak…. dan aku tahu…. bapak turut rasa apa yang ku rasa….
When I just a little girl....I cannot think of any need in childhood as strong as the need for a father’s protection….dia bapak yang sangat ‘menjaga’ anak-anaknya....
"Bapak,There is no word to convince you, no speech to inspire you.. cause it’s clear to me that you’re the best father in this world.... I’m grateful to Allah, because He’s giving me ’bapak’ who would see thorough me, which he sincerely gives his heart to loves me and siblings, cares of us, be with us, guides us…
My bapak……kurang bercakap…..tetapi agak penyayang….dia sayang kami lebih dari dirinya sendiri…..walaupun ia tidak di ungkapkan melalui kata-kata….tapi melalui tindakan nya kami semua dapat rasakan dan faham…
Kalau bercerita tentang bapak….aku seringkali gagal dalam menahan air mata…..seringkali aku membayangkan penderitaan bapak di zaman muda nya…..hidup di dalam keadaan serba-serbi kekurangan….
Bapak begitu gigih berusaha untuk ubah corak kehidupan kami….if posible dia tidak mahu anaknya susah macam apa yang dia lalui dan alami…..
Kalaupun aku ada pilihan untuk di berikan ‘bapak’ lain dalam kehidupan ku.... "Bapak" yang ada segala-galanya yang tidak dimiliki oleh bapak ku...... Aku tetap akan memilih Manshor Bin Ahmad sebagai bapak ku....It doesn’t matter who my father was....my respect for him is unending....and my love is unquestioning....aku menerima bapak ku seadanya..like he just acepted me as I was, as I am.....he’s my hero...and I am his daughter...
Masa aku sedih dan berduka....my bapak is the one who is always day....never fail untuk tunjukkan betapa ‘concern’ nya dia pada ku.... Bapak seringkali menegur mak jika mak selalu ‘berleter’.....sering mengingatkan mak jangan berkasar dengan anak....
Sehingga kini pun.....sebelum tidur.....bapak akan bakarkan racun nyamuk untuk ku... Memastikan supaya aku dapat tidur dengan selesa....
Aku tak akan lupa jasa baik bapak ku padaku....pernah suatu ketika aku pening kepala.....ketika itu hujan lebat....bapak menggunakan motosikal sanggup meredah hujan untuk pergi membelikan aku penadol....Dia adalah lelaki yang aku paling selesa hulurkan kepala ku untuk di urut saat aku mengalami ‘pening kepala’ yang agak teruk....tangan kasar bapak jugalah yang berjaya melegakan rasa peningku....
Semoga Allah berikan bapak ku kesihatan…long live…..murah rezeki….semoga aku di tetapkan pendirian untuk terus menyayangi bapak ku hingga akhir hayat....
Again and not ceasing, I LOVE YOU, BAPAK just the way you are.....

Tuesday, June 12, 2007

"Kakitangan Awam Naik Gaji"

Hmmm....hmmmm.....mungkin cerita ini sudah basi....dan sudah tidak berapa hangat lagi untuk di perkatakan....
Apapun....Alhamdulillah....aku turut berkongsi kegembiraan dengan adik ku dan rakan-rakan yang berkhidmat di sektor awam...
Adik ku sendiri menerima kenaikan gaji melebihi RM200.00... agak lumayan....
Dan semoga dengan kenaikan gaji....akan seiring dengan peningkatan kualiti perkhidmatan mereka....jangan gaji je naik....tapi perkhidmatan masih tak ada perubahan.....
Semoga selepas ini....mereka akan merasa 'cukup'.....dan tiada lagi rungutan...tak cukup belanja....
Tapi yang aku terkilan...ramai juga yang masih merungut... "ala...naik Rm100.00 lebih je...apa yang boleh beli..?"
Ya Allah...bukankah Rm100.00 itu lebih baik daripada langsung tak ada naik...manusia ni memang secara fitrah tak pernah cukup dan tak pernah puas..!!!!!!
Besar periuk, besarlah keraknya...pendapatan meningkat, belanja pun sudah pasti meningkat juga....Adakah semestinya begitu?...Kalau kita tanya orang-orang yang arif dalam selok-belok pengurusan kewangan sudah pasti jawapannya ialah...."tidak semestinya".....
Kecenderungam berbelanja kadang-kadang bukan mengira pendapatan besar atau kecil....buktinya ramai orang yang pendapatannya terhad tapi dia seboleh-bolehnya mahu memiliki satu-satu barang walaupun terpaksa berhutang....bak kata kawan saya citarasa 'naga'....he..he... Tak pasal-pasal naga jadi mangsa....
Aku sendiri, masa mula-mula bekerja....selalu di ingatkan oleh mak dan bapak.... "jangan boros sangat.....simpan-simpanlah juga duit tu..."
Biasalah time tu.....belum ada kereta...kerja pula jauh dari kawasan bandar...so sesekali ke bandar....keluarlah citarasa 'naga'....
Iyelah...sebagai perempuan....apa sahaja depan mata itu yang nak di beli...dulu aku memang sering gagal mengawal nafsu kuat 'shopping'... kadang-kadang barang yang di beli tu tak lah perlu sangat...Apa yang lebih malang....kadang-kadang menyesal pula membelinya...
Ketika itu....seringkali perbelanjaanku melebihi pendapatan.... setahun bekerja.....aku tak nampak ke mana perginya gaji-gaji ku......(cewah pura-pura pulak tak tau....)...sedangkan aku tak ada hutang kereta.... rumah free...
Mak dan bapak bising.....iyelah setahun bekerja aku masih gagal kumpul duit....tetapi hasrat untuk memiliki kereta semakin menebal di jiwa.... akhirnya runsing dengan tabiat borosku....bapak ku dengan murah hati membelikan aku sebuah kereta kancil....down payment RM5,000.00+++.....semuanya bapak yang tanggung.....dengan harapan duit gaji ku 'nampak' hala tuju nya....
Dan Alhamdulillah.....selepas ada 'komitmen' itu....tabiat berbelanja ku mula terkawal.....2 minggu selepas memiliki kereta....aku mendapat tawaran bekerja di Miri.....walaupun gaji lebih tinggi daripada tempat lama....tapi aku harus ingat....bayaran bulanan kereta...sewa rumah lagi.... minyak kereta.... belanja harian... semuanya perlu pertimbangan....maklum hidup di bandar....semuanya guna duit...aku tidak boleh lagi sewenang-wenangnya 'melabur' di supermarket macam dulu....aku tidak boleh lagi membeli barang-barang yang kurang perlu....aku sekarang perlu jadi pembeli yang bijak....otherwise aku tak dapat survive...
Sekarang.....walaupun aku belumlah boleh di katakan 'mampu' tapi aku dapat jugalah 'bertahan'....aku kini semakin bijak dalam menguruskan nafsu berbelanjaku....walaupun kadang-kadang tersasar juga... memanglah kalau di ikutkan hati.....semuanya nak di beli.....tapi itu mana mungkin....kemampuan kita setakat 'itu'.....jangan kerana nak memenuhi kehendak kita yang memang tak akan pernah habis.....sampai akhirnya kita yang tertekan dan terdesak ....
Keupayaan mengawal nafsu 'kuat shopping' ini penting supaya dalam berbelanja kita dapat utamakan apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu sahaja....keperluan dan kemahuan perlu di bezakan.... berbelanja kalau untuk memenuhi keperluan, ia di buat atas pertimbangan akal.... perlu bijak dalam menilai mana yang utama, mana yang boleh tangguh, mana yang di perlukan sangat dan mana yang tak payah di beli....
Akhir kata.....janganlah kita mudah leka dengan kehidupan mewah kita... jangan lupa, ada bahagian orang lain dalam rezeki kita... semoga kita tidak akan jadi hamba duit.....yang membuatkan kita lupakan segala-galanya kerana duit.....

"Keindahan Desa Sentiasa Menggamit Rasa, Mengusik Jiwa.."







"Tempat program - Surau Nurul Yaqin"




As-Sarawaki, 5 Jun 2007 (Alhamdulillah, hari ini genap setahun saya bertugas di Sarawak Shell Berhad): Segala puji bagi Allah, pada 2-3 Jun iaitu hujung minggu yang sudah, Kelab Anak Muda Muhibbah dengan kerjasama Curtin Education Excellence Facilitating Team (E-FacT), Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Pengurusan Kecemerlangan PPG Miri dan Yayasan ‘Amal berjaya melaksanakan Kem Motivasi Insan Cemerlang di Kampung Muhibbah, Ladang 3, Niah iaitu kampung halaman saya yang tercinta.

Sekalung perhargaan dan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sungguh terlalu banyak kenangan manis dan detik bermakna yang dilalui bersama sepanjang program 2 hari satu malam ini. Seramai 65 peserta terdiri daripada anak-anak Kampung Muhibbah dengan julat umur dari 10 ke 19 tahun yakni murid Tahun 4 sehingga ke Tingkatan 6 telah mengikuti program ini.
Kesungguhan urusetia khususnya anak-anak muda kampung telah menjadikan program tahunan kali ke-2 ini mampu direalisasikan. Komitmen para fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa Curtin University dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sesungguhnya telah memberitahu dan memberimahu kepada adik-adik peserta untuk cemerlang dunia dan Akhirat melalui 4 slot Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) dan sesi Koreksi Diri yang telah dijalankan. Selain itu, kewibawaan ilmu, kehebatan penyampaian dan semangat membara para penceramah jemputan juga telah menambah input bermakna kepada pengisian-pengisian program. Alhamdulillah!

“Kem Motivasi Insan Cemerlang Kpg Muhibbah.. Kejayaan Milik Setiap Insan!”

Pengisian Utama Program:

Ceramah 1: Hidup Lebih Hidup Dengan Kejayaan oleh Ustaz Nik Shazmizi Nik Sin, Guru Pendidikan Islam SMK Merbau Miri.
Ceramah 2: Sesi Hati Ke Hati Menuju Kecemerlangan Duniawi dan Ukhrawi oleh Puan Lily Hj. Morni, Pengetua SM Sains Miri yang juga merupakan mantan Pegawai Pelajaran Gabungan Miri - ceramah ini turut dihadiri oleh para penduduk kampung dan ceramah ini kemudiannya diikuti dengan jamuan makan malam berlaukkan daging rusa yang telah disembelih khusus untuk program ini.
Ceramah 3: Adab Pelajar Muslim Cemerlang oleh Ustaz Ahmad Fauzi Yaacob, Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral, Pejabat Pelajaran Gabungan Miri.
Qiammullail: Pimpinan Ustaz Mohd Kamil, Guru Bahasa Arab SMK Agama Miri.

Latihan Dinamika Kumpulan (LDK):

LDK 1: Ice Breaking dan Kenali Potensi Diri
LDK 2: Penghayatan Kecemerlangan
LDK 3: Klinik Solat Cemerlang
LDK 4: Pelan Tindakan dan Rumusan


Suasana Kejiranan Desa.. Kian Sirna di Kota!

Namun, satu perkara yang saya rasakan merupakan elemen utama yang telah menjadikan program ini satu realiti yang bererti ialah kekuatan ukhuwwah, semangat volunteerism, upaya bergotong-royong serta kerjasama masyarakat kampung dalam suasana kejiranan desa yang masih terjalin utuh. Suasana sebegini semakin dipandang sepi dan kian sirna di kota-kota maju dan bandar-bandar pesat! Bagi saya, suasana mesra kejiranan desa merupakan satu warisan penting yang bersifat Islami yang amat wajar untuk dikekal, diteruskan dan dikembalikan pengamalannya.

Melihat realiti semasa dengan kepesatan pembangunan, ada beberapa perkara yang sewajarnya tidak berlaku tetapi mungkinkah ia terpaksa dibenarkan dan dikorbankan atas nama kemajuan?.. Secara umumnya, benarlah betapa tembok konkrit perumahan bandar telah menyebabkan masyarakatnya kian nafsi-nafsi.. Benarlah pagar berjeriji antara lot-lot telah menyebabkan warga kota kian pentingkan diri-sendiri.. Benarlah kemajuan hutan batu telah melenyapkan resmi desa yang erat terpadu.. Dan benarlah pembangunan fizikal kian meruntuhkan pembangunan ukhuwwah nan menebal!

Tak percaya? Berikut dikongsikan dengan tetamu ziarah sekalian beberapa analogi yang saya rasakan ramai di kalangan kita menyetujuinya:

1. Masa kenduri-kendara (majlis perkahwinan, akikah, khatam al-Qur’an)

Suasana Desa: Seluruh penduduk kampung akan bergotong-royong bantu-membantu. Seminggu sebelum majlis bermula rumah pihak yang mengadakan majlis sudah penuh dengan penduduk kampung yang datang membantu. Kalau di kampung saya, biasanya kaum bapa akan membantu tuan rumah membuat khemah bertiangkan buluh dan bertendakan kanvas yang disebut sebagai ’sarapo’ kerana biasanya rumah tidak dapat menampung jumlah tetamu yang hadir bertandang dan bertamu. Kaum ibu pula sudah sibuk dengan suasana ‘hingar-bingar’ menyediakan rempah-rempah lauk dan menu-menu masakan selain pelbagai jenis kuih-muih serta aneka juadah yang lain. Kalau dulu-dulu lagi seronok, seminggu sebelum majlis, semua saudara-mara yang jauh dekat sudah datang dan ‘berambeh - bermalam bersama’ di rumah. Suasana memang riuh-rendah dengan bunyi gurau senda anak cucu dan atuk nenek, pakcik makcik dan anak saudara, abang kakak dan adik-adik, along angah dan achik usu, sepupu lelaki dan sepupu perempuan. Sungguh.. Riuh tetapi indah.. Dan kemesraannya hangat terasa!

“Suasana Mesra Desa Sentiasa Di Hati.. Masih ‘dara’ ukhuwwahnya!”

Suasana Kota: Suasana sedemikian sudah kurang terasa dan lebih parah mungkin tidak wujud di kota. Malah jika sekiranya masih diamalkan sekalipun, ianya hanyalah oleh segelintir masyarakat sahaja. Trend terkini ialah tempah hotel mewah atau dewan, dan yang lainnya akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak hotel atau caterer. Tetamu cuma datang majlis, makan, beri hadiah dan pulang. Memang mudah tetapi kurang ukhuwwah!

2. Jemputan ke Walimatul ‘Urus - Majlis Perkahwinan

Suasana Desa
: Dulu-dulu wakil dari pihak yang akan mengadakan majlis perkahwinan akan datang sendiri dari rumah ke rumah menjemput untuk hadir ke majlis yang hendak diadakan. Akan dinyatakan siapa yang menjemput, di mana majlisnya akan diadakan, apa hajatnya dan dinyatakan harapannya dengan budi bicaranya yang mulus agar dapat kiranya yang dikunjungi hadir memeriahkan majlis. Kalau di kampung saya, wakil akan datang menjemput dari rumah ke rumah dengan motosikal, selalunya pasangan lelaki dan perempuan (dan kebiasaannya yang ada hubungan mahram) yang mana yang perempuan akan dibonceng di bahagian belakang motosikal dengan memakai pakaian bersesuaian yang sejuk mata memandang sesuai dengan gaya keayuan gadis pingitan desa. Yang perempuan akan dibonceng dengan duduk mengiring di mana kedua-dua belah kaki diletakkan di sebelah sisi kiri motosikal dan bukannya mengangkangi seat motosikal (sepertimana sekarang) kerana ia dipandang tidak sopan. Bersama wakil penjemput ini akan dibawa satu tepak steel yang disaduri dengan kain baldu berukir dan di dalamnya akan dibawa pernyataan dan perincian majlis. Cuma apa yang saya kurang setuju ialah di dalam tepak tersebut juga ada kotak rokok dan selalunya menjadi satu adat kononnya setiap rumah yang diziarahi hendaklah mengambil sebatang rokok supaya yang datang menjemput tidak kecil hati! Nonsense.. Katakan Tak Nak pada rokok! Katakan ya pada ukhuwwah!

Suasana Kota (dan juga sudah diamalkan di desa): Kad jemputan akan dihantar melalui pos atau dari tangan ke tangan dengan pelbagai design malah kebanyakannya adalah kad-kad wangi, kad tanpa bicara mesra dari bibir! Hanya saudara-mara dan sahabat handai terdekat sahaja yang dijumpai secara bersemuka, diberikan secara personal dan dijemput secara khusus atau kalau yang istimewa akan dimaklumkan melalui telefon dan sms. Memang mudah tetapi kurang sedikit terasa ukhuwwahnya!

3. Nostalgia Berpuasa dan Bulan Ramadhan

Suasana Desa: Untuk perkara ketiga ini, saya suka untuk kongsikan entry Akhi Rashidi Murad tentang Nostalgia Ramadhan Tahun 70-an dan 80-an yang sesungguhnya mencuit hati dan merupakan kenangan yang mengusik jiwa.

Bulan Ramadhan merupakan waktu yang senantiasa ditunggu-tunggu. Pertamanya, di bulan Ramadhan ni, dapat makan yang sedap-sedap, luar biasa cara masakan mak, resepi yang dah lama tak keluar akan muncul semula, ini termasuklah my favourite ‘ayam engkong’ – masakan jawa, ayam satu ekor yang dipanggang dalam oven atau digoreng, kemudian disira dengan segala rempah-ratus dan santan pekat. Mak memang rajin memasak, sehinggakan ‘fishball’, cendol dan air tauhu pun dia buat sendiri. Lebih meriah kalau berbuka puasa di rumah mak tok yang jaraknya cuma sebatu dari rumah kami. Di rumah mak tok ramai orang, maklumlah rumah besar, keluarga besar dan masih ramai yang bujang (yang dah berkeluarga pun gemar berbuka sekali). Riuh-rendah dengan bunyi gurau senda anak cucu dan pinggan-mangkuk periuk-belanga, bayangkan sekitar 20-30 orang ada di dapur bersedia untuk berbuka puasa, macam kenduri kendara. Rindu sangat-sangat dengan suasana macam tu, tetapi setelah mak tok meninggal dunia kira-kira 15 tahun dulu, semuanya telah berubah.

Kedua, memang seronok berpuasa, tak tahulah kenapa, walaupun letih, dahaga, lapar… tetapi seronok, tak der lah merengek nak berbuka segala walaupun umur baru 7 tahun. Semasa hendak berbuka puasa, ramai-ramai duduk mengelilingi meja yang penuh dengan beraneka makanan (masa tu kami 5 beradik), jiran-jiran saling bertukar-tukar juadah (zaman sekarang ada ke?), aku akan jadi ‘porter’ pergi dari satu rumah ke satu rumah menghantar kuih atau juadah, “Mak Aniiii….. ooooo mak Aniiii… mak bagi kuih niiii…”. Masakan dari Mak Eton paling aku tunggu-tunggu, sebab semua masakan dia sedap, maklumlah dia dan suami keturunan Arab-Melayu Singapura. Ketiga, sebab selepas Ramadhan, masuk pula Syawal, kanak-kanak mana yang tak suka menyambut Hari Raya. Sebelum tiba Hari Raya, sudah tentu akan berbelanja pakaian baru, walaupun tidak semewah mana, tetapi ada dan cukup. Kasut baru pasti dicari di kedai BATA, selalunya aku pilih sandal yang warna cokelat tu, kadang-kala abah akan pilihkan kasut ‘keras’ kulit. Baju Melayu kena warna sedondon dengan adik lelaki yang sorang tu, adik-adik perempuan warna baju tak boleh sama dengan yang lelaki, songkok pun kena beli yang baru sebab yang tahun lepas dah tak muat, lagipun dah ‘out of shape’ sebab selalu diguna ke sekolah agama. Yang jual songkok ni selalunya orang-orang Minang dari Sumatera, tak pun orang-orang Pakistan yang tinggi lampai berjanggut panjang beruban. Stokin dan saputangan pun baru, stokin beli yang warna putih sebab boleh pakai ke sekolah dan saputangan penting sebab aku tak suka mulut comot dan selalunya buat kesat hingus. Nyonya kat pekan tu dah tau sangat perangai aku, mesti minta saputangan corak kotak-kotak. “Nyonya, yang bunga-bunga saya tak mau lah, ini perempuan punya!!!!”. “Aiyaaa… wa ingat lu pelempuan lorrrrr… soli arrr…”


Sepanjang malam bulan puasa, mak rajin buat biskut, macam-macam biskut yang dia buat, walaupun dari siangnya mak dah penat memasak dan buat kerja rumah, malamnya pasti tak ketinggalan buat biskut. Aku sudah tentulah jadi assistant Chef, tolong klim tart nenas, tabur ceri, letak kismis, susun atas dulang, simpan dalam balang etc. Sambil buat biskut, mak selalu bercerita, cerita masa dia muda-muda dulu, cerita sambut raya orang dulu-dulu, susah senang zaman dulu. Sambil tu mak selang-seli memberi nasihat supaya belajar rajin-rajin (bukan belajar buat biskut ek!), bila besar boleh jadi orang senang, tak merempat….. dan boleh bawa mak pergi melancung/wisata (ini ‘penyakit’ keturunan suka melancung). Bab bangun sahur, akulah orang paling mudah bangun sahur, tak macam adik-adik yang lain tu, kecuali Anita. Kalau harapkan lelaki yang sekor tu dan si Linda….. tahan tak nak makan sebab nak ‘titun’, tak pun ada yang menyuap nasi ke mulut sambil mata tertutup. Aku dengan cerianya akan bersiap-siap untuk makan sahur, aku tak begitu cerewet dengan makanan sahur asalkan panas, lagipun semua masakan mak memang sedap, minuman wajib untuk bersahur ialah Milo panas. Itu dulu-dulu…. masa kecil-kecil bersekolah rendah.

Suasana Kota: Trend terkini ialah berbuka puasa secara buffet di hotel-hotel. Memang mewah, tetapi kurang nostalgianya! Cuma satu perkara menarik yang saya paling kenang khususnya ketika bergelar mahasiswa dahulu ialah berbuka puasa secara percuma di masjid-masjid. Alhamdulillah masih ramai orang kaya yang budiman di kota-kota metropolitan!

Benar bukan? Persoalannya di sini, mungkinkah suasana mesra desa akan kembali mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat kota dan generasi moden masa kini? Saya sedikit sangsi meski optimis!

Wallahu a’la wa a’lam.

Al-Fatihah.....

Dalam kegembiraan ku kembali mula bekerja setelah menumpang 'cuti gawai'.....pada hari Khamis (7 June 2007) aku di kejutkan dengan berita kematian seorang lagi sahabatku...Mulyana....Semoga ahli keluarga nya tabah ....dan semoga rohnya di cucuri Rahmat....
Sebelum ini, aku pernah menulis tentang beliau.....sila klik :
Aku agak sedih juga sebenarnya.....sejak kebelakangan ini....seorang demi seorang sahabat yang pergi menghadap Ilahi...Semoga ia menjadi peringatan buatku dan yang lain...Bahawa kematian itu adalah benar dan pasti!!!!!!!Setiap yang bernyawa pasti akan melaluinya....
"Ya Allah,
Jadikanlah sebaik-baik umur kami di penghujungnya,
Dan Sebaik-baik amalan kami,
amalan yang penghabisan,
Dan sebaik-baik hari bagi kami,
Hari kami menemui-Mu"
"Ya Allah,
Sudahilah Kehidupan kami dengan kehidupan yang baik,
Dan janganlah di sudahi dengan kesudahan yang buruk"
Al-Fatihah...

Friday, June 08, 2007

Tahniah...tahniah.....


Maryah n hubby.........

Parts of hantaran Siti to Syamri...


Maryah.....so sweet n anggun...

Pertama sekali tahniah untuk Maryah n Adi,Baiy n Amir, Ein n Bang Yus atas majlis pernikahan masa cuti gawai ni tadi....semua majlis kawan-kawan ku ni aku tak dapat attend...kerana ada program di kampung... di mana aku have to attend....

Tahniah juga kepada sahabat baik ku, Siti Khatijah dan Syamri atas pertunangan mereka pada 5 June 2007....aku and housemate sempat juga attend....Siti so sweet malam tu.....

Malam itu.....pertama kali aku menghadiri majlis pertunangan...maklum adat bangsa Bugis....tiada pertunangan.....so excited juga lah tengok majlis tu....

Seronok tengok hiasan hantaran.....










Thursday, May 31, 2007

Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki ....DR. HM TUAH

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurn akan lengkap-melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Selamat Hari Gawai.....Selamat Bercuti...

Selamat Hari Gawai....for all my Dayak friends.....di mana jua berada...
Today will be last day kerja...esok dah start cuti sampai hari Isnin....means tak kerja 4 hari.....fuyoo....lama tu....best...best....
aku ada 2 jemputan nikah...Pot & Addy, Baiy & Amir dan E'in & Yus.... semua nya aku tak dapat attend.....i have to balik kampung coz ada program "Motivasi Pelajar Cemerlang"......and aku involve.....
aku tak pasti lagi sempat atau tidak visit kawan-kawan sempena hari gawai....rasanya memang tak sempat.....apa pun cukup dengan ucapan dan ingatan ku pada mereka.....
Hari ni kat office....semua sudah hilang mood untuk buat kerja....semua sudah 'mood holiday'.....aku sendiri......banyak 'lepak' dari buat kerja.... he...he....malas betul......cian majikan aku...
Ok lah......selamat bercuti semua....(eh lupa.....untuk Sarawakian) je.... Jaga diri baik-baik.....