Tuesday, February 27, 2007

With Housemate....Me,Haliza,Hayati,Hamidah



























































Muka Lepas Mandi kat Laut..........
























































































































Monday, February 26, 2007

HUJUNG MINGGU KU.....











Alhamdulillah.....cuti hujung mingg kali ini (24 dan 25 Feb 2007 /sabtu & ahad) ini banyak pengisian berfaedah yang aku dan rakan-rakan serumah lakukan.......Penuh dengan bermacam-macam aktiviti.....penat tu.....tapi seronok....



Pada 23 Feb 2007 (Jumaat)....aku, Hayati dan Hamidah bermalam di rumah kak Alin.......turut serta di sana ialah...kawan usrah kami...Kak Hanim, Kak Rozi, Kak Leha, Kak Faridah, Syuhada...

Kami berkumpul di rumah kak Alin lebih kurang 9.00 malam.... Aktiviti kami sebenarnya ialah untuk melakukan qiamualail bersama-sama... Malam itu kami di beri tazkirah oleh kak Rozi yang bertajuk "Solat Tahajud".... ia turut di tambah dan di ulas oleh kak Hanim.... "Touching" sedikit kerana kak Hanim mengulas sambil menangis....semasa beliau menyoal "siapa kita di sisi Allah.."terasa sangat kerdil diri ini di sisi-Nya... Kak Hanim berharap agar kami semua dapat menunaikan solat malam sambil berbisik-bisik memohon keampunan daripada Allah...

Selepas itu kumpulan kami di bahagi kepada 2 bahagian... kali ini kami bertadarus......Lebih kurang 10.30 kami di suruh berehat bagi membolehkan kami bangun seawal 4.00 pagi untuk solat tahajud dan solat sunat yang lain....

Aku, Syuhada, Kak Rozi,Hamidah dan Hayati tidur sebilik..... Kami bangun lebih kurang 4.00 pagi...selepas membersihkan diri ... kami masing2 buat solat sunat....Selepas itu kami di beri tazkirah oleh kak Hanim....tajuk nya ialah "Taubat"........ kami turut berkongsi cerita dan pengalaman yang boleh di jadikan iktibar dan pengajaran.....

Solat subuh kami pagi itu di imam oleh kak Rozi.... Selepas solat subuh kami sama-sama membaca al-masyurat....

Program seterusnya ialah senam aerobik.......kali ni masing-masing tunjuk 'skill'....aku apalagi.....mestilah tunjuk 'skill' yang aku pelajari dari kelas 'dancing'....

Setelah itu, kami sama-sama bersarapan pagi....kami bersurai dari rumah kak Alin lebih kurang 8.00 pagi....

Aku dan Hamidah menghantar Hayati ke office......selepas itu kami terus balik ke rumah untuk bersiap-siap sementara menunggu Syuhada mengambil kami untuk ke Esplanade.......untuk menyertahui program seterusnya...

Setibanya kami di Esplanade....sudah menanti kami, kak Balqis dan keluarga,kak Faridah dan keluarga, kak Alin dan keluarga serta 3 orang pelajar Maktab Miri.....

Nampak nya kami yang lewat.....program di mulai dengan pembuka kata oleh kak Alin.......

Seterusnya kami ke tepi pantai...dan membuat bulatan untuk sessi taaruf.....selepas perkenalan kami di minta untuk memilih seorang pasangan....aku memilih salah seorang daripada pelajar Maktab.... Permainan yang pertama ialah lumba lari sambil kaki diikat bersama kaki pasangan.......sulit juga ku rasa.....maklum dah bertahun aku tinggalkan aktiviti ini....seterusnya ialah berlumba lari sambil membawa limau yang di simpan di antara 2 dahi....

Seronok sangat.....walaupun gagal mendapat nombor di kedua-dua permainan itu....tapi itu bukan lah agenda sebenar.....apa yang 'tersirat' di sebalik permainan itu yang utama dan penting....ialah....ikatan ukuwwah yang terjalin.. cara menyusun dan mengatur strategi yang tepat....kerjasama yang jitu.....

Sessi di teruskan dengan tazkirah daripada kak Alin....ia turut di tambah dengan cerita dan pengalaman sesama kami.......banyak yang di kongsi... dan sangat terasa 'keakraban' kami..... walaupun ada yang baru pertama kali bertemu....tapi Alhamdulillah....kami semua mudah untuk mesra.... mungkin kami sama-sama ikhlas dalam persahabatan ini....

Doa keterkaitan hati yang sering kali di baca setiap pertemuan kami kadang-kadang menyentuh perasaanku :
Ya Allah,

Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul keranamengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
bersatu memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
maka eratkanlahnya Allah akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hatiini akan jalan-Nya yang sebenar.
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman,keyakinan dan keindahantawakkal kepada-Mu.
Hidup suburkan hati-hati ini sebagaipara syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.Amin.

Sebelum Zohor kami semua bersurai....aku dan Hamidah berehat di rumah sementara menunggu masa untuk mengambil Hayati di office...

Lebih kurang 2.30 kami ke office Hayati....dan seterusnya mereka menemaniku untuk facial...di Anggun Mustika...(he....he.....sempat juga)

Seterusnya kami sama-sama 'shopping' barang dapur untuk rumah sewa...

Aktiviti kami dilanjutkan lagi malam itu....kali ini rakan serumah kami Haliza turut serta.....Malam itu kami menghadiri seminar "Kesihatan" oleh Dr Nordin Darus....Alhamdulillah banyak info yang kami dapat...(rasanya tak perlulah aku kongsi di sini ye......)

Walaupun aku agak penat dan mengantuk tapi cara Dr Nordin menyampaikan cukup berkesan.....

Setibanya dirumah, walaupun agak kepenatan.....tapi kami serumah sempat juga 'posing'....he....he.....Lepas tu semua tidur.....maklum esok pagi nak ke Esplanade untuk mandi di laut....

Nak lepas gian.......maklum siang tadi tak dapat mandi......

Kami bangun seawal 4.30 dan selesai menunaikan kewajipan kepada Allah.....kami segera ke Esplanade.....cuaca ketika itu masaih gelap... kami mandi-manda sehingga 6.30 pagi.......privacy rasanya.....maklum tiada orang lain yang mandi......

Kami berempat sempat juga 'posing' di tepi pantai........memang happeninglah.......aku memang lama dah tak mandi di laut....adalah 5-6 tahun rasanya.....so memang mandi sepuas-puasnya.....kami bertiga cemburu melihat Hamidah pandai berenang.......aku dan Haliza membawa baldi...konon nak guna untuk berenang.......tapi tak dapatlah... lepas ni aku suruh Liza cari pelampung...untuk kami guna untuk berenang.......he...he....macam budak-budak lah pulak.....

Setibanya di rumah barulah ku rasa badanku sakit-sakit........mungkin terkena pukulan ombak.....lenguh seluruh badanku.....selepas sama-sama sarapan pagi.....kami masing-masing berehat......manakala Haliza pula ada pertandingan bola jaring.......

Program kami yang seterusnya ialah ke kelas Hadis yang di anjurkan Hikmah.....iaitu pada pukul 2.30 petang.....Ia di sampaikan oleh pendakwah Hikmah iaitu ustaz Amin yang berasal dari Indonesia.....

Petang itu, walaupun penat....aku gagahi juga diriku untuk membuat kek buat insan tersayang......he...he......

Rasanya cukuplah setakat ini coretanku........walaupun cuma 2 hari....terasa sangat banyak perkara yang ku lakukan........



































KEMBALILAH KEPADA PENCIPTAMU!

Sumber : http://www.muhtarsuhaili.com/

Oleh: Dr. ‘Aidh ibn Abdullah Al-Qarni (Petikan buku "Road to Success")
Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam untuk Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya.
Amma Ba’du.

Cerita tentang orang-orang yang bertaubat membuat hati merasa bergelora. Kisah-kisah orang-orang yang kembali kepada Pencipta begitu menarik perhatian. Sebab, kisah-kisah tersebut menceritakan kepada kita tentang kesengsaraan dan kenikmatan hidup, penderitaan dan kebahagiaan, ketakutan dan rasa aman, kecemasan dan ketenangan.

Ketika terbit matahari pagi dan cahaya bersinar pasti ada orang yang jujur imannya kembali kepada Allah. Ketika terbenam matahari petang dan muncul bintang yang cahayanya mampu menembus kegelapan malam pasti ada orang yang bertaubat kembali taat kepada Allah.

Orang yang bertaubat menjadi lunak hatinya, deras air matanya, hidup jiwanya, bergelojak dadanya… Orang yang bertaubat jujur ungkapannya, meluap-luap perasaannya, bergemuruh qalbunya, tajam emosinya… Orang yang bertaubat bebas dari perasaan ujub, tidak punya rasa takabbur (sombong), tidak banyak matlamat… Orang yang bertaubat antara harapan dan rasa takut, antara damai dan bencana, antara keselamatan dan kebinasaan… Orang yang bertaubat di dalam hatinya ada sesuatu yang membara, di dalam jiwanya ada bara cinta, di wajahnya ada asa, di dalam air matanya ada berbagai rahsia.. Orang yang bertaubat mengetahui bagaimana melepaskan dan menghubungkan, bertemu dan berpisah, menerima dan menolak.

Dalam setiap peristiwa, orang yang bertaubat selalu memperoleh pelajaran berharga. Maka, ketika merpati berkicau, ia pun menangis; ketika ayam berkokok, ia meratapi kesalahan-kesalahannya; ketika burung-burung bernyanyi, ia menjadi sedar; ketika kilat berkilau, ia gementar… Orang yang bertaubat menemukan keindahan dalam berbuat taat, juga menemukan keindahan dalam ibadah, menemukan sejuta rasa dalam keimanan, menemukan kenikmatan ketika menyambut seruan-Nya.., Orang yang bertaubat mampu menulis berbagai cerita dengan air matanya, mengarang bait-bait puisi melalui keluh kesahnya, dan menyusun rangkaian pidato melalui tangisannya.

Orang yang bertaubat bagaikan seorang ibu yang mampu mengambil kembali buah hatinya dari tangan musuh… Bagaikan seorang penyelam yang selamat dari ombak besar hingga sampai menuju pantai… Bagaikan seorang mandul yang dikurniai seorang anak… Bagaikan seseorang yang siap dihukum mati ternyata dibebaskan!

Orang yang bertaubat telah memerdekakan budak dalam dirinya dari tawanan hawa nafsu, membebaskan hatinya dari penjara kemaksiatan, melepaskan jiwanya dari perangkap dosa, dan mengeluarkan dirinya dari kongkongan nista.

Orang yang bertaubat ibarat burung yang terluka tidak boleh lagi sombong; ibarat rembulan yang sedang murung tidak mampu berkata-kata; ibarat bintang yang masih tersisa di malam gelap gelita tidak dapat berteriak.
Berikut ini merupakan petikan cerita tentang orang-orang yang bertaubat. Saya menuliskannya khas untuk orang yang telah bertaubat dan kembali kepada Allah, untuk orang yang memiliki tekad kuat untuk bertaubat, untuk orang yang lagi berfikir untuk bertaubat, bahkan untuk orang yang enggan bertaubat. Semoga kiranya kisah-kisah ini bermanfaat bagi kita semua.

TENTERA YANG TELAH MENGENAL ALLAH

Orang ini bercerita kepada saya tentang kisahnya waktu bertaubat kepada Allah SWT. Sungguh kisah ini sangat menakjubkan. Sesungguhnya ini adalah kisah seorang insan ketika menjalani dua kehidupan, dua waktu, dan dua masa yang berbeza… Masa ketika ia menjalani hidup antara kegelapan dan cahaya, hidayah dan kesesatan, merasa terjaga dan raib entah ke mana… Orang ini kini cukup terkenal di daerahnya kerana ibadah, tangisan, kekhusyukan, dan bacaan Al-Qur’annya. Ia bercerita kepada anda tentang kisah kembalinya ia kepada Tuhan sementara air matanya terus bercucuran.

Dulu ia seorang tentera di sebuah kota, membawa senapang dalam tugas pengawalan singkat. Pada masa itu ia memiliki tubuh yang kuat tetapi mati hatinya… Puncak masa muda tetapi miskin kemahuan… Tegap badannya tetapi lemah imannya.

Dia menceritakan bahawa dia tidak pernah sekali pun sujud kerana Allah; tidak mengerti solat, apa itu solat, bagaimana nilai solat itu; tidak pernah masuk masjid kecuali pura-pura alim apabila terpaksa melakukan hal itu, untuk mencari muka di depan orang-orang biar dikatakan baik.

Dia dulunya betul-betul berpaling dari Allah. Allah SWT berfirman:

"Maka, pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?." (Al-Jaatsiyah: 23)

Dia juga menyatakan bahawa dia selalu mengejek agama Islam; tidak suka kesolehan dan juga orang-orang soleh. Apabila diajak ke jalan Allah dia selalu mengulangi ungkapannya yang cukup terkenal, "Kafirkan sahaja terus terang, agama tidak akan bising lagi!"

Dia tidak pernah mandi wajib, lalu boleh jadi kerana terpaksa menjaga muka di depan orang lain, dia kemudian masuk masjid untuk solat, masih dalam keadaan junub. Dia tidak mengerti wudhu'. Sebab, hatinya masih tidur terlelap dan mabuk kepayang. Di suatu kesempatan ia berdiri lalu menyalakan rokoknya dengan rokok orang lain.

Dia lepaskan dahaga hatinya dengan gelas-gelas kemaksiatan dan nafsu syahwat. Dia biarkan matanya melihat yang haram. Dia biarkan pendengarannya menikmati nyanyian tidak bermoral. Dia biarkan seluruh anggota badannya sia-sia tanpa nilai dan norma. Dilihatnya seorang gadis lalu terus diliriknya dengan kedua bola matanya yang bagaikan peluru itu.

Malamnya dihabiskan bersama kawan muda yang kehilangan dan tak tentu arah tujuan; lepak bersama dalam canda tawa, dalam kenistaan, dalam dahaga dan kesesatan. Maka, ketika rasa ngantuk mengunjunginya, ia pun melemparkan tubuhnya ke bumi seperti jasad yang mati sampai benar-benar dibangunkan. Dia tidur tidak dalam keadaan suci, tidak ada solat, tiadak ada bacaan Al-Qur’an, tidak ada ucapan zikir. Ia tidur seperti tidurnya orang gila, tersesat, yang tak tahu arah.

Ia selalu menghindar dari sunnah-sunnah Nabi, dari ahlinya yang selalu konsisten mengamalkan sunnah itu. Ia menganggap agama itu bahan tertawaan; berpegang teguh dengan agama bererti kemunduran dan terbelakang; masalah-masalah agama sudah kuno, habis dimakan dan ditelan zaman.

Dia benci dengan orang-orang soleh dan baik-baik. Bukan kerana apa-apa, hanya kerana mereka itu taat beragama dan jujur. Jarak antara dia dan kedua orang tuanya lebih kurang tiga ratus batu. Tetapi, dia telah memutuskan dan melepaskan tali silaturrahim dengan mereka. Barangsiapa yang memutuskan tali ikatan dengan Allah patut sahaja kalau ia memutuskan tali ikatan itu dengan sesama manusia.

Siang, malam, jam-jam, minit-minit yang telah berlalu ia penuhi dengan permainan dan senda gurau dan ia isi dengan canda tawa serta hanya mengikuti hawa nafsu.

Allah SWT menghadirkan seorang da’i yagn berwibawa, da’i yang memberikan bekas, ulama' yang mampu memberikan kesan, orang tua yang berilmu, lelaki yang dihormati, khatib yang membuat orang tak sedar, pembicara yang handal. Da’i ini sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Semoga Allah merahmatinya. Memang buku-buku tidak menyebutkan namanya, namun hati selalu mengingatinya. Memang media-media cetak tidak berbicara tentang da’i ini, namun air mata yang mengalir bercerita tentangnya.

Ketika da’i ini berbicara, air mata dan ucapan-ucapannya saling beradu. Salah seorang alim berujar, "Saya bermimpi seakan-akan saya memasuki sebuah pasar. Orang-orang berkerumun di situ. Seakan-akan Rasulullah SAW berdiri menyampaikan khutbah di pasar itu. Di tengah-tengah khutbah baginda menangis. Kupertaruhkan ayah dan juga ibuku demi Rasulullah! (Ungkapan orang Arab untuk menyatakan sungguh-sungguh).

Sebahagian orang pengsan kerana merasa begitu terpengaruh hingga dipercikkan air kepada mereka." Orang itu melanjutkan, "Di pagi harinya saya pergi ke pasar kampung. Ketika orang-orang berkumpul, da’i ini berdiri menyampaikan nasihat. Suaranya meninggi kerana nasihat dan tangisannya, sampai-sampai saya lihat sebahagian orang jatuh pengsan di bawah terik matahari kerana merasa terpengaruh. Dipercikkanlah air kepada mereka. Ini menjadi tafsiran mimpi saya sebelumnya."

Da’i ini mengunjungi kampung tentera tadi. Lalu ia masuk ke masjid kecil di samping kem tempat tentera itu bertugas.

Tentera tersebut berada dalam tugas pengawalan di samping masjid. Da’i itu pun melaksanakan solat lalu berbicara dan membawa hati pergi menuju negeri Akhirat. Ia berbicara hingga membuat seluruh jiwa tertawan, sehingga jiwa itu berada di tangannya. Setelah itu ia boleh membebaskannya atau menerima tebusan jiwa. Tentera tadi mendengarkan perkataan orang tua itu dengan kedua telinganya. Orang tua itu menjelaskan firman Allah SWT.:

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat)." (Al-Hasyr: 18)

Da’i ini berbicara panjang lebar mengingatkan tentang Akhirat, keanehan-keanehan dan ketakutan-ketakutan yang ada di sana. Ia bercerita tentang syurga dan neraka. Tentera itu pun menyerahkan hatinya kepada da’i agar dihubungkan kepada Allah SWT.

Tentera tadi berujar tentang dirinya, "Saya benar-benar bagaikan berada dalam keadaan kacau-bilau, tidak tahu di mana saya. Saya benar-benar kehilangan kekuatan untuk berdiri. Saya pun duduk di atas bumi ini. Tangisan menderu saya, Allah-lah Yang Maha Tahu."

Da'i ini benar-benar telah menyentuh fitrah yang dititipkan dalam diri orang itu, fitrah iman dan tauhid. Allah SWT berfirman:

"(Tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus." (Al-Ruum: 30)

Tentera itu benar-benar ingat akan hari-harinya yang begitu hitam dan kelam; membayangkan ia nanti berdiri di hadapan Tuhannya, Allah SWT, di hari terjadinya pertontonan yang maha besar. Allah SWT berfirman:

"Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah)." (Al-Haaqqah: 18)

La Ilaha illallah ‘tiada Tuhan selain Allah’! Sungguh begitu kuat agama ini ketika susah payah memasuki jiwa. La Ilaha illallah ‘tiada Tuhan selain Allah’! Sungguh begitu berpengaruh kuasa tauhid ketika menawan hati.

Pemberi nasihat tadi telah selesai menyampaikan pesannya. Namun, pendosa yang telah menyesal ini belum berhenti menangis dan tidak akan pernah berhenti, dan mengapa boleh berhenti?

Teman-temannya segera datang menemuinya sementara dia masih dalam keadaan menangis tak sedarkan diri. "Hai, ada apa denganmu? Hai, ada apa denganmu? Hai, ada apa denganmu? Apa yang terjadi padamu? Kamu baik-baik sahaja kan?" Ia tidak menjawab mereka melainkan dengan tangisan.
Seorang penyair mengatakan:

"Bila air mata bercampur baur di pipi, Tampaklah mana orang yang menangis dan yang pura-pura menangis."
Mereka pun mengambil senjata yang ada di tangannya. Ia berdiri tertatih-tatih di depan temannya, masuk ke kamarnya meneruskan ratapan dan kesedihannya. Tiba-tiba, ia meledak bagaikan gunung berapi, menyampaikan taubatnya di hadapan Allah SWT. "Aku bertaubat kepada Allah. Aku memohon ampun kepada Allah. Ya Tuhanku, aku bertaubat kepada-Mu, mohon ampunan-Mu. Rahmat-Mu ya Tuhan…"

Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunggunnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

Si tentera pun pulang, lalu mandi junub, melepaskan pakaiannya dan mengenakan pakaian lainnya yang suci bersih, memulai awal kehidupan-kehidupan imannya dengan solat Maghrib. Allah SWT berfirman:

"Dan, apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya?." (Al-An’aam: 112)

Ketika selesai solat Mahgrib, orang yang telah bertaubat itu pulang berserta orang tua ya'ni da'i tersebut menuju satu rumah yang bersebelahan dengan masjid. Ketika keadaan sudah tenang, teman kita ini mendekati si orang tua dan menceritakan kisah hidupnya: kisah tak tentu arah, kisah buruknya, kisah tanpa kepedulian.

Lalu si da'i yang bijaksana itu mulai memaparkan arah menuju hidayah serta jalan menuju kebahagiaan, mengajarkannya prinsip-prinsip ajaran Islam. Ia minta di antara orang yang hadir di situ mengajarkan Kitab Allah SWT, Al-Qur’an, kepada orang yang telah bertaubat ini sesuai tajwid, hukum bacaannya, cara menghafal dan mengamalkannya.

Orang yang bertaubat ini berkata kepada saya, "Demi Allah, saya tidak tidur malam itu kerana begitu senangnya menerima hidayah dan menyambut seruan Allah." Allah SWT berfirman:

"Maka, apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya (untuk) menerima agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang membatu hatinya untuk mengingat Allah." (Al-Zumar: 22)

Orang yang menyambut seruan-Nya ini terus menjalani hidup dengan iman. Demi Allah, dia katakan kepada saya, "Saya telah hafal Al-Qur’an luar kepala dalam tempoh empat bulan sahaja."

Dia benar-benar tidak meninggalkan Al-Qur’an; siang malam hanya tidur dua jam sahaja; membaca Al-Qur’an sambil berdiri, duduk, dan juga ketika berbaring; tetap terus mengerjakan amalan-amalan sunnah. Keadaannya semakin baik, fikirannya terbuka, kesedihan dan kecemasannya telah hilang. Usianya sekarang sudah lebih lima puluh tahun. Dia menjadi orang yang paling rajin beriabadah yang pernah saya lihat; mengkhatamkan (menamatkan bacaan) Al-Qur’an setiap tiga hari; memiliki wirid-wirid yang berasal dari zikir-zikir yang diajarkan syari’at. Air matanya begitu cepat mengalir, berseri-seri wajahnya, cerah air mukanya. Anda akan melihat kekuatan tampak padanya.

Kisah ini saya catat darinya. Saya tahu banyak di antara rakan-rakan tercinta yang mengenalnya. Sesungguhnya di dalam kisah si tentera terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya lalu menyaksikannya.

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti." (Ali-‘Imraan: 193).

PEMUDA YANG DINAUNGI PERLINDUNGAN ALLAH

Dia dulunya seorang pemuda yang menjadi asing dengan agamanya, melupakan Tuhannya, dan melalaikan dirinya. Ada perumpamaan yang dibuat gara-gara kederhakaan dan penyimpangannya. Disebabkan dia merugikan orang lain banyak orang yang mendoakan kebinasaan terhadapnya, kiranya Allah membuat orang-orang merasa aman dari keburukannya.

Beberapa da'i telah memberikannya pesan tapi tidak dia terima, menasihatinya tapi tidak dia dengarkan, dan memperingatkannya tapi dia tidak peduli. Ia hidup dalam kegelapan nafsu syahwatnya. Salah seorang da'i pernah menemuinya. Da'i ini mampu memberikan kesan dan jujur, lalu menasihati orang yang berpaling dari seruan Tuhan hingga membuatnya menangis. Da'i itu menyangka pemuda tadi telah memenuhi perintah Allah dan Rasul SAW. Tapi tidak ada gunanya, pemuda itu kembali seperti semula seakan-akan tidak pernah mendengar nasihat apa pun.

Ia tidak mengenal masjid bahkan solat Jumaat; keluar dari rumahnya setelah waktu Isyak bersama-sama kelompok yang lepak, dan tidak pulang sampai menjelang Subuh, kemudian tidur sepanjang siang.

Ia tinggalkan tugas dan sama sekali tidak bekerja, sehingga rugi dalam masalah agama serta dunia. Ibunya selalu meratapinya dengan tangisan kerana melihat kenyataan hidup anaknya, bahkan sampai menginginkan anaknya mati sahaja!

Ia tidur diselingi lagu-lagu dan bangun juga seperti itu. Di sekelilingnya gambar-gambar lucah, seks dan komedi, segala yang dapat menghancurkan keimanan warga sebuah kota. Bahkan, diketahui si pemuda ternyata menagih dadah sampai membuat akal dan jiwanya mabuk.

Begitu lama ia menyimpang dari Allah, sedangkan kemahapemurahan Allah selalu melindunginya.

Begitu lama ia membangkangi-Nya sedangkan Allah masih memberinya waktu. Begitu banyak ia berbuat maksiat sedangkan nikmat Allah sentiasa mengelilinginya.

Ia mendengar segalanya kecuali Al-Qur’an. Ia mengerti apa sahaja kecuali agama. Ia menyukai semua yang ada kecuali zikir kepada Allah dan yang senada dengan ini.

SubhanalLah ‘Maha Suci Allah’! Bagaimana hati boleh menjadi tenteram bila tidak pernah mengenal Allah? SubhanalLah ‘Maha Suci Allah’! Bagaimana inderanya boleh tinggal diam ketika ia berpaling dari Allah SWT?

Hari-hari hitamnya berlalu dengan maksiat, kotor berdebu dengan hal-hal yang bertentangan dengan agama. Salah seorang alim yang juga merupakan seorang da'i memikirkan cara baru untuk mengeluarkan pemuda yang selalu berbuat maksiat ini dari kemaksiatannya. Cara itu sesungguhnya adalah menghadiahkan kaset Islami, memasangnya di rumah dan di kereta orang-orang di sana; kaset Islami yang merakam ilmu, suara dan pengaruh penceramah.

Berhasillah menghadiahi pemuda ini kumpulan kaset yang dapat memberikan kesan. Diambilnya dan hanya diletakkanya di keretanya, tidak terlalu prihatin untuk mendengarkannya.

Kemudian ia pergi melancong ke Dammam melalui jalan darat. Sepanjang jalan ia mendengar lagu dan nyanyian. Lalu mencuba mengganti waktu luangnya dengan mendengar sebuah kaset Islami. Ia ingin melihat bagaimana orang-orang ini berbicara, serta bagaimana kaedah mereka dalam berdakwah.
Mulailah kaset tersebut memancarkan gelombang-gelombang iman, begitu jelas mengudara secara langsung dalam kebenaran, melalui siaran ikhlas, dengan jangkauan gelombang sejauh risalah abadi bagi para pendengar di kota "orang-orang yang berpaling" dan sekitarnya.

Si pemuda pun mendengarkan kaset. Kaset itu berbicara tentang "Takut kepada Allah SWT serta Kisah Orang –orang yang Takut." Kalimat demi kalimat sampai ke hati si pemuda lalu menetap di sana, di dalam tempat yang kukuh. Berakhirlah kaset tadi, sementara si pemuda telah mulai siap menerima; kekuatan-kekuatan yang ada di benaknya berterbangan; dan ia melihat kembali hitungan amalnya kepada Allah SWT.

Ia pun memasang kaset kedua. Topiknya tentang "Taubat dan Orang-orang yang Bertaubat". Melalui fikirannya, si pemuda berkelana menuju masa silamnya yang menyedihkan dan boleh membuatnya menangis. Maka kaset dan tangisannya saling beradu di tengah-tengah paparan nasihat tepat di depan hatinya. Seakan-akan lidah pada keadaan seperti itu mengulang-ulangi ayat:
"Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu." (Al-Anfaal: 24)

Ia semakin mendekati kota Dammam dan hampir sahaja keretanya tak terkawal kerana begitu terpengaruh. Aliran iman benar-benar telah masuk ke dalam jasadnya, sungguh membuatnya bergetar,

"Dan, kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu." (Al-Naml: 88)

Ia sampai lalu memasuki kota itu, sementara hatinya telah dimasuki kota iman. Menurut pandangannya, kehidupan telah berubah. Ia mulai melihat kehidupan dengan pandangan seorang hamba yang telah bertaubat, padahal sebelumnya ia melihat kehidupan dengan pandangan orang yang berpaling dan menyeleweng.

Ia mulai menuju ke masjid dan berwudhu’ dengan air yang bercampur air mata.

Seorang penyair mengatakan:
"Bila asmara orang-orang yang jatuh cinta. Ooh… Mereka itu makhluk. Terhadap Laila dan Salma dapat mencuri hati dan fikiran, Apa yang mungkin diperbuat orang jatuh cinta, Yang melayang hatinya sebab rindu, menuju alam nirwana."

Ia masuki masjid itu lalu membuka lembaran kehidupannya dengan solat dan memulai kehidupan yang baru.

"Dan, katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap." (Al-Israa’: 81)
Ia kembali menemui keluarganya dengan selamat dan mendapat kekayaan; selamat dari perbuatan-perbuatan maksiat, mendapat kekayaan berupa ketaatan. Ia masuki rumahnya dengan raut wajah yang berbeza dengan raut wajahnya ketika pergi. Sebab, ia dulu pergi dengan wajah penuh maksiat, dosa dan nista, dan kembali dengan wajah yang putih kerana cahaya ketaatan, taubat dan kembali kepada Allah.

Keluarganya pun terhairan-hairan. "Apa yang terjadi padamu hai anak muda? Ada apa?" Ia berkata pada mereka, "Telah terjadi satu hal terbesar dalam hidupku. Aku telah kembali kepada Allah. Aku telah mengetahui jalan menuju Allah."

Mengalir air matanya, lalu air mata mereka pun mengalir bersamanya disebabkan bahagia. Dari air matanya ada air mata yang menjadi air mata kebahagiaan.

Seorang penyair mengatakan:
"Meluap-luap kesenanganku, Sampai-sampai aku, Ooh… Ada hal besar yang membuatku senang boleh membuatku menagis."

Cahaya rumah bersinar, orang-orang saling memasang telinga, dan mereka mulai mendoakan orang yang telah bertaubat dan kembali sedar ini. Selamat untuknya dengan ampunan Tuhan. Allah SWT berfirman:

"Mereka itulah orang-orang yang Kami terima dari mereka amal yang baik yang telah mereka kerjakan dan Kami ampuni kesalahan-kesalahan mereka, bersama penghuni-penghuni syurga, sebagai janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka." (Al-Ahqaaf: 16)
Sekarang kami akan membawa anda pindah menuju jalur ketenteraan, menuju pasukan tentera. Kita sekarang berada bersama salah seorang perajuritnya. Ia masih hidup sampai sekarang.

Orang ini selalu keluar untuk maksiat (derhaka kepada Allah). Ia menderhakai Allah luar dalam, siang malam, secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan.

Ia sangka hidup ini hanya segelas minuman dan perempuan. Sehingga, ia jatuh dalam kenikmatan, sedangkan ia berada dalam kegelapan. Ia menjerumuskan dirinya dalam jurang kebinasaan dan malapetaka.

Perjalanan terakhirnya iaitu Perancis, negeri penuh kegelapan dan kebebasan. Ia pergi ke sana, dan tinggal beberapa waktu dalam hidup kebinatangan, sementara haiwan pun tidak separah gambaran hidupnya. Sesungguhnya begitulah kehidupan musuh-musuh Allah. Mereka itulah: "Orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya." (Al-Kahfi: 104)

Kemudian ia kembali menemui keluarganya, sedangkan fikirannya begitu penuh dengan cerita-cerita dan kisas-kisah tentang negeri itu.

Sehingga menurutnya, orang-orang besar itu hanyalah orang-orang besar Barat; sasterawan hanyalah sasterawan Barat; dunia seluruhnya hanyalah Barat.

Ia menikahi seorang wanita solehah yang mengenal Allah SWT. Allah SWT berfirman:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)." (Al-Furqaan: 74)

Wanita ini benar-benar sebagai penyejuk mata dan penyenang hati, keluar dari rumah yang betul-betul menghidupkan Islam dan penuh keimanan… Rumah yang penghuninya selalu solat, berzikir, bersedekah; rumah yang mulia kerana jilbab, rasa malu, dan menjauhkan diri dari hal-hal yang tidak baik.
Rumah ini tidak pernah mengenal nyanyian-nyanyian, tidak pernah melihat majalah berbau kelucahan serta filem tidak bersusila.

Wanita ini memulai hidup baru bersama suaminya. Secara lembut ia selalu menarik suaminya kembali pada Allah. Setiap kali ada kesempatan dia selalu berbicara dengan suaminya tentang iman atau hidayah. Lelaki itu melihatnya solat, berzikir, beribadah, masuk rumah selalu berzikir menyebut nama Allah, menghadapi makanan dengan ucapan Bismillah, dan ketika selesai mengucapkan Alhamdulillah.

Ia ajak suaminya menuju jalan keselamatan, dan selalu didoakannya agar diberi keselamatan.

Mulailah si suami solat di rumah, bukan di masjid. Lalu wanita itu mengingatkannya keutamaan solat berjemaah. Diajaknya suamninya dengan lemah lembut, tulus, dan empati. Maka si suami kadang-kadang mulai solat di masjid. Pertama kali ia datang ke masjid iaitu ketika solat Subuh. Lalu si isteri memuji kebaikan yang telah dilakukan suaminya.

Ia tampakkan kegembiraan dan kesenangan. Maka si suami pun terus solat berjemaah di masjid dan meninggalkan minuman keras. Wanita itu membuatnya tidak suka lagi bergaul dengan rakan-rakan yang tidak baik, juga membuatnya menyenangi orang-orang soleh. Maka ia tinggalkan teman-temannya yang berpaling dari Allah SWT.

Si isteri menghadiahkan mushaf Al-Qur’an kepadanya sehingga si suami merasa senang dan mulai membacanya. Ia tinggalkan rokok dan memanjangkan janggutnya bahkan tidak lagi memanjangkan seluarnya sampai ke tanah (isbal). Sempurnalah peribadi Muslimnya.

Cahaya iman mulai tampak dalam kehidupannya. Ia mulai menghadiri majlis-majlis ta'lim, yayasan-yayasan sosial, dan seminar-seminar yang bertemakan keimanan. Ia kunjungi orang-orang soleh dan mereka pun balas mengunjunginya. Alhamdulillah ‘segala puji bagi Allah’ dia sudah menunaikan ibadah haji dan umrah. Ia tinggalkan muzik, majalah yang berbau kelucahan dan filem-filem yang tidak bermoral. Allah SWT berfirman:
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam." (Al-An’aam: 125)

Dia sekarang merasakan hidup layaknya seorang Muslim, yang mengisi hatinya dengan rasa syukur kepada Tuhan, membasahi lidahnya dengan zikir mengingat Yang Kuasa.

Sekarang dia telah banyak hafal Al-Qur’an. Dia menjadi perumpamaan bagi mu’min yang jujur.

Selamat untuk si isteri! Semoga Allah mengangkat darjatnya dan memperbanyak wanita-wanita sepertinya. Selamat untuk si suami! Semoga Allah menguatkannya dengan ‘kalimat yang kukuh’ dan menambah lelaki sepertinya. Ameen. Segala urusan milik Allah dari dulu sampai nanti.

Nabi SAW bersabda menceritakan firman Allah SWT, "Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kalian selalu berbuat kesalahan siang dan malam, sedangkan Aku sentiasa mengampuni dosa, semuanya. Maka, mohon ampunlah kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni kalian." (HR. Muslim)

Friday, February 23, 2007

Tuliskan Pengalaman Itu, Untuk Anak-anakmu - Saiful Islam

Sumber : www.saifulislam.com

“Kamu ni siapa?”, tanya pakcik yang duduk di sebelah saya. Usianya saya jangka mungkin sudah mencecah 80 tahun lebih.

“Saya Rizal, anak Jamil”, saya menjawab. Terpaksa meninggikan sedikit suara agar dapat didengar dengan lebih jelas olehnya.

“Jamil mana?”, tanyanya lagi.

Pakcik tersebut bertanya dengan nada beralun, seperti kebanyakan penduduk kampung saya. Irama dialek Kuala Kangsar memang mengasyikkan.

”Jamil, adik Cikgu Zan. Anak Haji Akib”, saya menjawab.

Pakcik tersebut sedikit terkejut.

”Ooo, kamu ni cicit Haji Daud le haaa. Ade juge ketughunan dia yang ngikut. Alhamdulillah !”, jawab pakcik tersebut sambil menyapu kedua belah tangannya ke muka.

Saya tergamam. Jauh benar saya dikaitkan sampai ke moyang. Saya tidak sempat bertemu dengan datuk di sebelah bapa, Haji Mohd. Akib, apatah lagi moyang, yang dikatakan namanya Haji Daud.

“Kuburnya ada di Masjid Padang Rengas. Tok guru kami tu”, kata Pakcik tadi sambil menepuk-nepuk tangan saya.

Hati saya terusik. Saya pulang ke kampung di Padang Asam, Kuala Kangsar kerana mewakilkan keluarga saya ke kenduri kahwin sepupu. Saya datang dengan bas. Dan perasaan sedih itu makin mendalam kerana arwah abah baru sahaja meninggal dunia.

Rasanya, hari demi hari, kampung tercinta ini akan lenyap dari diari hidup saya. Apabila abah sudah meninggal dunia, adik-beradik abah semua berpindah mengikut anak masing-masing kerana telah uzur, siapa lagilah yang tinggal di kampung.

KENANGAN MASIH BASAH

Masih segar di mata saya, pemandangan kami adik beradik menaiki kereta Ford Escort abah dengan nombor plat AAF 78.

“Nanti sampai Jambatan Iskandar, kejut Rizal ya!”, saya selalu berpesan kepada abang-abang agar saya tidak terlepas peluang melihat pemandangan Sungai Perak, ketika melalui Jambatan Iskandar, tidak jauh dari pekan Karai.
Sebulan sekali kami sekeluarga balik ke kampung di Padang Asam. Yong dan Wah akan sibuk memasak gulai tempoyak ikan keli dengan siput sungai. Makan beramai-ramai di atas tikar getah, di bawah pokok rambutan. Panas-panas badan, kami semua terjun ke Sungai Papan, beberapa meter dari rumah pusaka arwah Tok. Berjam-jam saya berendam, selagi tidak dijerit emak.

Semua itu tinggal kenangan. Satu demi satu hilang dari kehidupan.

Kenduri itu menjadi nostalgia, saya diperkenalkan oleh pakcik tersebut kepada moyang saya, Haji Daud, saya yang saya sendiri tidak kenal.
Mungkin bagi sesetengah orang, ia bukanlah suatu yang perlu disedihkan. Ia proses kehidupan yang biasa.

Tetapi kehilangan saudara mara, terutamanya dari sebelah abah… amat menyedihkan saya.

MENCARI KHAZANAH ABAH

Baru-baru ini saya balik ke Ipoh sehari untuk menyelesaikan hal keluarga. Ketika semua orang sudah tidur, saya duduk bersila mengadap almari buku lama di tepi tangga. Satu demi satu buku saya keluarkan, dan akhirnya saya bertemu kembali dengan buku “Sabelum dan Salepas 13 Mei”, karangan Tunku Abdul Rahman yang pernah arwah abah berikan kepada saya pada tahun 1984.
Habuk di buku itu saya bersihkan. Buku itu bertarikh 1969 cetakan pertama oleh Penerbitan Utusan Melayu, Kuala Lumpur. Harganya $3.00. Abah membeli buku ini pada tahun 1971 dan saya ‘menerima’ buku ini pada tahun 1984, di usia 9 tahun.
Usang.

Sudah ada bahagian yang ditebuk anai-anai. Perasaan rindu saya tiba-tiba bangkit semula, teringatkan arwah abah.

Tangan saya terus memunggah buku satu persatu. Tiba-tiba saya bertemu dengan buku bertulisan jawi, bertajuk “Peraturan dan Arahan” oleh al-Ustaz Hasan al-Banna. Buku itu diterjemahkan dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu oleh al-Ustaz Abu Bakar Hamzah, bertarikh 1962, terbitan Pustaka Islam Kelantan.

Saya membuat kesimpulan, abah banyak membeli buku pemikiran. Antara buku lain yang abah beli ialah Revolusi Mental susunan Senu Abdul Rahman, dan beberapa siri buku Naquib al-Attas.

Kenapa abah membaca buku-buku ini? Dengan siapa abah berdiskusi tentang buku-buku ini?

Saya sedih kerana saya tidak sempat bersama abah apabila tiba masa untuk saya mula bertatih juang. Saya tidak tahu siapa abah suatu ketika dahulu, tetapi saya tahu abah memang seorang yang berprinsip, ada pemikiran tersendiri, dan amat dihormati di kalangan rakan-rakannya.

Walaupun abah hanya ketua kerani di Pejabat Ugama, tetapi saya tahu abah tinggi maruah. Hingga SS Mufti Perak pun ‘segan’ dengan abah.

“Dato’, jam dah pukul 10, belum pukul 1!”, saya masih ingat abah menegur Dato’ Mufti Perak di kantin Pejabat Ugama Ipoh.

Ketika itu saya masih kecil. Mengikut abah ke pejabat. Dan abah tidak senang melihat Dato’ Mufti berbual di kantin.

“Anta ni, ada sahaja nak kenakan ana”, kata Dato’ Mufti kepada abah. Mereka berbalas senyum.

Saya tidak pasti, saya kenang abah sebagai siapa. Abah kembali kepada Allah ketika saya masih terlalu muda dan mentah. Masih banyak yang belum sempat abah cerita, masih banyak yang belum sempat saya tanya.

Kerana itulah saya gigihkan diri merakam episod perjalanan hidup di halaman saifulislam.com ini, agar anak-anak saya tidak sedih seperti saya. Sedih kerana bayangan abah semakin kabur di ingatan, selepas satu demi satu nilai kehidupan, diubah oleh perjalanan masa dan persekitaran.
Halaman web ini adalah waris Abi untukmu, anak-anakku.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur

Adik ku Nur Fahimah ingin tahu....


Cerita ini berlaku dalam beberapa tahun yang lepas....tapi ia masih segar dalam ingatanku....masa itu adik ku yang bongsu, Nur Fahimah masih kecil lagi.....

Suatu hari aku, mak dan adik ku, Nur Fahimah pergi ke Miri... Kami menumpang van sapu yang biasa membawa penumpang dari kampung ku....pada hari itu ramai juga yang menumpang van tersebut.....ada yang dari kampung kami....dan beberapa orang dari kawasan rumah panjang...

Dalam perjalanan ke Miri, van yang kami tumpang di 'overtake' oleh lori yang membawa 'khinzir' hidup....adik ku Nur Fahimah ku lihat heran melihat binatang itu.......maklum dia belum pernah melihatnya sebelum ini.....tidak lama kemudian sekali lagi van itu di 'overtake' oleh lori yang turut membawa 'khinzir'....muka Nur Fahimah menampakkan keinginan untuk tahu.....

Aku buat tak tahu sahaja......aku khuatir dia akan bertanya....macam mana aku nak jawab....sedangkan dalam van yang sama ada yang berbangsa Iban.....takut mereka akan sensitif.......

Tiba-tiba sekali lagi van kami di 'overtake'.....kali ini ku lihat Nur Fahimah sudah tidak dapat menahan diri daripada bertanya...

"Kakak Mang..yang lori bawa tu tadi apa"? soalnya ingin tahu.

Ku lihat penumpang di dalam van itu senyum-senyum. Mungkin faham apa yang ku rasa.

Aku tidak menjawab.

Sekali lagi adik ku bertanya.

Ada seorang makcik yang menjawab..

"Nanti kamu dah besar lah kakak kamu cakap.."

Nur Fahimah ku lihat tidak berpuas hati.

Kali ini dia bertanya pada ibu ku.

"Mak....binatang apa yang lori tu bawa tadi?" Ibu ku pun ku lihat serba salah nak menjawab.

Untuk menyelamatkan keadaan aku segera menjawab.

"Itu kambing batu...." kata ku bersahaja.

Ku lihat adik ku mengerutkan dahi. He....he.....tanda confuse.

"Kenapa hidung nya lain?" soal nya.

Semua yang ada dalam van itu ketawa. Aku sendiri tidak dapat menahan ketawa.

Rupa-rupanya hasrat aku untuk menyelamatkan keadaan.... semakin memburuk kan keadaan.

"Dulu, kambing kat rumah kita hidungnya lain. Mukanya pun lain....Kurus lagi tu....Yang tadi tu gemuk lah" kata adik ku lagi.

Baru aku ingat yang dulu adik ku pernah melihat kambing waktu kami hendak membuat kenduri akikah anak buahku, Amirah Balqis.

"Kakak Mang bohong ya...... kan tak boleh cakap bohong..."

Sekali lagi aku 'terkena'.

Susah juga aku rasa dalam situasi begini. Tak kan aku nak cakap nama binatang itu di depan penumpang yang lain.

"Nanti lah kakak cakap ya...." kata ku pujuk adik ku.

Nur Fahimah hanya angguk kepala.

Setibanya kami di Miri....

"Kakak Mang, yang tadi tu binatang apa?" soal beliau lagi. Ala masih ingat lagi rupanya...Ingatkan dah lupa.

"Nantilah sampai rumah kakak beri tahu ..." kataku masih nak berdalih.

Harap-harap Nur Fahimah akan lupa apa yang beliau nak soal...

Sibuk menemani mak shopping pada siang hari.....aku sudah lupa perkara ini.

Pada malam itu.....adik ku sekali lagi bertanya perkara yang sama...

Rupanya beliau masih ingat peristiwa siang tadi.... Ya Allah... bijak nya adik ku....sungguh tajam ingatan nya....

Dia mendekatiku....sambil berbisik...

"Kakak Mang yang tadi tu binatang apa?" soalnya dalam nada berbisik.

"Tu ********......." jawab ku.

"Eeeeee gelinya...." kata adik ku. Amboi....lebih-lebih pula dia. Tau pula geli pada binatang itu.

Semasa aku bercerita perkara ini dengan ahli keluarga ku yang lain... mereka semua ketawa...

Itu lah adikku Nur Fahimah dalam usia lebih kurang 4-5 tahun.... seorang yang banyak tanya dan suka berfikir....memang bijak orang nya....

Pejam celik.....pejam celik....sekarang dia dah nak masuk 10 tahun... Cepat betul masa berlalu...

Semoga dia akan jadi anak yang solehah....adik yang baik...berguna pada bangsa dan agama.

Thursday, February 22, 2007

Kursus Penghayatan Solat...







Tarikh : 17 Feb 2007

Masa : 9.00 Pagi - 2.00 Petang

Penceramah : Ustazah Narimah Bt Chee Harun, JAIS, Kuching

Tempat : Surau An Nur, Kampung Muhibbah, Ladang 3


Alhamdulillah...pada masa seperti di atas....saya dan rakan-rakan sekampung telah menganjurkan kursus "Penghayatan Solat" untuk kaum wanita kampung.....

Sebenarnya lama sudah saya bercadang untuk mengadakan kursus sedemikian di kampung kami....dari tahun lepas....saya terpanggil untuk lakukan kursus sedemikian berdasarkan kelemahan-kelemahan yang saya lihat sewaktu solat jemaah....

Ia bukan untuk orang kampung sahaja....malah untuk saya sendiri....

Dan, Alhamdulillah....sewaktu berbincang perkara ini dengan rakan-rakan sekampung.....mereka turut setuju supaya kursus sedemikian di laksanakan....dan tidak di tangguh lagi....

Walaupun ada sedikit 'kesulitan'.....tp semuanya dapat di atasi.... Puji-pujian bagi Allah.....yang memudahkan semua urusan kami....

Pada mulanya kami bercadang untuk menjemput penceramah luar iaitu kak Alin dan suami.......mereka juga telah bersetuju....

Semasa Hasma kemukakan perkara ini kepada Ketua Kampung, beliau meminta supaya kami merujuk kepada JAIS terlebih dahulu.... beliau kuatir ada ajaran sesat yang akan di bawa masuk ke kampung...

Kami faham kerisauan ketua kampung itu memang berasas.... Memandangkan sekarang macam-macam ajaran sesat yang wujud.... Nauzubillah...

So, sewaktu berjumpa dengan ustaz di JAIS....beliau menerangkan prosedur-prosedur yang terpaksa di ikut untuk membolehkan kami menjemput penceramah luar.......

Walaupun terasa sedikit sulit, kami tidak lah sampai berputus asa.... percaya dengan niat baik kami......keesokan harinya Hasmah sekali lagi ke JAIS.....

Di takdirkan Allah, beliau berjumpa ustazah Narimah yang baru datang dari Kuching untuk buat program keagamaan di Miri.....beliau mengenali ustazah ini sewaktu di Kuching.....

Dengan perbincangan yang singkat....Hasma terus menjemput ustazah Narimah untuk memberi ceramah di kampung kami...Mereka berdua segera meminta kelulusan daripada ketua JAIS, Miri....

Alhamdulillah.....ustaz Shazali tiada bantahan........

Pada awal pagi Sabtu, aku ke Mega Hotel untuk menjemput ustazah Narimah untuk di bawa ke kampung kami.... aku agak beruntung kerana dalam perjalanan....aku terlebih dahulu di beri banyak pengisian daripada ustazah Narimah......




Aku memang mengambil kesempatan lebih kurang 1 jam 30 minit dalam perjalanan bertanyakan macam-macam pada ustazah Narimah... sehinggakan kami berdua tidak berasa perjalanan yang agak jauh...





Setibanya kami di kampung....ramai sudah penduduk kampung yang menunggu....semuanya nampak bersemangat....Maklum ini lah pertama kali ada kursus sedemikian dan di khaskan untuk kaum wanita sahaja...





Aku dan rakan-rakan memang terkejut juga dengan sambutan daripada kaum wanita....ini memandangkan 'notis' yang singkat.....tapi mereka memang 'komited'.....sangat bekerjasama.....




Alhamdulillah....sepanjang sessi ceramah itu....semuanya memberi perhatian....semua mengambil kesempatan untuk mendalami ilmu yang di sampaikan........




Aku sendiri terasa banyak kekurangan dalam mendirikan solat.... terutama bahagian-bahagian sunat yang jarang di amalkan....Bersyukur kerana berpeluang mengikuti sessi ceramah ini...Walaupun masa yang agak terhad....tapi banyak ilmu yang di perolehi.....





Lebih kurang 12.30 tengahari kami bersiap-siap untuk solat berjemaah.. Seterusnya makan tengah hari beramai-ramai....





Lebih kurang pukul 2.00 petang aku dengan di temani Hasma menghantar ustazah Narimah balik ke Miri....kerana beliau akan balik ke Kuching pada petang itu juga.





Semoga segala ilmu yang bermanfaat itu dapat di 'praktik' dalam kehidupan seharian..Semoga segala usaha kami untuk membawa 'modal insan' pada penduduk kampung di mudahkan Allah...



Friday, February 16, 2007

AgE Is Just A NumBeR?...















































My picture at the firstday i am 28 years
HaPpy Birthday To Me....TodaY 16 Feb 2007...Friday
Hi again...been almost a weeks since i have last written in here....and today is a day i was born yearsssss back....and this year, the day has been a great day.....

Hari ini friday.....dan saya juga di lahirkan pada hari Jumaat 16 Feb 1979.......

"Birthday" is nothing much then just reminding a person of he/she is getting much mature (not older)...and it has always been the time for me to take a step back to think of what i have been doing - achievements, failures etc for the past 365 days...When we're about to blow the candle, then people will always ask us to make a wish (however, i always make more than one lah....).....hoping that the wish then will be fulfilled within the coming 365 days....again, its not only about wishing but there are also efforts that need to be considered to make the wish/wishes comes/come true......

Alhamdulillah......dalam usia 28 tahun.....pada hari ini.....saya masih sihat.....masih kuat...banyak yang sudah saya lalui...capai..... dan saya bersyukur.....semuanya makin mematangkan...apa2 yg saya dapat walaupun sederhana tapi cukup sempurna......

Hari ini....saya dapat banyak wish... "happy birthday...semoga panjang umur....murah rezeki...makin cantik...temu jodoh......" antara msg yang saya dapat sama ada melalui ucapan bersemuka, phone, sms atau testimonial dalam friendster....
Semoga apa2 yang mereka wish itu di kabulkan Allah.....It has been such a eventful and happy day for me....and i have made few other wishes (secret.....he...he).....this time i'll put all my effort to make them come true....

and.....i would like to thank all those who'd make the effort to wish me in whatever way........for the doa, wishes, surprises, gifts and kind thoughts.....and i wish and pray the same for all of you that you'll have the best of life, full wiht happiness, best of health and wealth days ahead...

SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI SAYA....Kabulkan doa-doa saya... murahkan rezeki saya....berikan saya kesihatan....dan panjangkan umur saya..menjadikan saya orang yang bersyukur.... Amin..........
























Thursday, February 01, 2007

Al-Fatihah.........Makcik Isah Dalam Memory..

12 Muharram 1428H / 31 January 2007
Pagi itu, selepas solat subuh...aku berehat dalam bilik.... tiba2 terdengar pintu bilik ku di ketuk......rupa2nya Liza....rakan serumahku.......
"Makcik kita meninggal..."kata Liza.
"Makcik ne?"soalku minta kepastian.
"Makcik kita....yang pun rumah sewa tok..." kata Liza.
"Ya Allah.....biar betul ....kan kah nya ada kerumah kita malam tadik..." kataku masih terkejut.
"Benar, kak Lelok yang call dari hospital baru jak.....nya padah makcik kita ninggal..."
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.....hanya itu yang mampu ku ucap.
Aku segera ke rumah Lady.....
Aku segera maklumkan pada Lady dan Paspa tentang perkara ini. Kami bertiga segera ke hospital dengan kereta berasingan. Aku belum maklumkan penyewa yang lain kerana aku hendak melihat sendiri.
Kami bertiga segera menuju ke wad kak Lelok untuk melihat sendiri mayat makcik...... aku segera membuka kain putih yang menutup wajah makcik....memang sah makcik Isah yang meninggal....
Aku segera memeluk tubuh makcik......terasa sangat banyak dosaku pada makcik...
tidak dapat menahan tangisan....aku benar2 sangat sedih ketika itu....
Rasa mimpi je......malam tadi makcik ke rumah sewa kami...untuk kutip duit sewa rumah....masa itu kami semua sibuk.....maklum kami ada farewell dinner untuk Lady yang akan transfer Kuching keesokan harinya...
Masih ku terbayang-bayang wajah makcik yang berdiri depan pintu rumah sewa kami.....sementara menunggu Liza mengumpul duit...kesal rasa hatiku kerana malam tadi kami acuh tak acuh saja dengan kehadiran makcik....layan tak layan......andai masa dapat di ulang.....andai aku tahu makcik akan meninggalkan kami buat selamanya...akan ku layan makcik sebaik-baiknya.... tapi itu tak mungkin berulang.....yang berlaku tetap berlaku....
2 hari sebelum itu makcik ada ke rumah kami memaklumkan padaku jumlah api air yang perlu di bayar untuk setiap orang......ketika itu pun aku tak sempat berbual panjang dengan makcik.....kerana sedang berkemas2 untuk ke office......
Malam itu memang ku lihat wajah makcik agak lain....pucat sedikit....Makcik cakap dia akan tidur di rumah anak saudaranya...kerana rasa tak sedap badan....
Rupa-rupanya itu adalah kali terakhir kami dapat berjumpa beliau...
Minggu lepas ayah sahabatku Normah, meninggal dunia kerana cancer, 3 hari yang lepas...kawanku Abang Md Azrul juga meninggal kerana kemalangan jalan raya...kali ini giliran makcik pula....... berturut2 sahaja ku terima berita kematian...
Aku tidak kerja pada hari kematian makcik.....tak sampai hati ku rasa....arwah makcik di bawa ke masjid pujut padang kerbau untuk di uruskan....
Lebih kurang 12.30 tgh hari....anak makcik, bang Ajis tiba dari Mukah.. tak sanggup rasanya aku melihat wajah bang Ajis....sedih sangat... mata dan muka bang Ajis bengkak kemerah-merahan........ mungkin sepanjang perjalanan bang Ajis menangis....iya lah sapa tak sedih kehilangan ibu tercinta....lagipun bang Ajis memang sangat rapat dengan makcik.....
Jenazah makcik di bawa ke Sibu setibanya bang Ajis....
Petang itu, aku dan rakan-rakan penyewa yang lain kemaskan rumah makcik....
Malam itu kami membuat tahlil untuk arwah makcik.....
Aku dimaklumkan oleh menantu makcik, kak Anis...bahawa makcik selamat di kebumikan lebih kurang 8.30 malam....
Pagi tadi aku turut menerima panggilan dari anak makcik, bang Andy... panjang perbualan kami........semuanya tentang arwah makcik... aku benar2 rasa sunyi...dan rasa rindu ngan makcik....semasa menaip coretan ini lancar sahaja air mata ku mengalir...
Semoga Allah ampuni dosa makcik....dan cucuri rahmat atas rohnya... semoga beliau di tempatkan bersama-sama orang yang beriman...
Semoga makcik ampunkan segala dosaku pada beliau...dan.....semoga beliau redha atas segala kesalahan ku padanya...
Memori bersama beliau tak mungkin ku lupa.....April 2003-January 2007....
"Ya Allah, andai masa untukku menghadapMu telah tiba, adakanlah diriku dalam kebaikan dan keredhaanMu...Adakanlah hatiku dengan namaMu..Amin"