Tuesday, April 24, 2007

Andai Cinta Hendak di Beri.....


Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...
1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab
10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."

Friday, April 20, 2007

Bersangka baiklah....(cerita 1)

Kenapa ye agaknya kita suka nilai orang based on apa yang kita lihat dan dengar?......sedangkan kita tak kenalpun orang itu.......bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.......
aku masih ingat dulu.....masa mula-mula bekerja di SPAD, aku dimaklumkan akan di tempatkan di BP....sebelum itu, terlebih dahulu aku akan di hantar ke ibu pejabat selama 2 minggu untuk 'trainning'.....
semasa mendaftar, staff2 kat HR ....ada bercakap-cakap...
"tahan ke tak awak kerja kat BP tu?.....Senior Manager(Mr P) dan Estate Manager(Mr A) nya kasar dan garang.....dah lah awak ni nampak lemah-lembut je.....macam 'congek' jak.....pulak tu baru habis belajar......masih muda lagi..." kata salah seorang kakak di HR.
Aku takut juga mendengarnya......mampukah aku tahan kerja dengan orang macam tu?
Semasa di 'attach' di Finance Dept (FD).....cakap-cakap yang sama pun aku dengar....
"Semua yang bekerja dengan Mr P & Mr A......tak tahan.....semuanya tahan dalam beberapa bulan je.....pas tu resign......selalu je mereka nangis...."
Mendengar itu......aku makin gerun......tak ada satu pun yang baik aku dengar tentang Mr P dan Mr A........
"teruk sangatkah mereka?.... tahan ke aku.....ala.......cuba dulu......belum cuba belum tahu kan......cakap-cakap orang mungkin betul tapi tak semestinya semua betul....." aku cuba pujuk diri.
"Tapi, semua orang cakap benda yang sama?......tak kanlah pokok bergoyang kalau tak ada angin...." aku sering bersoal jawab dengan diri sendiri...
".....macam ni lah ....kerja je dulu.....kalau tak tahan berenti je.... " aku masih cuba pujuk diri.....walaupun sebenarnya aku cukup 'terkesan' dengan cakap-cakap orang itu.....
Tapi....tak kan aku nak berenti sekarang.....apa pulak kata kedua orang tua ku......elok2 dah dapat kerja .....belum lagi mula dah nak berenti... lagipun aku tak nak juga 'tanam anggur' lama-lama...
So....apa yang perlu aku buat ialah cuma dengar sahaja apa yang orang cakap......tapi jangan terlalu percaya .....dan simpan dalam hati..... mengganggu fikiranku je........
Selepas 2 minggu di HQ, aku dihantar lagi ke OC office untuk tujuan yang sama.......
dan sekali lagi......perkara yang sama di perkatakan......saat itu, makin terasa debaran di hati......memang sah Mr P and Mr A ni tak bagus.... aku pandai-pandai buat kesimpulan....wal hal aku sendiri pun belum pernah pun tengok lagi macam mana rupa mereka......apalagi mengenali mereka berdua secara mendalam.......
Suatu hari Mr P datang ke OC office........so aku terus di perkenalkan pada beliau...
"Mr P....ni lah bakal staff u..."
Sambil tersenyum......Mr P memandangku.....
"Cantik anak dara Bugis ni....macam bukan orang Bugis...." kata Mr P. Aku sedikit terkejut....dia pandai bergurau?....macam mana dia tahu aku Bugis....
Seakan faham apa yang bermain di fikiranku....Mr P memaklumkan padaku that dia ada 'study' sedikit sebanyak tentang aku...
I am so surprise.......dalam sibuk-sibuk sempat juga dia 'meneliti' bakal staffnya.......sah......dia ni mesti seorang yang cerewet.......benda kecil pun dia 'prihatin'....aku buat andaian.....
Hari pertama aku mendaftar di BP.....aku dapat tahu dalam 17 orang staff hanya aku seorang perempuan......tapi aku akan di temani oleh seorang pembantu pejabat......
Hari itu, aku diperkenalkan dengan semua staff.....selepas itu aku di bawa berjumpa Mr A...aku takut juga.....maklum sudah macam2 cerita aku dengar tentang beliau.....Mr A brief aku serba sedikit apa yang akan aku buat......Alhamdulillah sessi perkenalan dengan Mr A dan staff yang lain berjalan lancar.......
Keesokan harinya......aku berjumpa dengan Mr P.....apa yang aku nilai Mr P ni lebih talkative daripada Mr A.......
Seminggu bekerja.....aku belum nampak apa yang orang cakap tentang Mr P dan Mr A......mereka nampak ok je.......
Masuk minggu kedua.....aku mula nampak Mr A......memarahi staff ladang.....dengan bahasa yang agak kasar.......tetapi dengan aku bahasa nya masih lembut.......mungkin sebab aku perempuan......
Begitu juga Mr P......beliau juga agak kasar penggunaan bahasanya dengar staff ladang.......walaupun dengan aku belum pernah lagi.....
Bila agaknya giliran aku pula?.......aku nampak nya sudah bersiap sedia....mestilah .......tak nak aku perasan yang mereka berdua akan sentiasa berbaik dengan ku......
Beberapa bulan bekerja........aku belum pernah di marahi teruk oleh mereka berdua.......heran juga aku.......aku pun berfikir-fikir..... tak da lah mereka berdua ni teruk sangat......apa yang aku lihat .....mereka marah staff ladang....kalau apa yang mereka arahkan tidak di buat.... cuma mungkin cara mereka menegur staff agak kasar.....oleh sebab itu mereka di label 'jahat'.......
Bukan hendak memuji diri.....tapi aku akan pastikan kerja ku siap ..... aku sanggup kerja lebih masa (walaupun kami tak ada OT)....kadang-kadang aku terpaksa kerja pada hari Ahad......bukan aku hendak minta puji.....tapi aku selesa dengan cara itu.....lagipun buat kerja saat2 akhir hanya mengundang banyak kesalahan......
Aku selalu di arahkan menyiapkan sesuatu kerja saat-saat hendak balik, 4.50 petang....Mr P atau Mr A......nak kan benda tu esok pagi.... kalaulah aku baru nak buat kerja itu waktu pagi....mana mungkin ia sempat siap....so aku mengambil keputusan untuk siapkan kerja yang diberikan petang itu juga......so pagi esok boss ku sudah dapati kerja itu siap dan sudah di atas meja....
Mungkin sikapku yang komited pada kerja dan tidak berkira masa.... membuatkan Mr P atau Mr A tidak berpeluang 'memarahiku'........ dan aku bersyukur......kerana aku cuba memberi peluang untuk 'memahami' mereka... kalaulah dulu aku hanya dengar cakap orang....mungkin aku masih menganggur.....
Sebenarnya ramai juga yang heran.......aku dapat bekerja dengan Mr P dan Mr A.......
Yang mereka surprise Mr P sering memuji ku....perkara yang dulu mereka anggap mustahil akan di lakukan Mr P.....he.....he..... please.... aku bukan sedang riak.....just nak berkongsi pengalaman.....
Lebih kurang setahun bekerja....suatu hari aku dapat tawaran kerja yang gajinya lebih ok......so decide untuk terima......walaupun aku sudah mula serasi bekerja di BP....
walaupun agak berat hati nak meninggalkan rakan sekerja...tapi aku sayang nak lepaskan peluang ini....yang entah bila lagi nak dapat.... aku hantar surat resign.......
Mr P memanggilku.......aku agak serba salah....macam tak sanggup bertentang mata dengannya.....
Mr P suruh aku fikir balik....di hadapanku dia menelefon OC.... dia maklumkan pada OC dan OCSA yang dia tak nak release aku... dia sayang aku .....kerana aku sangat komited pada kerja.....susah nak cari staff macam aku ....dia kata, kerja-kerja nya lancar dengan adanya aku...
Aku terharu...dan menangis.....honestly....aku dalam keadaan yang sangat sukar ketika itu......tapi aku tidak bercadang untuk tolak tawaran yang aku baru terima.....
Mr P menulis surat pada HQ supaya aku dapat di upgrade dan gaji ku dapat di tambah........supaya aku dapat stay.......tapi aku tetap dengan keputusan ku untuk bekerja di Miri.....cukuplah setahun bekerja di kawasan ladang.......sunyi sangat rasanya....
Mendengar alasan ku yang agak munasabah ....Mr P terpaksa akur..... aku puas hati kerana aku meninggalkan nama yang baik di BP..... berbeza dengan staff yang sebelum ini resign kerana tidak tahan dengan Mr P dan Mr A......aku resign kerana faktor persekitaran....boring hidup seorang-seorang di ladang.....he....he.....tengok pokok sawit je hari-hari....
kalaulah dulu aku hanya dengar cakap orang.....mesti aku menyesal....bermula dari saat itulah....aku berjanji pada diriku sendiri.... tidak mahu menilai orang dari apa yang ku lihat dah dengar sahaja.....
Apa pun hari-hari yang ku lalaui di BP.....ia tetap akan menjadi kenangan manis buatku......pengalaman memang mahal........kita tak dapat benda tu di rumah......ia lebih daripada apa yang kita belajar di rumah....di sekolah....di IPT....

Thursday, April 19, 2007

Hot Meeting....

16 April 2007......aku, Liza, Min, Guy, As,Pojot......gathering kat rumah aku..... lama juga dah kami tak jumpa.....so macam biasa banyaklah yang di 'loyar'.....terutama sekali tentang apa yang akan aku cerita kat bawah ni.....hot..
A friend of us ....Miss X(bukan nama sebenar) baru-baru ni involve (bercinta) with Mr Y(bukan nama sebenar) ....... actually aku and others memang dari awal lagi 'kureng' setuju......Mr Y ni bolehlah di kategorikan sebagai lelaki 'buaya'.......bermulut manis (banyak tanam tebu di tepi bibir)....kira nak memiliki semua perempuan lah..... menyampah aku...lagak je lebih.......tapi habuk pun tarak......
Yang kami geram Miss X ni, tak peduli cakap kami semua.....aku dah puas 'sound direct'....tapi Miss X tetap pertahankan Mr Y.....dia cakap jangan hukum orang kerana kisah silam nya.....tak salah beri peluang kalau orang nak berubah....so kami pun tak dapat nak cakap apa lah....
Miss X dah kemaruk.......Mr Y pula pandai mengatur ayat.....last-last cakap kawan2 yang betul pun Miss X buat dek je.......geram.....aku..... i dont understand why do people always into something that will hurt them?........and why do people always want to hurt someone badly without a reason.......do we have to disappoint of each other?....i do not know.......it's too much drama........i have to admit that our lives are full of drama......
Kami as a friends......really worry for her......kami tak nak she been used....aku nampak Mr Y ni jenis yang suka take advantage.....dayus lah.. semua yang ada pada Mr Y.....semua yang tak bagus di mata ku.... mungkinkah aku yang terlalu berprasangka negatif terhadap beliau.....
Suatu hari........aku dapat tahu Mr Y....turut 'mengayat' seorang lagi rakanku.......so semakin kuat lah lagi rasa curiga ku terhadap Mr Y.... ketika aku maklumkan perkara ini pada Miss X......dia cuma diam..... aku ingatkan dia akan 'stop'.....rupa2nya masih lagi.......so aku rasa better aku diam......not too much involve with the relationship....biarlah... tunggu dan lihat.....pandai2lah Miss X fikir..... bukan budak-budak lagi...
Apa yang terdaya ku buat.......ialah berdoa......semoga semuanya akan terbongkar nanti......kebenaran pasti muncul......dan aku harap ketika itu belum terlalu lewat untuk Miss X patah balik.....aku sering mengingatkan beliau ......better watchout.....
Alhamdulillah....akhirnya Miss X 'tersedar' juga akhirnya.....Mr Y bukan lelaki yang baik dan sesuai.......adakah patut.....Mr Y tu nak 'sapu' semua orang......miang nya tak bertempat......semasa Miss X menghantar msg padaku yang beliau sudah break off with Mr Y.....aku terima that news sebagai berita gembira.....jahat kan.......tapi ye lah .....aku sanggup Miss X kecewa sekarang daripada kemudian hari......blessing this guy.... beri pengalaman mahal buat Miss X.....
Semoga selepas ini Miss X lebih careful....sometimes people do not care how much they have hurt others.....some people say the more we love the more pain we get.....aku teringat pesan my loving father.......kalau sayang seseorang sayanglah seadanya......jangan melampau-lampau...kerana orang itu tidak kekal.....Allah dan Rasul yang lebih berhak untuk kita sayang......
Aku rasa kan orang macam Mr Y ni sakit lah.....maybe dia tengah stress......so mainkan perasaan orang caranya untuk release.....or mungkin dia pernah di mainkan....so dia nak balas dendam........Some people say as we couldn’t handle too much tense, then there would always impact the way of our life.........People tend to hurt others to get a better relieves....... Where I believed almost like a bad big boy bullied a smaller tiny boy.
But why do people have to get hurt when there is no related with what actually happened in your life? ......And why do have to blame others with what had happened to your past?....... And somehow we will regret and disappoint people we loved most.........
Past is past......just forgive and forget lah...We have to appreciate what we do have now. Keep moving forward.. hehehe… please do get rid of any negative which you presume is no right..... Some people jz do not realized that they are hurting people and disappoint others...... But some people still do.....
I disappoint myself when was I didn’t realized that I disappoint my loved ones and it hurts me........ But whatever it would take I swear to God... I won’t disappoint my parents, my family, my friends...... and I won’t disappoint myself so that I won’t get hurt......I do not want to cry......... I do not want to get hurt......... I won’t let anybody hurt me..... Not anymore.......
Malam itu puas juga lah kami lepak sambil 'meeting' perkara yang aku cerita kat atas.....he....he.....masing-masing ambil ia sebagai pengajaran......dan ikhtibar...semoga Mr Y akan berubah.....
Miss X relax je......cool.....kami yang lebih-lebih....emosi....he...he...
Malam tadi....aku,guy,min dan as.........tengok movie.... "Jangan Pandang ke Belakang".......kecoh.......best jugak lah ceritanya......sesekali layan cerita seram.......cuma ia tak lah seindah yang di kabar kan...
ok lah.....till then......

Monday, April 16, 2007

Janganlah Kecewa....


Baru-baru ini, satu Malaysia gempar apabila seorang anak dan bapa berpakat untuk membuat slip peperiksaan yang palsu.....semata-mata hendak dikatakan cemerlang dalam SPM......

Ya Allah.......sampai situ sekali.......kenapa tergamak buat begitu?..... kenapa tidak cuba untuk terima hakikat....?mana hilangnya harga diri...?

Dalam kisah lain.......termenung sebentar aku.....apabila membaca dalam sebuah majalah......ada seorang pelajar mati bunuh diri kerana gagal SPM.......sebenarnya banyak lah lagi 'tindakan bodoh' akibat daripada kegagalan....kekecewaan........

Suatu ketika dulu, aku pernah kecewa sewaktu adik ku, Ammi mengambil keputusan untuk tamatkan pengajian beliau....dengan alasan yang tidak munasabah......aku agak terkilan ketika itu.......dan aku luahkan rasa terkilan dan kecewa ku pada rakan-rakan....duit sudah banyak di labur...lain lagi masa beliau yang di gunakan untuk kuliah....

alang-alang.....kenapa mesti berenti?....kalau gagal lain cerita.....ini, bagus2 tengah belajar tapi nak berenti......

Puas aku pujuk beliau supaya teruskan pengajian.......takat diploma pun ok......tapi beliau enggan......

Aku marah .......sehingga macam-macam kata-kata 'berbaur sindiran'aku tujukan pada beliau.... hingga satu tahap aku rasa aku agak keterlaluan......tapi aku geram sangat ketika itu.......

Aku cuba sedaya upaya supaya dia mesti teruskan pengajian beliau.....tapi..ya lah....bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi...... aku je bagai nak rak......dia pulak tak nak belajar lagi......

Biarpun kecewa ......lama-kelamaan kami sekeluarga terpaksa terima keputusan beliau........bak kata mak, tak guna paksa.....nanti lain masalah yang timbul......aku harap beliau tidak akan menyesal suatu hari nanti.......

Aku cuba berfikiran positif dan bersangka baik.......pasti ada hikmah kenapa semua ini berlaku.....aku tak boleh terlalu mendesak .....beliau lebih berhak atas dirinya sendiri.....sebagai kakak, aku cuma perlu memberi contoh.....garis panduan....

Semua orang ingin berjaya dan cemerlang dalam pelajaran tetapi ia bukanlah segalanya..........tak berpelajaran tinggi bukan bermakna masa depannya akan terus gelap dan bukan bererti hidup sudah berakhir......
Hidup harus di teruskan kerana kita tak pernah tahu apa yang dijanjikan di hadapan......

Apa yang aku cuba kongsi di sini ialah, janganlah terlalu kecewa sekiranya kita gagal......kita tidak harus berputus asa kerana kalau kita gagal, mungkin esok dengan usaha yang lebih gigih kita akan berjaya...
Dan kejayaan itu pula bukan terhad pada tahap pendidikan sahaja....

Aku sendiri melihat ramai teman-temanku yang suatu ketika dahulu pernah gagal dan tidak cemerlang dalam keputusan SPM, tetapi sekarang menjadi seorang yang berguna....dan aku sendiripun bukanlah tergolong dalam kategori pelajar cemerlang......cuma sekadar okay sahaja.......

Dulu, aku andaikan tanpa pendidikan yang tinggi kita tak akan ke mana...tapi itu dulu.....semakin usia ku meningkat.....cara ku berfikirpun semakin dewasa.....mungkin faktor pergaulan, pengalaman dan persekitaran yang 'mempengaruhi'.......

Aku tidak nafikan ilmu itu sangat penting.........tapi ia tidak semestinya di buktikan dengan sijil atau pengiktirafan......aku ada jumpa orang yang .....ilmunya sangat banyak/tinggi.....sehingga aku sangat menghormatinya......tapi percaya tak........dia hanyalah pemegang sijil SPM......

Malah....Managing Director tempat ku bekerja, bukanlah orang yang 'sekolah tinggi'.....tapi beliau sangat berjaya dalam bidang perniagaan... dan berjaya 'menggaji' pakar-pakar dalam pelbagai bidang.....kalau pakar tentulah pemegang 'master' dan keatas.... aku kagum dengan beliau....sangat komited.....rajin bekerja....percaya atau tidak dalam usia mencecah 72 tahun.....beliau masih lagi bekerja.....dan masih mencari peluang perniagaan....kadang-kadang aku yang melihat rasa penat....

Aku percaya.....semuanya terletak pada usaha kita.......kalau kita gagal hari ini tidak bermakna kita akan gagal selamanya........nasib mungkin tidak menyebelahi kita hari ini tetapi kalau kita mahu mengubah nasib tersebut pasti boleh..........

Ada orang yang sewaktu mudanya tidak pandai......tetapi bila sudah meningkat usia barulah dia semakin bijak.......

Agaknya pengalaman yang di lalui membuatkan dia semakin berfikiran dan membuatkan otaknya semakin tajam.......keputusan cemerlang bukan jaminan untuk kesenangan hidup kerana tanpa usaha yang tekun ia tidak membawa makna...

Bukan maksudku, kita tidak perlu mendapat keputusan cemerlang tetapi setiap manusia di beri kelebihan tertentu dan kita harus menggunakan kelebihan yang di berikan itu sebaik mungkin....

Kalaulah kita kurang bijak dalam pendidikan....mungkin kita boleh 'tukar' bidang......kalaulah hanya dengan pendidikan kita akan memperoleh gaji yang lumayan.....kenapa ramai petani yang berpendapatan lebih tinggi dari doktor atau orang -orang yang profesional....bukan maksud ku, kita semua perlu jadi petani...tapi fikir-fikirkanlah apa yang aku cuba sampaikan di sini......kalau ye pun kita nak di pandang cemerlang, tapi janganlah sampai kita hilangkan harga diri kita......
mana yang lebih bermaruah......tidak berpendidikan tetapi jaga akhlak atau berpendidikan tetapi tidak bermoral?????? rasanya kita semua tahu kan.....yang mana satu jadi pilihan kita.......memanglah seboleh-boleh nya kita nak seiring.....secemerlang orang lain.....tapi kita perlu juga ukur tahap 'kemampuan' kita dari semua segi.....jangan kerana terlalu hendak cemerlang........kita ketepikan perkara yang lebih mustahak.....

Semoga kita termasuk dalam golongan yang mudah merasa cukup dengan nikmat yang Allah kurniakan....semoga kita tidak akan memandang rendah pada kekurangan orang lain.....dan tidak sombong pada kelebihan yang kita ada.......

Monday, April 09, 2007

Takziah Untuk Keluarga MD

Really miss updating my page but what can I say, time is just not my side at the moment.....but this afternoon........time semua orang keluar lunch... i manage to 'steal' some of the time to update....had not been trying anything new for the pass one week....
Anyway, if time permits, i will try update as much as posible......
masa berlalu cepat sangat.....actually last week banyak yang ku nak update.......tapi buzy sangat.....ni nak update tapi banyak yang dah lupa...
4 April 2007(Rabu)....balik dari kerja 5.00pm.....aku, Hayati n Hamidah terus ke hospital....visit my MD's wife (Boss Perempuan @ BP)..

BP masih lagi koma.....so kami bacakan surah Yasiin.....and waktu magrib malam itu .....BP meninggal dunia.....ramai yang ada di situ..
5 April 2007(Khamis).....BP selamat di kebumikan....... selama 7 malam berturut majlis tahlil di adakan di rumah MD....Sribima group cuti umum hari ni......
6 April 2007(Jumaat).....public holiday....aku turun office kejap belah petang.....then gi rumah kak Rozi coz kak Jun ada datang dari Bintulu... malam aku gi tahlil rumah MD
7 April 2007 (Sabtu)....pagi aku join rehlah bersama remaja....pelajar maktab, curtin university....sebelah petang layan cerita hindi..... malam aku dan aswita tengok movie.... "Mr Bean Holiday"....Lucu....
8 April 2007 (Ahad)....aku dan aswita lunch kat Muara restoran.....makan nasi lalapan.....sedap......petang - aku temankan aswita belajar driving kat kawasan parking stadium.....pening kepala ku ... aswita sukati je 'meruduk' jalan....he....he....teringat aku zaman aku mula-mula driving.....
11 April 2007 (Rabu)....kerja setengah hari....pas tu gi rumah MD tolong orang masak....untuk malam ni.....makan 7.....BP ninggal....
12 April 2007 (Khamis)....kerja setengah hari juga....2.30pm gi rumah MD.......ada ratif oleh wanita PERKIM....so aku join sekali...
13 April 2007 (Jumaat).....aku keluar awal......balik kampung.... malam tu terus ke subis 2.....my uncle (cousin mak).....kawin.....
14 April 2007 (Sabtu).......balik dari subis 2.....lepak rumah nenek.....
15 April 2007 (Ahad)......balik Miri.......

Wednesday, April 04, 2007

Lagi.....update...

I am so boring today.......really .....really....boring......
I am at the office now… when everybody rushing to go for lunch, I was there.. sit infront of my computer..... so many work....yang perlu di siapkan.....workers salary....letter for Jabatan Tenaga Kerja....for Immigresen....update creditors....debtors.......and banyak lagi....
so tired..........
My table.....penuh........lot of work waiting for me to settle and finish them....
This is so not me. Me committed with my work? Yup I am.. maybe I was… I do not know… I was disappointed with myself for not doing a good job.
In fact I always thought last year’s was better and I could do the best next time. Even though I’ve done a lot to complete my tasks, but the bosses were thinking it wasn’t enough.......what everlah.....i just try my best......buat takat mampu........
Kepala berat sangat....may be banyak fikir kot......he....he.........
These 2-3 weeks, I’ve done nothing except yang routine2 je.....
I’ve been busy lately........lama dah tak attend kelas dance.....no wonder rasa kurang sihat.....Insya Allah petang ni nak pergi lah......buzy pun ..... healty come first.......betul kan?????
Tengah kusyuk buat kerja, menantu MD ajak visit 'boss perempuan' yang tiba-tiba pengsan.....sampai kat Columbia Asia.....beliau di kirim ke General Hospital...
Beliau koma.... dan kami dimaklumkan oleh doktor that she was in very bad condition....looks like no hope.....ala itu cakap doktor....Allah yang lebih tahu.....aku sedih tengok condition 'boss perempuan' tadi... i just put myself atau ahli keluarga berada di situasi itu.....nauzubillah.....
nampak gaya tak jadi lah gi dancing petang ni....nak gi hospital lagi.... nak lawat Mira and 'boss perempuan'......
semoga Allah permudahkan segalanya......Amin..

4 April 2007

Semalam balik kerja aku ambil my first cousin kat airport..... worry juga takut tak kenal....almost 16 years tak jumpa.......since 1992.....
Seorang aunt call....inform dia akan sampai dalam 5.05pm.... but i datang lambat.......biasalah jalan jem......ingat kan flight delay....rupa-rupanya my cousin dah sampai early......at first dia notice myself.... but was2......
saya and friends tunggu kat dalam......maybe coz lama tunggu so dia gi tegur saya.......he....he......kenal jugak....
dalam masa yang sama seorang budak kampung ku datang from Kuching.....balik dari medical treatment......Alhamdulillah.....senang kerja ku......dapatlah suruh budak ni bawa cousin ku sekali balik kampung....
so, balik dari airport....kami singgah hospital......lawat Mira.....nampak gaya Mira belum dapat discharge........hari ni dia ada appoitment dengan doktor pakar......nak check buah pinggang......kesian Mira masih kecil-kecil dah sakit......masuk hari ni dah 6 hari dia tido di wad.......
actually aku kesian ngan adik ku......last few years her husband detect ada cancer 3rd stage.....and now her doughter lagi yang sering sakit.......but I know she is very strong..... Allah will not 'uji' kita beyond to our own capacity....
balik dari hospital aku hantar cousin ku ke terminal bas......lega.... ada bas 7.00pm....
then, aku balik rumah.....packing barang.....coz nak tido kat rumah mak aji Rappi.....dah janji.......
before tu kami hantar kek batik ke rumah kak Faridah, kak Alin, kak Rozi n kak Hanim....
penat sangat aku rasa......suara masih lagi 'rock'.....flue masih lagi heavy......malam tadi tido awal.........

Monday, April 02, 2007

Full......

I’ve been busy lately…
Last Friday.......30 March 2007......my 4th sis, Ammi...call....masa tu i kat office....she mention.......that colleque(kak Jah) of my 2nd sis call rumah.... cakap our anak buah, Amirah Balqis (Mira @Kakak) pengsan......

What!!!!!!aku memang terkejut.......walaupun this is not the first time Mira pengsan........kalau tak salah ni kali yang ke-3......Mira ni memang tak boleh demam panas yang 'melampau'........confirm pengsan.....

actually aku pun not doing well juga that day.....demam...batuk......sakit tekak.... flue...macam-macam.......semua ada.....he..he....aku baru plan nak ambil cuti setengah hari........tapi lom decide lagi.....

so dengar berita ni .....aku terus isi borang cuti.........tapi MD (my boss)....cakap tak perlulah isi form cuti.......just go ahead je.....means tak perlu rekod lah my leave.....he...he...thanks boss....jimat cuti aku....

so .....pagi tu aku dan Ammi ....keep calling.....dah mak pulak gi Miri ... macam mana nak cari?...orang tua tu mana ada handphone......

Kak Jah call lagi.....cakap Mira dah on the way ke hospital Miri..... kira-kira 1-2 jam akan sampai...

Aku call Nas....coz Ammi cakap mak gi Miri pagi tadi ngan Nas....so Nas suruh aku call Tuo....so mak dah dapat berita .....terus gi hospital.... dia sampai dulu dari Mira.......

Tengahari tu juga balik dari kerja .....singgah rumah jap.......terus ke hospital......Mira dah sedar.....sombong.......tak nak cium aku...salam pun tak nak.....tapi tak pe.....faham lah......dia tengah demam......

so petang tu aku dan mak balik kg.....aku rasa demam ku makin jadi.... so terus makan ubat.......tidur awal......puluk 1 pagi tersedar .....bapak suruh makan ubat....

hari sabtu, 31 March 2007....nasib baik aku tak demam.....cuma flue...and....suara bertukar jadi rock.....arghhh......suaraku berubah.......

Pagi itu penduduk kampung berkumpul kat masjid.....ada sambutan maulidurrasul.......hari ini hari kelahiran baginda........Nabi Muhammad SAW....

Lepas solat Zohor......aku, mak, Aiman dan Nur Fahimah......ke Miri... Aiman nak jumpa ngan kakaknya, Mira....sampai kat hospital Aiman terus peluk kakak nya.....

petang tu sempat juga aku buat kek batik......

Malam itu.....kecoh sikit kat rumah sewa ku........Aiman ada......so suaraku yang sedia rock...makin rock lagi.....larang Aiman........ Aiman tu pulak makin dilarang makin 'menjadi'.......so aku last2 dera Aiman... geram......aku 'dera' dia sampai nangis...

last2....aku kesian juga ngan dia.....so aku pujuk balik......aiman ni kejap je 'insaf'....pas tu sakit kena 'dera' dah hilang......dia mula lagi....

'minta mahap(maaf) aunt Mang'.....aiman say sorry kat aku...

Cair aku......last2 aku peluk dia.....aiman ni kejap je ambil hati....

malas nak layan aiman so aku tido awal..... last2 mak yang layan......

pagi ahad, aku bawa mak, aiman dan nur fahimah gi taman awam....... lom mandi lagi tu.....mak je dah mandi.....actually aiman nak mandi kat situ..... tapi kami pergi awal.....swimming pool belum buka lagi....

so aku bawa mereka ke Esplaned......kami 3 kecuali mak.......mak tunggu kat tepi....mula-mula main kejar2.....last2 mandi.....aiman apa lagi seronok gile..... lupa lah tu kakak nya kat hospital....

puas juga pujuk aiman nak balik.....

"kejap lah aunt mang....."tu je aiman cakap berulang kali saat aku ajak balik....

last2 mak boring tunggu kami.....dia datang.....aiman ok......dia dengar cakap nenek nya......aku tahu dia masih nak mandi......tapi nenek dah ajak balik......

aku pujuk aiman, cakap lain kali kita datang lagi....dia terus on je.....
on the way balik rumah....kami singgah kedai untuk beli air cap badak untuk Mira....
Lepas masak dan makan.....kami ke hospital.....Mira request nak makan kentang dan ayam KFC......amboi dalam demam2 pun .....masih demand... so kami ke pasar lagi.....terus beli kasut sukan untuk adik ku... aiman tak nak kalah...nak juga beli baju bola.....
lepas hantar barang pesanan mira......aku balik rumah......terus tido.... badan ku masih kurang selesa.....masih demam lagi....
Sebelah petang....kami ke hospital lagi......mak, aiman dan fahimah balik kampung petang itu bersama hubby adik ku.....
so aku terus balik rumah.......sempat juga buat bubur pisang.....untuk minum petang with my housemate, Liza....sambil menonton siaran 'gedik santai'....
Penat sangat actually that day.......ingat kan nak tido awal....tapi 'sangkut' pulak tengok 'gangstar'......
Isnin, 2 April 2007.....aku turun kerja juga hari ni....walaupun suara ku 'garau' n 'rock' sangat hari ni.... sampai sesak rasa nafas masa bercakap......tengah hari aku cuti.....rasa tak larat.....so aku balik tido.... bangun tido aku lawat mira kat hospital...
petang nya, aku, hayati dan hamidah minum petang kat rumah mak aji Rappi....then, rushing ke hospital lagi....... sempat juga aku 'gambar' mira...walaupun beliau 'panas'....he...he.....so sweet....
malam aku, liza dan kak wati (my ex housemate) keluar makan...... Alhamdulillah.......kami masih dapat buat macam biasa walaupun sebelum ini ada sedikit 'misunderstanding'.....kami masih lagi mesra... masing2 non stop.....kami update cerita......honestly..... i miss her.... lama juga tak jumpa dan berloyar....bagi aku....past is past.... done is done...just forgive and forget....am i right?........
bla...bla.....topik panas.....(biarlah rahsia)......kami balik 10.30 malam...
lepas solat Isya aku terus....zzzzzzzzzzz.....