Thursday, May 31, 2007

Banyak Untung Kalau Kenal Lelaki ....DR. HM TUAH

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurn akan lengkap-melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Selamat Hari Gawai.....Selamat Bercuti...

Selamat Hari Gawai....for all my Dayak friends.....di mana jua berada...
Today will be last day kerja...esok dah start cuti sampai hari Isnin....means tak kerja 4 hari.....fuyoo....lama tu....best...best....
aku ada 2 jemputan nikah...Pot & Addy, Baiy & Amir dan E'in & Yus.... semua nya aku tak dapat attend.....i have to balik kampung coz ada program "Motivasi Pelajar Cemerlang"......and aku involve.....
aku tak pasti lagi sempat atau tidak visit kawan-kawan sempena hari gawai....rasanya memang tak sempat.....apa pun cukup dengan ucapan dan ingatan ku pada mereka.....
Hari ni kat office....semua sudah hilang mood untuk buat kerja....semua sudah 'mood holiday'.....aku sendiri......banyak 'lepak' dari buat kerja.... he...he....malas betul......cian majikan aku...
Ok lah......selamat bercuti semua....(eh lupa.....untuk Sarawakian) je.... Jaga diri baik-baik.....

Tuesday, May 29, 2007

Al-Fatihah.......

"Assalamualaikum......kakak sulung kamek, kak Tini dah ninggal.....dan dah selamat di kebumikan di Kuching...."tak ku sangka panggilan telefon daripada Azhar adalah untuk memaklumkan berita kematian kakak nya...
"Innalillahiwainnailaihirajiun.........."aku agak sedih menerima berita ini.....walaupun ku tahu kak Tini memang sakit...
Kak Tini.....aku mengenali beliau beberapa tahun yang lepas....bermula ketika aku mengunjungi pusat SPA beliau di Miri Center Point....pada mulanya hubungan kami setakat pemilik SPA dengan pelanggan....
Kak Tini agak peramah dan cantik orangnya.....sesuailah dengan perniagaan yang di jalankan oleh beliau....
Pertama kali mengunjungi SPA beliau.....aku hanya membuat rawatan facial dan urut.....
Berpuas hati dengan perkhidmatan di SPA kak Tini....dan harga yang agak berpatutan....aku turut lakukan rawatan resdung dan mandi lulur.....selain itu, kak Tini pernah juga menggunting rambutku....
Apa yang aku suka pada kak Tini....beliau sentiasa menjaga hati pelanggan.....memandangkan aku hanya mahu sentuhan tangan beliau... aku sering meminta kak Tini menungguku habis waktu pejabat....untuk mendapatkan khidmat beliau..... walaupun sepatutnya pusat SPA sudah tutup dan beliau sepatutnya sudah berehat, tapi kak Tini tidak pernah 'cincai' dalam membuat rawatan....apa yang penting katanya.... pelanggan berpuashati...kadang-kadang aku yang hantar kak Tini balik kerumahnya...
Lama-kelamaan hubungan kami berdua agak akrab....mula berkongsi macam-macam cerita......secara peribadi.....aku agak selesa juga 'meluahkan' apa-apa cerita pada beliau yang dah ku anggap macam kakak sendiri....lagipun kak Tini banyak memberi nasihat pada ku.....
Tak sanggup rasanya aku tulis banyak tentang kak Tini di sini....sedih rasanya....i will miss her.......
Sesungguhnya kematian itu pasti.....semua akan melaluinya...dan semoga kita yang masih hidup ambil iktibar daripadanya....
Semoga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman...Amiin......

Monday, May 28, 2007

Tahniah.....Nurul n Arshad......

Congratulation......to our old friends Arsyad and Nurul Hasanah... ex schoolmate (SMK Agama Miri 1992-1996)
Alhamdulillah......akhirnya....after so many years as 'gerek'......mereka sah jadi pasangan suami isteri pada.....26 May 2007.....dan majlis bersanding pada 27 May 2007 di dewan petronas, kampung sukan, Miri.
Walaupun tak sempat attend majlis akad nikah...tapi aku dan others ex schoolmate....tak lepas peluang attend majlis sanding....so sweet both of them in purple...
I am happy for them..... few weeks before Nurul ada call aku.... menyatakan rasa sedih beliau....nikah without her beloved father (dah ninggal)...and her elder sis....
"Sedih kamek.....susah rasa kamek sik da bapak tok.....adik-beradik lain jauh...mak kurang sihat...sik ada orang nolong urus.... semua belum prepare....maybe adik kamek yang akan jadi wali..." adu Nurul. Suaranya agak sedih....
Aku dapat rasa apa yang Nurul alami.....sapa yang tak sedih....ayah tercinta tidak sempat menyaksikan hari paling bersejarah.... tambahan pula Nurul agak rapat dengan arwah ayahnya......
Dan untuk pertama kalinya....kami agak surprise juga......coz ni first time tengok lelaki menangis di pelamin.....Arshad nangis....maybe sedih tengok Nurul nangis.....dan kami di maklumkan ibu Arshad tak dapat hadir kerana kurang sihat......aku pun rasa 'touching' jugak ....
Antara batch kami yang attend majlis sanding ialah aku,E'in, Pojot, Normawaty, As, Turi, Icam,Gayah,Aswita
Alhamdulillah........majlis berjalan lancar.....walaupun agak sederhana....
Di doakan semoga jodoh berkekalan...hingga akhir hayat...

Tuesday, May 22, 2007

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
” Ya Allah… berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu…Amin..”

Indahnya Berprasangka Baik........

Sumber : Kiriman Email daripada seorang sahabat.....
Dua orang lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama tekun mendalami Islam. Sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari semaksima mungkin. Mereka selalunya harus berjalan kaki untuk sampai ke rumah guru pengajiannya. Jaraknya sekitar 10 km dari rumahpeninggalan orang tua mereka.
Suatu ketika sang abang berdo'a memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat dipergunakan untuk dia dan adiknya, bila pergi mengaji. Allah mengabulkannya, tak lama kemudian sebuah kereta dapat dia miliki kerana dapat bonus dari tempatnya bekerja. Lalu sang abang berdo'a lagi memohon seorang isteri yang sempurna, Allahmengabulkannya, tak lama kemudian sang abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik akhlaknya.
Kemudian berturut-turut sang abang berdo'a memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang bagus, dan lain-lain. Dengan azam supaya dapat meringankan dalam mendekatkan diri kepada Allah. Dan Allah selalu mengabulkan semua do'anya itu.
Sementara itu, sang Adik tidak ada perubahan sama sekali, hidupnya tetap sederhana, tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang dulu dia tempati bersama dengan abangnya. Namun karena abangnya sangat sibuk dengan pekerjaan sehingga tidak dapat mengikuti pengajian, maka sang adik sering kali harus berjalan kaki untuk mengaji kerumah guru mereka.
Suatu saat sang abang merenungkan dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya. Dia teringat bahwa adiknya selalu membaca selembar kertas saat dia berdo'a, menandakan adiknya tidak pernah hafal bacaan untuk berdo'a. Lalu datanglah ia kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdo'a kepada Allah dan berupaya untuk membersihkan hatinya, karena dia merasa adiknya masih berhati kotor sehingga do'a-do'anya tiada dikabulkan oleh Allah azza wa jalla.
Sang adik terenyuh dan merasa sangat bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat itu. Suatu saat sang adik meninggal dunia, sang abang merasa sedih kerana sampai meninggal adiknya itu tidak ada perubahan pada nasibnya sehingga dia merasa yakin kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hati sehubungan do'anya tak pernah terkabul Sang abang membereskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid.
Tiba-tiba matanya tertuju pada selembar kertas yang terlipat dalam sajadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan do'a, diantaranya Al-fatihah, Shalawat, do'a untuk guru mereka, do'a selamat dan ada kalimah di akhir do'anya:
*"Ya, Allah. tiada sesuatu pun yang luput dari pengetahuan Mu, Ampunilah aku dan abangku, kabulkanlah segala do'a abangku, bersihkanlah hati ku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat,"*
Sang abang berlinang air mata dan kecewa memenuhi dadanya, tak diduga ternyata adiknya tak pernah sekalipun berdo'a untuk memenuhi nafsu duniawi.

Monday, May 21, 2007

Cakap-cakap Orang......NEVER STOP

"Tauk sik.....aku benar-benar rasa selesa dapat jumpa and luahkan semua masalah ngan kitak orang.....tanpa ada yang perlu aku cover....kat sitok, kawan-kawan ku kebanyakannya jenis yang bermuka-muka...apa yang ku cerita...pasti sampai pada orang lain...dah ya siap dengan tokok tambah lagi...geram aku" luah seorang kawan padaku lewat YM.
"Sabarlah.... ne kita dapat berhentikan mulut orang nak bercerita...bukan dapat di larangpun " pujuk ku...
Walaupun aku sendiripun bukannya sabar sangat menghadapi 'kata-kata' orang.......seringkali juga aku rasa sakit hati dan geram.....
Pada kawan-kawan yang memahami tempat ku luahkan rasa ketidakpuasan hatiku....
Tapi kalau di fikir balik kan......untuk apa kita ambil 'pot' cakap-cakap orang ni... that is what i am trying to do now.....don't care what a people say.....better tutup telinga and diam.....as long as orang yang really close dengan kita tahu cerita sebenar....that's enough.....lain-lain jangan layan......
Am i right??????......i really tired.....so tired.....dengar cakap-cakap orang ni......never stop....kalau kisah benar yang di war-warkan ...tak apa... ini siap dengan perasa tambahan sebagai penyedap cerita... kalaulah aku ini sudah hilang rasa segan....mahu sahaja rasanya aku 'menyerang' individu2 tertentu......but.....that's not me....
Tak guna buat macam tu.....memalukan sahaja....biarlah kita profesional....marah-marahpun bukan dapat settle masalah...
Lambat laun orang akan 'stop'....tak pun orang akan 'sakit hati' coz kita buat dek je.....he...he...he.....
Bagi aku....tak perlulah kita nak jumpa sorang-sorang untuk explain hal sebenar...tak perlu tu.....orang bukan nak tau sangatpun hal sebenar... apa yang mereka nak buat ialah terus bercerita....tak kisahlah perkara yang mereka cakap tu betul atau tidak.....janji puas....
Memanglah sakit hati......tapi itu semua nya menguji tahap mana kesabaran kita......lagipun masa tu Allah nak bagi kita pahala lebih...
Ya Allah......tabahkan hatiku dengan 'cakap-cakap' orang.......