Monday, April 16, 2007

Janganlah Kecewa....


Baru-baru ini, satu Malaysia gempar apabila seorang anak dan bapa berpakat untuk membuat slip peperiksaan yang palsu.....semata-mata hendak dikatakan cemerlang dalam SPM......

Ya Allah.......sampai situ sekali.......kenapa tergamak buat begitu?..... kenapa tidak cuba untuk terima hakikat....?mana hilangnya harga diri...?

Dalam kisah lain.......termenung sebentar aku.....apabila membaca dalam sebuah majalah......ada seorang pelajar mati bunuh diri kerana gagal SPM.......sebenarnya banyak lah lagi 'tindakan bodoh' akibat daripada kegagalan....kekecewaan........

Suatu ketika dulu, aku pernah kecewa sewaktu adik ku, Ammi mengambil keputusan untuk tamatkan pengajian beliau....dengan alasan yang tidak munasabah......aku agak terkilan ketika itu.......dan aku luahkan rasa terkilan dan kecewa ku pada rakan-rakan....duit sudah banyak di labur...lain lagi masa beliau yang di gunakan untuk kuliah....

alang-alang.....kenapa mesti berenti?....kalau gagal lain cerita.....ini, bagus2 tengah belajar tapi nak berenti......

Puas aku pujuk beliau supaya teruskan pengajian.......takat diploma pun ok......tapi beliau enggan......

Aku marah .......sehingga macam-macam kata-kata 'berbaur sindiran'aku tujukan pada beliau.... hingga satu tahap aku rasa aku agak keterlaluan......tapi aku geram sangat ketika itu.......

Aku cuba sedaya upaya supaya dia mesti teruskan pengajian beliau.....tapi..ya lah....bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi...... aku je bagai nak rak......dia pulak tak nak belajar lagi......

Biarpun kecewa ......lama-kelamaan kami sekeluarga terpaksa terima keputusan beliau........bak kata mak, tak guna paksa.....nanti lain masalah yang timbul......aku harap beliau tidak akan menyesal suatu hari nanti.......

Aku cuba berfikiran positif dan bersangka baik.......pasti ada hikmah kenapa semua ini berlaku.....aku tak boleh terlalu mendesak .....beliau lebih berhak atas dirinya sendiri.....sebagai kakak, aku cuma perlu memberi contoh.....garis panduan....

Semua orang ingin berjaya dan cemerlang dalam pelajaran tetapi ia bukanlah segalanya..........tak berpelajaran tinggi bukan bermakna masa depannya akan terus gelap dan bukan bererti hidup sudah berakhir......
Hidup harus di teruskan kerana kita tak pernah tahu apa yang dijanjikan di hadapan......

Apa yang aku cuba kongsi di sini ialah, janganlah terlalu kecewa sekiranya kita gagal......kita tidak harus berputus asa kerana kalau kita gagal, mungkin esok dengan usaha yang lebih gigih kita akan berjaya...
Dan kejayaan itu pula bukan terhad pada tahap pendidikan sahaja....

Aku sendiri melihat ramai teman-temanku yang suatu ketika dahulu pernah gagal dan tidak cemerlang dalam keputusan SPM, tetapi sekarang menjadi seorang yang berguna....dan aku sendiripun bukanlah tergolong dalam kategori pelajar cemerlang......cuma sekadar okay sahaja.......

Dulu, aku andaikan tanpa pendidikan yang tinggi kita tak akan ke mana...tapi itu dulu.....semakin usia ku meningkat.....cara ku berfikirpun semakin dewasa.....mungkin faktor pergaulan, pengalaman dan persekitaran yang 'mempengaruhi'.......

Aku tidak nafikan ilmu itu sangat penting.........tapi ia tidak semestinya di buktikan dengan sijil atau pengiktirafan......aku ada jumpa orang yang .....ilmunya sangat banyak/tinggi.....sehingga aku sangat menghormatinya......tapi percaya tak........dia hanyalah pemegang sijil SPM......

Malah....Managing Director tempat ku bekerja, bukanlah orang yang 'sekolah tinggi'.....tapi beliau sangat berjaya dalam bidang perniagaan... dan berjaya 'menggaji' pakar-pakar dalam pelbagai bidang.....kalau pakar tentulah pemegang 'master' dan keatas.... aku kagum dengan beliau....sangat komited.....rajin bekerja....percaya atau tidak dalam usia mencecah 72 tahun.....beliau masih lagi bekerja.....dan masih mencari peluang perniagaan....kadang-kadang aku yang melihat rasa penat....

Aku percaya.....semuanya terletak pada usaha kita.......kalau kita gagal hari ini tidak bermakna kita akan gagal selamanya........nasib mungkin tidak menyebelahi kita hari ini tetapi kalau kita mahu mengubah nasib tersebut pasti boleh..........

Ada orang yang sewaktu mudanya tidak pandai......tetapi bila sudah meningkat usia barulah dia semakin bijak.......

Agaknya pengalaman yang di lalui membuatkan dia semakin berfikiran dan membuatkan otaknya semakin tajam.......keputusan cemerlang bukan jaminan untuk kesenangan hidup kerana tanpa usaha yang tekun ia tidak membawa makna...

Bukan maksudku, kita tidak perlu mendapat keputusan cemerlang tetapi setiap manusia di beri kelebihan tertentu dan kita harus menggunakan kelebihan yang di berikan itu sebaik mungkin....

Kalaulah kita kurang bijak dalam pendidikan....mungkin kita boleh 'tukar' bidang......kalaulah hanya dengan pendidikan kita akan memperoleh gaji yang lumayan.....kenapa ramai petani yang berpendapatan lebih tinggi dari doktor atau orang -orang yang profesional....bukan maksud ku, kita semua perlu jadi petani...tapi fikir-fikirkanlah apa yang aku cuba sampaikan di sini......kalau ye pun kita nak di pandang cemerlang, tapi janganlah sampai kita hilangkan harga diri kita......
mana yang lebih bermaruah......tidak berpendidikan tetapi jaga akhlak atau berpendidikan tetapi tidak bermoral?????? rasanya kita semua tahu kan.....yang mana satu jadi pilihan kita.......memanglah seboleh-boleh nya kita nak seiring.....secemerlang orang lain.....tapi kita perlu juga ukur tahap 'kemampuan' kita dari semua segi.....jangan kerana terlalu hendak cemerlang........kita ketepikan perkara yang lebih mustahak.....

Semoga kita termasuk dalam golongan yang mudah merasa cukup dengan nikmat yang Allah kurniakan....semoga kita tidak akan memandang rendah pada kekurangan orang lain.....dan tidak sombong pada kelebihan yang kita ada.......

1 comment:

Anonymous said...

Ukhti Tumarawati;

Ukhti telah mencatatkan sesuatu yang benar.

Rahsia Kecemerlangan: Berjiwa Besar, Bercita-cita Jelas, Berfikir Sedar. ;-)