Tuesday, May 29, 2007

Al-Fatihah.......

"Assalamualaikum......kakak sulung kamek, kak Tini dah ninggal.....dan dah selamat di kebumikan di Kuching...."tak ku sangka panggilan telefon daripada Azhar adalah untuk memaklumkan berita kematian kakak nya...
"Innalillahiwainnailaihirajiun.........."aku agak sedih menerima berita ini.....walaupun ku tahu kak Tini memang sakit...
Kak Tini.....aku mengenali beliau beberapa tahun yang lepas....bermula ketika aku mengunjungi pusat SPA beliau di Miri Center Point....pada mulanya hubungan kami setakat pemilik SPA dengan pelanggan....
Kak Tini agak peramah dan cantik orangnya.....sesuailah dengan perniagaan yang di jalankan oleh beliau....
Pertama kali mengunjungi SPA beliau.....aku hanya membuat rawatan facial dan urut.....
Berpuas hati dengan perkhidmatan di SPA kak Tini....dan harga yang agak berpatutan....aku turut lakukan rawatan resdung dan mandi lulur.....selain itu, kak Tini pernah juga menggunting rambutku....
Apa yang aku suka pada kak Tini....beliau sentiasa menjaga hati pelanggan.....memandangkan aku hanya mahu sentuhan tangan beliau... aku sering meminta kak Tini menungguku habis waktu pejabat....untuk mendapatkan khidmat beliau..... walaupun sepatutnya pusat SPA sudah tutup dan beliau sepatutnya sudah berehat, tapi kak Tini tidak pernah 'cincai' dalam membuat rawatan....apa yang penting katanya.... pelanggan berpuashati...kadang-kadang aku yang hantar kak Tini balik kerumahnya...
Lama-kelamaan hubungan kami berdua agak akrab....mula berkongsi macam-macam cerita......secara peribadi.....aku agak selesa juga 'meluahkan' apa-apa cerita pada beliau yang dah ku anggap macam kakak sendiri....lagipun kak Tini banyak memberi nasihat pada ku.....
Tak sanggup rasanya aku tulis banyak tentang kak Tini di sini....sedih rasanya....i will miss her.......
Sesungguhnya kematian itu pasti.....semua akan melaluinya...dan semoga kita yang masih hidup ambil iktibar daripadanya....
Semoga roh Allahyarhamah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang beriman...Amiin......

No comments: