Monday, November 27, 2006

Berbahagialah.....

Sumber from my best friend, Hasma Hassan...

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia!(Dr Aidh Al-Qarni)
Berulang kali membaca buku ini memberikan satu kekuatan untuk saya lebih berbahagia. Rugi rasanya jika hidup tidak bahagia. Mungkin sesuatu datang menduga, tetapi bahagia ada dalam tangan kita sendiri.
Dugaan datang bukan sia-sia, tetapi untuk menguji sejauh mana kita sebagai hambaNya mengambil iktibar dari dugaan tersebut. Untuk apa mengenang kesedihan yang jauh ditinggalkan, dan untuk apa berduka cita dengan apa yang bakal dihadapi? Moga saya dan sesiapa saja akan tenang dengan kehidupan ini. Kejarlah apa yang diidamkan, tetapi jangan lupa apa yang telah dimiliki. Mempertahankan rasanya lebih payahkan...
Pada yang bersahabat, jujurlah dalam bersahabat...pada sang isteri, berilah segala kesetiaanmu seadanya untuk sang suami. pada sang anak, berbaktilah semahunya pada kedua orang tuamu, atau apa saja letakmu, patuhilah seadanya...kerana ada DIA yang wajib kau patuhi melebihi segalanya...
Bahagia akan datang jika kita tahu apa yang kita cari! Senyumlah dengan apa saja...kerana sesiapapun tidak tahu jika kita sedang bergundah...Selamat tinggal wahai gundah gulana..:-)
Note.
Aku rasa semua ayat-ayat di atas...memang sesuai di tujukan pada ku... entahlah.....dua tiga menjak ni....aku rasa kurang tenang.... i don't know why...tapi hati memang rasa gelisah dan gundah gulana... kepalaku rasa berat...seolah-olah ada 'beban'.....semoga Allah ampunkan dosaku atas persoalan-persoalan yang timbul saat-saat aku dalam kesukaran...semoga Allah berikan aku sebenar-benar kebahagian...iaitu hati yang tenang...Amin.."
"Ingatlah dalam kamu berlari mencari redha Tuhanmu, tidaklah ia dihiasi oleh wangian haruman kasturi, tetapi ditaburi oleh onak ranjau yg tak terperi, Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah"
"Sesungguh nya hanya dengan mengingati Allah..hati akan menjadi tenang.."

Thursday, November 23, 2006

Kini hanyalah tinggal kenangan........

January 2004

Rumah Sewa.Pujut Padang Kerbau.

Aku dan freinds....ready untuk berbuka puasa. Aku puasa sunat hari ini.Tiba-tiba hand phone ku berbunyi.

Panggilan dari sahabat baik ku dari Niah, Jusmin.

"Assalamualaikum kak..."

"Waalaikumsalam....apa hal Min...?" soalku heran coz jarang aku dapat panggilan menjelang Magrib.

"Kak.........kak......(Jusmin teragak-agak)...Sulaiman @ Lemang dan Boy meninggal dunia..." kedengan suara Jusmin menahan sebak.

Ya Allah...Aku terasa seperti ada benda berat yang menimpa kepala ku.

"Innalillahiwainnailaihirrajiun....bila Min?" soalku sebak.

"Tadi kak, baru jak....dia accident dengan Boy dan Jusman.." semakin jelas bunyi tangisan Jusmin.


Aku tidak dapat menahan air mataku dari mengalir. Aku terbayangkan Jusman dan Lemang... hubungan kami sangat rapat terutama zaman kanak-kanak... maklum rumah kami berdekatan antara satu sama lain...

Kami ke sekolah bersama-sama....mengaji bersama-sama...main "kawin-kawin" sama-sama...main polis sama-sama...main 'dango' sama-sama...main masak sama-sama....makan sering sama-sama... bercerita sama-sama...main 'kartu @ daun terup' sama-sama... Jusman sering mengajarku apa-apa permainan yang baru... main cikgu sama-sama...pergi sekolah jalan kaki bersama-sama...

Membuli rakan sekampung kami , Hasma sama-sama....kami sering di kejar oleh ibu Hasma kerana sering membuat Hasma menangis... Pernah sekali bapa ku memarahi kami kerana sering 'membuli' Hasma...tapi zaman kanak-kanak....apa yang kami kisah... kena kejar... kena marah....kami tidak pernah 'jerak'....

Pendek kata....zaman kanak-kanak....pagi selepas mandi dan sarapan... kami akan lepak bersama-sama...ada-ada sahaja aktiviti kami....petang balik rumah masing-masing... sebelah malam kami akan pergi mengaji bersama-sama.....

Paling seronok...hujung minggu sebelum mengaji kami akan menolong 'guru' kutip buah cili....cabut sayur kubis...petik buah tembikai..petik kacang panjang....sempat juga lah kami menimba pengalaman sebagai 'petani'.... sebagai upah, 'guru' kami akan beri kami makan buah tembikai sebelum mengaji....ada ketika nya kami akan bermalam beramai-ramai di rumah 'guru'....

Pada bulan Ramadhan....kami akan ke surau berterawih beramai-ramai...

"Kak......"imbasan ku pada kenangan lalu terus hilang mendengar suara Jusmin.

"Aku sedih lah Min..."kataku sambil menangis...Aku sudah tidak mampu mengawal emosiku ketika itu..

"Iya lah kak....saya sedih juga...tapi Allah lebih sayang mereka..sabar jak lah...kami on the way ke hospital...Jusman sorang jak yang selamat..kita jumpa lah di hospital ya kak..." kata Jusmin.

"Insya Allah.."

Petang itu aku hanya berbuka puasa ala kadar...selesai solat magrib... aku dan Bicci segera ke hospital...setibanya aku di hospital....sudah ramai orang kampung ku di situ...aku di bawa oleh sepupuku, Musran ke wad 7 untuk melihat Jusman...

Di wad....ramai juga orang kampungku.....melihat kelibatku ibu Jusman, Makcik Kinah segera mendapatkan ku dan memeluk ku.... suasana sungguh mengharukan ketika itu...

"Jusman nak.....dia accident..." kata makcik Kinah sambil memelukku dan menangis di bahuku....aku turut menangis...

"Sabar makcik....Insya Allah....tiada apa-apa yang berlaku..." aku cuba menenangkan makcik Kinah..

Belum sempat aku ke katil untuk melihat Jusman....Ku lihat Nas, Nur, Sudik dan beberapa lagi rakan Jusman menjerit sambil menangis....

"Jusman sudah tidak ada...."kata bapak Zahir. Terasa lemah kepala lututku...

"Innalillahiwainnailaihirrajiun...." hanya itu yang mampu ku ucapkan. Sesungguhnya kematian itu benar.

"Jusmannnnnnn......." makcik Kinah menjerit sambil berlari ke katil arwah Jusman....

Ku lihat bapa arwah menangis.....tapi dalam keadaan yang agak tenang.

"Sabar pakcik...Allah lebih sayang dia...relakan lah dia pergi.." kataku.

"Iya lah nak, apa boleh buat....janji nya sudah sampai.... sedih memang sedih.... tapi itu semua Allah yang atur.." tenang sahaja suara bapa arwah Jusman.

Aku segera mendapatkan makcik Kinah...

"Sabar makcik....relakan dia pergi....maafkan dosa-dosanya....halalkan air susu makcik...semoga dia di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.." kataku sambil memeluk makcik Kinah.. Aku faham, saat-saat sukar begini....beliau perlukan sokongan dan kata-kata semangat...

Makcik Kinah menangis teresak-esak...semua yang ada di situ tidak dapat menahan sebak....beberapa jururawat bertugas turut 'menyertai' adegan itu....Siapa yang tidak sedih...melihat anak 'pergi' di depan mata...

Setelah agak tenang...aku segera ke bilik mayat... di depan bilik mayat ramai juga orang kampung kami...menunggu mayat Lemang dan Boy.

Melihat kelibatku....ibu arwah Lemang segera memelukku.... beliau memang maklum hubungan akrabku dengan anak beliau...

Semua yang ada di situ memang sudah tidak dapat menahan sebak....

Sepertimana aku menenangkan ibu arwah Jusman...perkara yang sama aku lakukan pada ibu arwah Lemang....

Aku memang maklum kesedihan beliau....Lemang memang sangat di manjakan oleh ibu nya.....

"Malam tadi, arwah tak henti-henti sakat makcik ...sakat anak buah nya.." cerita beliau.

"Pagi tadi makcik tengok dia tidur di depan tv......masa tu makcik dan pakcik nak ke hospital hantar kakaknya sakit hendak bersalin...." sambung ibu arwah Lemang.

Pagi tadi mereka sekeluarga menerima berita gembira ... kerana kakak arwah selamat melahirkan baby lelaki.....sebelah tengahari pula mereka di kejutkan berita kematian....


"Minggu lepas.....arwah tak henti-henti sakat adiknya...semua kami dalam rumah tu di sakatnya....anak buahnya samapi menangis di sakatnya.....rupa-rupanya dia mahu tinggalkan kami..."kata beliau sambil mengesat air mata.

"Semalam dia suruh makcik goreng ayam....tapi dia tak sempat makan kerana kawannya telefon....lepas tu dia terus keluar.."cerita beliau lagi... kali ini tangisannya semakin jelas.

Semua 'ibu-ibu' yang ada di situ menangis....kawan-kawan arwah dari Bintulu...Niah....memenuhi perkarangan hospital...semua menangis..... suasana ketika itu sungguh mengharukan...

Lebih kurang 2.00 pagi....baru aku balik ke rumah....Mayat arwah Jusman terus di bawa balik ke kampung pada malam itu.... Manakala mayat arwah Boy dan Lemang hanya di benarkan di bawa balik keesokkan harinya.....

Keesokkan harinya....aku minta cuti dari majikan ku....

Aku ingin menolong apa-apa yang patut.....di samping ingin menemani ibu arwah......

Pagi itu, mayat arwah Boy....di tuntut oleh saudara mara beliau...untuk di hantar pulang ke kampung halaman beliau....di Sri Aman...Paling menyedihkan ....kerana beliau memang bercadang untuk balik ke kampung kerana ibu beliau akan pergi menunaikan haji dalam tempoh 2-3 hari lagi...

Manakala mayat arwah Lemang pula di bawa ke kampung kami.... aku tidak turut serta pagi itu kerana aku di tugaskan menjemput adik arwah di airport yang akan datang dari KL ....

Ketika sampai di kampung, sudah ramai orang di rumah arwah Lemang... aku singgah sebentar di rumah beliau sebelum aku ke rumah arwah Jusman....

Petang itu....orang kampung beramai-ramai ke kubur mengiringi jenazah .... Semuanya turut terasa kehilangan....

Semoga mereka di tempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Al- Fatihah....

SETIAP MAKHLUK TELAH DITENTUKAN AJALNYA

Mereka juga bersaksi dan berkeyakinan bahwa Allah azza wa jalla telah menentukan batas akhir kehidupan bagi setiap makhluk.

Sesungguhnya setiap jiwa itu tidak akan mati kecuali dengan ijin Allah dan takdir dari-Nya.Apabila sudah ditakdirkan waktunya mati, maka tidak ada pilihan lagi kecuali mati. Tidak bergeser sedikitpun. Allah berfirman:"Tiap- tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula memajukannya" (Al-A'raaf: 34)

Allah juga berfirman:"Setiap yang yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah sebagai ketentuan yang telah ditetapkan waktunya."(Ali- Imran:145)

Mereka juga bersaksi dan berkeyakinan bahwa siapa yang mati atau terbunuh, maka hal itu merupakan takdir. Allah berfirman:"Katakanl ah:"Sekiranya kamu berada dirumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ketempat mereka terbunuh..." (Ali-'Imran: 154) Allah juga berfirman:"Dimanapu n kamu berada, kematian akan menemuimu, walaupun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kokoh..."(An- Nisaa:78)



Tuesday, November 21, 2006

Teman Baru...


(Bunyi ring tone)

Aku segera mengangkat hand phone ku....panggilan daripada Kak Rozi...

"Assalamualaikum....kitak free kah hari Sabtu (18/11/2006) ni?..." soal nya.

"Kenapa kak....rasanya tak free lah...coz kamek nak ambil kawan kamek kat Mega hotel...nak bawa jalan-jalan ...then malam nak hantar gi airport..." jawab ku.

"oooo....tak pe lah kalau macam tu...akak fikir nak ajak kitak n freinds gi rumah sabtu tok lepas Asar...ada jamuan raya sikit...dan ada usrah sekali...lama dah kita tak de usrah......"kata kak Rozi.

Usrah?...ye memang lama dah aku tak de join....

"Rasanya kamek tak dapat join lah kak...Hayati balik kampung...Midah pula gi KL...lagipun tak sesuai juga kamek nak ajak kawan...mereka tak biasa lagi ngan kita.."

"Tak pe lah kalau macam tu...Insya Allah next time je kitak ikut..."

Aku sebenar nya 'teringin' juga menyertai majlis tersebut... tapi apa boleh buat...aku sudah ada 'janji' pada hari tersebut...tak baik juga mungkir janji....

Sabtu..18/11/2006.

Aku mendapat sms daripada Santi pada pagi itu...

"Kak, tak perlu ambil saya nanti....kawan saya nak ajak jalan-jalan terus dia akan hantar saya ke airport malam nanti..."

Memandangkan temu janji ku 'batal'...aku segera sms kak Rozi... menyatakan aku akan turut serta program di rumah nya petang itu...

Tiba-tiba datang rasa malas ku....aku cadang nak berehat saja...sekali lagi ku hantar sms pada kak Rozi.. maklumkan aku tak jadi join...

Tapi...timbul pula rasa bersalah.... bukan selalu kak Rozi ajak 'usrah'...lagipun rehat boleh bila-bila masa... tak kan lah aku tak boleh korbankan masa rehat untuk perkara-perkara yang boleh memberikan faedah/pengisian kepada ku.....terutama sekali majlis ilmu...kerana ia taman-taman syurga...aku sendiri perlu 'sering' di ingatkan untuk 'kuat' .. menghadapi ...'ujian'...

Sekali lagi aku hantar sms pada kak Rozi...aku akan turut serta... Memang tidak mudah melawan rasa malas...sekali lagi timbul rasa malas...kali ini aku nekad tidak join...so aku sekali lagi hantar sms ... menyatakan aku tak jadi join...

Entah lah....kenapa...hati ku kuat 'mendesak' supaya aku turut serta program itu...mungkin ada sesuatu...lagipun hatiku rasa tidak tenang... so aku terus telefon kak Rozi dan maklumkan yang aku akan ke rumah beliau...kali ini aku terus berkemas2 untuk segera ke rumah kak Rozi...takut nanti berubah fikiran lagi... maklum nak buat baik ni...ada je ...hasutan syaitan.... kalau kalah... memang malas lah...

Aku orang pertama yang tiba di rumah kak Rozi...

Tidak lama kemudian...ramai yang datang.....Alhamdulillah aku dapat kenalan baru....kak Balqis...Puteri...kak Siti...kak Alin...dan ramai lagi...

Selepas sessi ta'aruf....ada sedikit 'pengisian ilmu' daripada kak Balqis.. Alhamdulillah....aku bersyukur kerana berjaya melawan rasa 'malas' ku tadi....

Kak Balqis berharap sessi 'usrah' ini akan berterusan....supaya anasir-anasir jahat sukar untuk 'mengambil' tempat di hati... kerana ada yang akan ingat-mengingati...

Bagi ku...selain ilmu yang di perolehi...apa yang paling penting ialah 'silaturrahim' yang terjalin antara ahli 'usrah'....bak kata kak Alin... ilmu itu boleh di cari melalui macam-macam cara...tapi hubungan 'silaturrahim' itu hanya akan wujud dengan 'rajin' mengunjungi dan menyertai program sedemikian..

Kata kak Alin ....jika di hayati ikatan 'silaturrahim' dalam Islam itu sebenarnya sangat indah....aku memang mengakui hakikat ini...

Petang itu...aku menghantar kak Alin balik....aku sempat solat magrib berjemaah dengan beliau....

Kami berdua sempat 'berkenalan' dengan lebih mesra...

Kak Alin sebenarnya orang Indonesia...beliau di sana merupakan doktor umum...beliau berada di sini mengikuti suami yang berkhidmat sebagai Jurutera Kimia...beliau ada 2 putera yang comel...

Aku suka melihat pasangan ini.....kehidupan mereka sangat 'islamic'... dan memang patut di contohi....

Apa yang paling penting ....aku senang 'meluahkan' segala apa yang 'ku rasa'...pada kak Alin...tanpa rasa 'janggal' walaupun kami baru kenal...dan aku rasa sangat tenang selepas itu.......(memang pelik ... maklum kami baru kenal beberapa jam....mungkin inilah yang dinamakan keindahan 'bersilaturrahim' kerana Allah)

Kak Alin banyak memberi kan ku 'dorongan' supaya sentiasa 'kuat' ... maklum kata-kata orang kadang-kala melemahkan semangat...terutama sekali apabila kita hendak melakukan perubahan ke arah yang lebih baik....tapi sampai bila pun kalau kita 'peduli' apa kata orang...kita tak akan ke mana...biarkan lah orang bercakap...penat nanti pandailah mereka senyap...itu yang aku pegang sampai sekarang...Allah lebih tahu...

Alhamdulillah....hasratku untuk mencari 'ustazah' yang boleh mengajar mengaji Al-Quran terutama tajwid...berakhir.... kak Alin bersedia untuk mengajarku...

Sekali lagi aku memanjat kesyukuran....kalau lah tadi aku 'melayan' rasa malasku...tentu aku tidak kenal dengan kak Alin...

Sekarang bertambah lagi kenalan 'solehah' ku....semoga persahabatan yang terjalin kerana Allah...akan berkekalan hingga akhir nya.... semoga aku dapat menjadi sahabat yang baik....yang mencintai sahabatku.. lebih dari diriku sendiri....

Semoga persahabatan kami mendapat keberkatan...Amiin...



"See the good side of things; you will have good thoughts. Know things to be good and think of them as good; you will find the pleasure in life.In life, hope and thinking favourably of things are life itself. While to think the worst is despair, the destroyer of happiness and slayer of life."
(Said Nursi: Mathnawi)


Tuesday, November 14, 2006

"When i was just a little Girl...."

Had been a memorable and tiring week i had so far...... was trying to find something to write about....maybe will just share with all of you about my childhood life.....
When i was small, im among the shy ones...tak percaya??? but it's true... like to run away from being seen by others..kalau di lihat apa yang anda kenal saya pada hari ini....mesti anda sukar percaya...Tumarawati seorang yang pemalu???...saya suka berkurung dalam bilik....itu untuk tetamu yang saya kurang kenali...
Tapi untuk yang dah biasa dan kenal.....mereka akan penat bersoal jawab dengan saya...contohnya untuk satu benda/perkara... saya akan soal dari semua sudut....kenapa...mengapa...macam mana...di mana...siapa....begitu..begini...(punyalah saya kreatif dalam sessi soal jawab....ada-ada je yang saya akan soal...tak ke boring orang nak jawab...) Pelik kan.....pemalu tapi mulut 'becok'...
Sehingga ibu dan bapa saudara saya hairan dengan 'keperamahan' dan 'kebecokkan' saya...maklum my parent bukan jenis yang 'banyak cakap'.. especially my father....jenis senyap je....begitu juga dengan adik-adik saya....perkara ini masih 'misteri' sehingga kini...tapi sekarang saya sudah ada 'pewaris'....my youngest sister....boleh tahan juga 'peramah' nya....sama dengan 2 orang anak buah saya, Amirah dan Aiman....boleh tahan juga 'becok' nya..... berjangkit ngan aunt nya kot...he...he...
Masa sekolah rendah...saya suka cubit budak yang duduk sebelah saya... tak kira lah dimana...dalam kelas ke...dalam bas ke...di klinik ke.... tangan saya cepat je nak 'cubit'...tapi saya tak cubit baby....saya cubit budak-budak baya saya...
Dalam kelas....ada sorang budak nama Juriya sering jadi mangsa cubit saya...tengah cikgu sibuk mengajar di depan....kelas akan dikejutkan dengan suara 'menjerit' dan 'menangis'...sapa lagi?...mangsa cubit saya lah...saya selalu di marah dan di tegur oleh rakan-rakan dan cikgu... tapi dia orang buang air liur je...langsung saya tak 'layan'...saya buat muka selamba...
Saya memang suka 'membuli'...ada seorang senior saya...rambutnya ikal halus...ala-ala rambut orang negro...beliau bersebelahan kelas dengan saya... saya selalu tarik rambut beliau....yang heran nya beliau sepatutnya melawan kerana saya lebih muda....tapi beliau cuma menangis sahaja ketika saya menarik rambut beliau....
Beberapa tahun berlalu....saya sudah tidak ingat dengan beliau... sehinggalah kami (masing-masing sudah bekerja)bertemu semula di sebuah rumah rakan saya....kebetulan kakak kawan saya sama tempat bekerja dengan beliau...beliau menegur saya...saya pada mula nya 'blur' ....langsung tak ingat sapa beliau....
"Sik ingat kamek lagi?"...soal beliau..
(Sambil mengerutkan dahi...) "Sapa kitak ooo?...Sori...kamek sik ingatlah"? soal ku....benar-benar 'blur'...
"Ala....kamek....******(nama)..."jawab nya...
"Ingat sik masa kita sekolah rendah...kamek senior kitak....kelas kita sebelah...kitak selalu tarik rambut kamek"...sambung beliau.
Aku cuba recall.
"Ya Allah...kitak paduhal...ingat lah kamek...,sik sangka kitak masih ingat ngan kamek"....kataku sambil bersalam.
"Ne kamek dapat lupa kitak...nak balas balit tok...dolok kitak selalu jak tarik rambut kamek..."katanya bergurau sambil yang lain ketawa. Aku turut ketawa mengenangkan 'kenakalan' ku dulu.
"Sik sangka kan...nya tok nampak 'ladies' kinek tok..dolok 'pembuli'.." sambung beliau.
Itu lah saya....masa zaman kanak-kanak..
Saya boleh buli orang....tapi dalam masa yang sama saya 'congek'....saya selalu 'nangis' tak bertempat....kata mak. Percaya atau tidak, saya boleh menangis berlanjutan sehingga 5 jam....sekarang kalau saya 'marah' anak buah menangis mesti mak n bapak....ungkit kisah silam saya masa kecil...
Time flies....and im no more the shy ones ...no more the 'pembuli'...like I used to be when i was young....been through many things throughout my life... the most challenging moments and experiences but Alhamdulillah i have managed through....cewah...but i guess i can never went through all that witout the support from my dearest family members, my lovely freinds out there... thanks to all of you....

Friday, November 10, 2006

Kena Tipu....ha..ha...

Politeknik Kuching ....SPK 2000 (semester 4)
"Kitak orang sitok lok...." kata Halim sambil tangannya melambai aku, Linda, Zuna,Zaihan,Anum,Ida dan Sanisah...
"Apa hal.."? soal kami sambil mendapatkan Halim.
"Kamek dah daftar nama kitak orang untuk join lawatan anjuran Kelab Perdagangan weekend tok..." kata Halim.
"Lawatan ke sine?....Bait nar juak kitak daftar nama kamek orang".. kataku heran.
"Lawatan ke rumah anak yatim...kamek tauk kitak orang belum ke sia.. ya kamek daftar nama kitak orang....limit bah...ramai orang berminat nak pergi....tapi dah penuh...mun kitak orang sik berminat...kamek ganti nama orang lain lah..."kata Halim.
"Eh...eh...jangan....mauk kamek orang pergi...rugi sik join ..kan kawan-kawan" kataku sambil yang lain mengangguk setuju.
"Mesti best....mesti kita sedih kan.." kataku excited.
"TQ Halim....kitak lah sahabat kamek orang dunia akhirat... faham kitak ngan kamek orang.." kata Zuna.
"Mesti lah....berapa lamak dah kita kawan..kan Pian.." kata Halim sambil Pain cuma angguk kepala..
"Nasib kamek cepat daftar nama kitak orang...rame orang tek...mun sik miss lah kitak orang...Pian tolong isi borang tek..." jelas Halim.
"Kitak dua Pian sik join?" soal Linda.
"Ehh...mesti join....rugi sik join...tapi kamek duak pake keta kamek...kan Pian..."kata Halim.
"Kamu semua guna bas poli..." sambung Pian.
"Hari Jumaat petang kamek hantar kamera and kodak rumah kitak orang k....kelak kamek dua Pian sponsor kodak..".
Punya lah Halim dan Pian semangat supaya kami se geng menyertai lawatan itu..
"Jangan lupa bawa tisu....kamek bukan sik tauk kitak orang ya...congek.. confirm kamek ....kitak orang mesti 'syahdu'..." pesan Halim.
Seperti yang di janjikan....petang Jumaat Halim dan Pian datang ke rumah kami menghantar kamera dan kodak...sempat juga mereka berdua memesan supaya esok jangan lambat...nanti di tinggal kan bas...
Keesokan harinya kami bangun awal dan berkemas-kemas...semuanya excited untuk ke rumah anak yatim..
Maklum ini semua pengalaman pertama kami....aku sudah mula membayangkan aku akan menangis melihat anak-anak yatim itu nanti... kami semua siap bawa bekal tisu....
Dalam bas...kami semua diam...cuba membayangkan keadaan rumah anak yatim....
Bas berenti di Batu 7...kami sedikit hairan...
"Ai...kenak bas berenti di sitok?" soalku...
"Maybe...lepas ke sitok....baruk ke rumah anak yatim...."kata Linda.
Memandangkan semua orang turun dari bas....kami ikut juga...
"Kamu orang tidak tahu kah ....lawatan memang di sini.." sampuk seorang senior dalam pelat Sabah...
"What?...kenapa kawan kami Halim dan Pian cakap lawatan ke rumah anak yatim...last minute kah lawatan tukar tempat"?soal ku.
"Eh...tidak lah.....memang lawatan di cadangkan di sini...tengok orang-orang sakit jiwa..." jelas senior itu.
Ketika itu kami sudah mula 'perasan' yang kami telah di tipu 'mentah-mentah' oleh Halim dan Pian.
"Kamu semua tu kena tipu..." kata senior itu lagi sambil ketawa..
Kami semua berpandangan antara satu sama lain...Mata kami liar mencari kelibat Halim dan Pian...tapi mereka berdua memang tak kunjung tiba...
"Patutlah Halim dan Pian beria-ria....siap hantar kamera lagi.... kenak lah kita sik perasan ngan 'kebaikan' sidak dua....paduhal nya duak ada muslihat.." kata Linda.
Kami semua tengah geram ketika itu...Zuna segera mencari public phone...
"Halim...sine kitak ?" soal Zuna.
"Kamek kat rumah...tengah breakfast ngan Pian..." jawab Halim selamba.
"Halim...!!!!!!!
Kami semua menjerit geram.
"Sampai hati kitak bulak kamek orang!!!!"
Kedengaran Halim ketawa besar di hujung talian.
"Ha...ha...padan muka kamu semua..." kedengaran suara Pian menyampuk.
"Selamat melawat 'boy freind2' kitak orang...jangan lupa mabil gambar k...habiskan jak kodak 36 ya...." kata Halim sambil ketawa.
Kami yang ketika itu geram...tak dapat buat apa-apa...suka atau tidak kami terpaksa menyertai lawatan itu...kami di bawa masuk melawat orang sakit jiwa...rupa-rupanya mereka tidak lah seteruk yang kami gambarkan...
Melihat telatah-telatah mereka...rasa geram dan marah kami beransur hilang....
Sekurang-kurangnya kami patut berterima kasih pada Halim dan Pian... kalau tidak mereka berdua 'menipu' kami...mungkin sampai bila-bila kami tidak akan menjejakkan kami ke rumah sakit jiwa...
Malam itu Halim dan Pian mengunjungi rumah sewa kami....untuk mendengar pengalaman kami....
Kami sama-sama ketawa pada malam itu....
Aku benar-benar rindu saat itu......

Tugasan kami....

Politeknik Kuching ....SPK 1999 (Semester 2)

Pagi itu kami di maklumkan oleh lecture kelas, En Louis bahawa minggu depan ada deligasi dari luar negara akan melawat Politeknik Kuching..

So, kami di tugaskan untuk menyediakan bahan pameran...

Kami di arahkan untuk memilih ahli kumpulan...setiap ahli kumpulan di beri tugasan masing-masing...seperti biasa...ahli kumpulan ku terdiri daripada 'geng keras' ku juga....iaitu Zuna, Ida, Linda,Zaihan, Sanisah dan Anum...

Petang itu kami membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk siap kan tugasan...kami perlu menyiapkan tugasan dalam bentuk graf... tugasan kami perlu di hantar 2 3 hari...untuk di semak dan di 'edit'...

Memandangkan masa yang singkat... kami bertungkus-lumus siapkan tugasan itu...sehingga ada satu malam kami langsung tidak tidur.. walaubagaimanapun kami tidak menganggap itu sebagai beban... kami buat dalam suasana enjoy...apa yang penting kami cuba sedaya upaya untuk beri yang terbaik...

Setelah berpuas hati dengan hasil 'tugasan' kami.. kami pun membawanya ke kelas...untuk di 'semak' oleh En Louis.... terlebih dahulu..kami sekumpulan mengambil gambar bersama-sama 'tugasan' kami....Halim dan Pian menjadi 'photografer' kami...... kami bergambar sakan hari itu...setiap sudut dalam kelas kami tempati untuk bergambar...

Rakan-rakan sekelas yang lain hanya melihat sahaja aktiviti kami.... mereka memang sedia maklum dengan 'olah' geng kami...aku dapat rasa mereka sedikit 'meluat'...cuma malas nak bersuara....takut lain cerita.. maklum dalam kelas, geng kami ni agak berpengaruh...apa yang kami buat tak ada yang akan bantah...he..he....agak nakal juga kami ketika itu...

Geng kami ini memang di kenali di kalangan pelajar dan lecture Jabatan Perdagangan...maklum....kami terkenal dengan 'keperamahan'... lagipun kemana-mana kami pergi...pasti bersama-sama...hubungan kami memang sangat rapat...cuma sesekali kami 'berselisih' pendapat... tapi ia tidak menjejaskan hubungan persahabatan kami....

Sementara menunggu kedatangan, kami menyusun tugasan masing-masing di atas meja ....

Semasa En Louis tiba, ...aku dan ahli group ku menjeling dan senyum antara satu sama lain...menunggu masa untuk di 'puji'....kami memang cukup confident ketika itu...

En Louis terus ke meja yang tersusun tugasan-tugasan kami sekelas... tiba-tiba beliau mengambil tugasan ahli group ku...ketika itu senyuman kami se group semakin lebar...

"Ini, tugasan kumpulan siapa"? soalnya. Belum sempat kami mengangkat tangan dia segera sambung......

"Teruk betul tugasan ini...macam kerja budak sekolah rendah..!!! sambung nya sambil membaca nama ahli kumpulan.

"Saya nak kumpulan ini buat semula...memalukan betul...saya macam tak percaya ini tugasan pelajar saya.." sambung beliau. Sampai begitu sekali beliau 'mengutuk' kami.

Kami yang ketika itu mengharapkan 'pujian' terus terdiam....menjeling antara satu sama lain...

Ku lihat di suatu sudut Ibnasan, Halim, Ubai dan Pian sedang ketawa besar...Menghina kami lah tu!!!! Kurang asam betul!!!!.

"Pian..tengok sini .." kata Halim sambil tangannya memegang kamera.. seolah-olah hendak menangkap gambar Pian.. Pian terus berlakon seolah-olah ready untuk bergambar...dia memegang buku seolah-olah buku itu tugasan kami...beliau mengajuk tindakan kami sebentar tadi... kami hanya mengetap bibir menahan 'rasa'...

"Ubai...cepatlah...aku nak ambil gambar kau ni..." Ibnasan pula mengikut gaya Pian dan Halim...lepas tu mereka ber empat ketawa besar....yang lain turut ketawa melihat lawak mereka...kami sekumpulan hanya diam....sabar je lah....siapa suruh 'over' sangat tadi... sekarang padan muka kami...

"Encik.....janganlah macam tu...kesian group mereka...tadi tugasan tu dah di 'gambar-gambar'...kata Halim berbaur sindiran sambil ketawa dan di ikuti yang lain...

"Penat kami tadi encik, jadi 'photografer...."sambung Ibnasan pula..

"What??? mereka sudah tangkap gambar dengan tugasan mereka ini"? tanya En Louis.

"Betul encik....semua sudut kelas ni mereka tempati bergambar... confident mereka tugasan mereka akan mendapat tempat di hati encik.." kata Halim lagi...masih ketawa.

En Louis turut ketawa....yang lain apa lagi ...ketawa juga...ini lah masa untuk mereka 'ketawakan' group kami...

"Saya sangat malu lihat tugasan itu...macam kerja budak-budak... macam mana mereka boleh sangat confident.."? kata En Louis lagi menahan ketawa....

"Tolong 'update' lagi tugasan kamu ini....saya tak mahu terima yang ini".. kata En Louis sambil serahkan tugasan kami itu...

Mahu tidak mahu kami cuma akur....Yang pasti sepanjang minggu itu puas kami di sakat oleh Halim, Pian, Ibnasan dan Ubai....Perkara ini berlanjutan sehingga kami habis belajar di Poli...Tak boleh silap sikit...pasti 'kenangan' ini akan di imbas oleh mereka....

Aku sendiri...sehingga kini akan senyum sendiri jika ku kenang perkara ini...

Tuesday, November 07, 2006

Bad Day....

2004, SPAD, Bukit Peninjau (pengalaman benar aku alami di tempat kerja ku yang lama)
Beberapa minggu lagi majlis konvokesyen ku akan berlangsung... Aku risau memikirkan kerja ku yang bertimbun... Macam mana aku dapat bercuti dengan tenang kalau kerja yang di tinggalkan belum selesai.. Semua dah dekat date line... Aku bercadang untuk menyiapkan tugasanku selepas office hours...aku sudah tak da pilihan lain....Aku perlu korban masa rehatku...otherwise aku tak tenteram bercuti...aku tekad...tak kira apa cara tugasan-tugasan ku perlu beres...
"Boss, boleh kamek kerja malam hari untuk siapkan kerja. Minggu depan kamek nak cuti konvo.." aku minta kebenaran daripada bossku, Senior Estate Manager(SEM), En J. Pengiran Empading.
"To me, no problem..as long as u sik kisah..but u have to ask some body to pick u at your house..jangan jalan kaki malam hari sorang-sorang..bahaya...u ya perempuan.." pesan boss ku.
"Ok. Kamek minta tolong Pakcik Landok ambik kamek kat rumah."
Pakcik Landok ialah 'jaga @ watchman' office kami pada waktu malam.
"Mun gia..no problem..jangan lupa kunci office dari dalam mun polah kerja..u better watch out...jangan balit akhir gilak" pesan bossku lagi.
Malam itu, Pakcik Landok mengambilku di rumah.. Aku tenang bekerja sendirian tanpa ganguan..sedikit sebanyak tugasanku siap..walaupun belum sepenuhnya..rasa-rasanya dapatlah aku siapkan dalam tempoh 3 4 hari..
Suatu hari aku di hantar berkursus di Ibu Pejabat.. ini bermakna kerjaku terpaksa aku tinggalkan..nasib baik kursus itu habis waktu petang..dan sebelah malam nya aku bercadang untuk menyambung semula tugasan ku yang belum selesai..
Lepas solat Magrib, aku berkemas-kemas..sekejap lagi pakcik Landok akan mengambilku..
"Anak, kitak turun kerja malam tok kah..?" soal pakcik Landok.
"Auk pakcik, tunggu kejap...kamek tutup pintu dolok.." kataku sambil menutup pintu.
Semasa menuruni anak tangga...tiba-tiba aku rasa tak sedap badan.. rasa macam nak demam..kepala ku pun rasa pening..hilang terus mood ku untuk kerja...
"Pakcik, kamek rasa sik jadi turun kerja lah..tiba-tiba jak rasa sik nyaman badan...kepala pun pening.."kataku sambil memegang dahi. Memang panas. Heran aku..coz tadi aku ok je.
"Mun kedak ya, sik hal lah..esok jak sambung kerja.."
"Esok pagi kamek turun office 6.30 pagi lah...dapat juak siapkan kerja.. malam tok kamek nak tido awal..."
"Kalau macam ya pakcik balik lah.."
Malam itu, aku tidur awal coz esok aku bercadang untuk turun ke office awal pagi.
Paginya...(aku berjalan kaki lebih kurang 10 minit dari rumah ke office) aku heran melihat ramai orang berkumpul di depan office...
"What going on"..aku berbisik.
Aku segera bertanya kepada En Ribid yang turut berada di situ.
"En Ribid, apa yang berlaku...apa hal ada darah tok?" soalku.
"Ai...kitak tauk..ya darah Pakcik Landok..!!!
"Eee...kenak ngan nya..? " soalku kehairanan.
"Malam tadik nya mati kenak bunuh oleh si Usman, pekerja Indonesia."
"Ya Allah.."terasa lemah kepala lututku..Aku sudah mula menangis.
"Usman ? (aku cuba recall...maklum terlalu ramai pekerja Indonesia)
"Ala, yang datang jumpa kamu minggu lepas.. nak balik Indon...sudah rindu ngan keluarga..."jelas en Ribid.
"Oooo..(aku sudah mula mengingat rupa si Usman..minggu lepas dia memang ada berjumpa denganku..dia meminta ku uruskan kepulangan nya ke Indonesia...antara ramai-ramai pekerja memang dia yang kerap berjumpa dengan ku di office...ada sahaja yang dia nak soal..urus...sehingga colleque ku selalu sindir dia..)
"Kamek dah call bg Kamal, from HQ..nya tengah urus passport si Usman tok..minggu depan baruk nya boleh balit.." kata ku.
"Itulah, malam tadik nya datang office carik kitak...Pakai seluar dalam saja...!! Nasib baik kitak sik da turun office malam tadik.. kalau tidak, sik tauklah apa jadi ngan kitak.."
Air mataku semakin deras.
"Malam tadik nya carik kitak...pakcik Landok halang nya...terus nya cucuk leher pakcik Landok guna keris..Pakcik Landok sempat lari pergi rumah AP Robert....sempat juak pakcik Landok padah ngan AP, Usman carik kitak..nyaris lagi AP Robert turut terkorban...nasib lah ramai orang dah sedar time ya..AP Robert cuma luka bahagian tangan.." jelas En. Ribid panjang lebar.
"Ya Allah..kenak nya carik kamek?"
"Mungkin nya ada niat jahat..nasib kitak sik ada turun malam tadik...mun sik, entah apa jadi ngan kitak..dah sik betul kali otak si Usman ya...bagus kitak jumpa SEM, nya risau tentang kitak ya.."
Aku segera kedalam bilik boss ku.
"Ha...lega i nangga u...nasib bait u sik ada turun kerja malam tadik.."
"Ya lah boss, terkejut juak kamek..coz baruk jak jumpa Pakcik Landok malam tadik.."
"Macam ne u boleh sik jadi turun office?" soal boss ku.
"Kamek memang nak turun office malam tadik...tiba-tiba jak rasa nak demam and rasa sik sedap hati..Pakcik Landok memang dah datang rumah.."jelasku.
"ooo..so u sempat lah bercakap-cakap ngan nya malam tadik?"
"Auklah..ya lah sik sangka kamek , pagi tok nya dah ninggal.." kata ku sedih.
"Sabarlah..ajalnya dah sampai..petang kelak kita semua ke rumahnya.. lawat anak bininya." pujuk boss ku.
"Sik tauk lah apa hal si Usman ya datang office carik u !! Mungkin nya perasan u ada turun office 2 3 malam tok. Malam tadik nya ingat u ada turun office lagi..padu hal sik ada..memang nya ada niat jahat ya... dah lah pakai seluar dalam ajak...malam tadik lepas nya bunuh pakcik Landok, nya terus membogelkan diri nya...sik kah gila orang macam ya..dah nak balit pun sempat juak nak buat hal...kan kah nya yang susah...masuk lokap.." kata bossku geram.
"Nasib bait kamek ikut kata hati malam tadik."kata ku masih menangis.
"Ya lah..this is lesson for u. After tok jangan lagi turun office malam hari. Bahaya. Jangan juak 'attach' gilak ngan cdak pekerja Indon.Cdak nang sik boleh di bait gilak. Di beri paha nak betis.I rasa guilty juak bagi u turun office sorang-sorang...nasib u sik da apa-apa...mun sik macam ne i nak berdepan ngan parent u...ada i kena pancung oleh bapak u.." boss ku sempat bergurau.
Aku cuma angguk kepala. Sebenarnya aku masih lagi dalam keadaan terkejut.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana menyelamatkan aku dari musibah..niat jahat orang..cuma aku sedih kerana pakcik Landok jadi mangsa pada malam itu.
Semoga keluarga mendiang tabah dengan dugaan ini.