Wednesday, June 20, 2007

Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Beri

Sumber at my new web : http://tumarawatimanshor.wordpress.com

“Husband kamek ada perempuan lain…..”adu seorang rakan ku tempoh hari….setelah dia mengetahui suaminya menjalin hubungan cinta dengan wanita lain…..kelihatan dia agak stress…

Aku cuma diam. Sikitpun aku tidak terkejut….Allah Maha Adil…Kita akan dapat apa yang kita beri…

It touches my heart to see her in unhappy condition….When before she used to be so happy…

Tapi aku harap dia akan mengambil ikhtibar perkara ini……few years ago….ada orang lain juga yang mengalami apa yang dia rasa sekarang……ada insan lain yang terluka atas kebahagian yang dia bina…..

“Teruk lalu jak perempuan ya….ngaco suami orang….macam sik da lelaki bujang….suka nak rosak rumah tangga orang…” adunya lagi….dalam nada agak marah dan geram.

Aku masih diam…cuma aku berfikir… mudah sangatkan manusia lupakan kesilapannya yang lepas… dulu, masa dia menjadi ‘perampas’… pernahkah dia berfikir akan perkara ini… aku rasa tidak… sekarang kenapa pula dia mesti marah-marah… sedangkan dulu dia pun buat benda yang sama… dulu, pernahkah dia ‘peduli’ apa perasaan isteri suaminya…. pernahkah dia ambil tahu rasa kecewa yang di alami oleh perempuan itu…

Aku rasa tidak… Ketika itu dia hanya pentingkan perasaannya sahaja… kebahagiannya …

Kalau lah aku sampai hati….ingin saja aku ’smash’ rakan ku ini…kenapa dia mesti marah-marah…dan bercakap-cakap macam tak sedar diri….wal hal dulu… dia pun macam perempuan itu…

Langit tak selalu cerah….sekarang giliran dia pula alami perkara yang sama…..aku tidak salahkan takdir…. tapi aku suka untuk mengambil pengajaran dan ikhtibar perkara-perkara begini…….

Jika dulu, dia yang menjadi punca kerosakan rumahtangga suaminya sekarang….. Nah …. sekarang ada perempuan lain yang bakal menggantikan tempatnya…..bakal menjadi perosak rumah tangganya pula…..hidup ini macam roda…..setuju kan?…

Yes, life is so unpredictable and we ourselves have to be ready any circumstances that may come, anytime, anywhere…..and for things to happen, its just the matter of time, can be 20 years from now, 10 years or even tomorrow….we just have to be ready for it and hope that there are people who care enough to be beside us, going through the hard moment in life….

Aku tidaklah baik sangat….tapi aku sering mengingatkan diri ku…..agar jangan lakukan sesuatu yang kita tidak mahu orang lain lakukan perkara yang sama pada kita……

Mengecewakan orang……bermakna kita harus juga bersedia untuk dikecewakan…..

Melukakan hati orang bermakna….kita juga harus ingat bahawa tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan terluka….

Merampas hak orang …..bermakna kita tidak boleh marah kalau suatu hari nanti hak kita di rampas…..

Fikir-fikirkanlah……

No comments: