Tuesday, October 17, 2006

"Program Motivasi Cemerlang"

Sewaktu rakan sekampung saya, Muhtar Suhaili menyatakan hasrat beliau untuk membuat program " Motivasi Cemerlang" untuk anak-anak kampung kami, saya memang terus bersetuju.... kerana ini adalah program yang julung kali di adakan di kampung...

So, pada 26 Julai 2006, meeting pertama telah di adakan secara tidak formal..di Dudo Cafe, Miri...di sini kami juga telah bersetuju untuk menubuhkan Kelab Anak Muda kampung Muhibbah...dan ahlinya terdiri daripada kami sendiri, Muhtar Suhaili, Tumarawati Manshor, Hasma Hassan, Hamidah Sulaiman, Jamal, Hayati Amin, Mustakim.. He..he..That's mean program ini akan di anjurkan oleh kelab yang baru kami tubuhkan...

Memandangkan tarikh cadangan iaitu 19 August 2006 sudah hampir, so kami semua berusaha untuk menyiap tugasan masing-masing...
Memandangkan kebanyakan daripada kami bekerja dan menetap di Miri, so kami melantik wakil yang terdiri daripada Pimah, Kahar,Juriani,Heki dan Heri bagi menggerakkan kerja2 di kampung....

Tidak di nafikan mereka telah melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan bersungguh2...mereka memang memainkan peranan yang penting dalam kejayaan program ini... kami di Miri just 'order' sahaja....semua mereka lakukan tanpa 'berkira'.... banyak perkara yang mereka lakukan begitu 'mengharukan'.... tak sangka sampai tahap itu komitmen yang mereka berikan...
Alhamdulillah berkat kerjasama dan komitmen dari setiap ahli..sabtu yang lepas, 19 hb August 2006 bertempat di Surau Nurul Yaqin, Kampung Muhibbah program itu telah berjaya dilaksanakan....
Seramai 57 orang peserta yang terlibat..(walaupun kami target 60 orang)...to me it's quite good...sekurang-kurangnya ada sambutan daripada anak-anak kampung..dan menggambarkan komitmen ibu bapa dalam usaha untuk mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan yang cemerlang..Insya Allah..
Walaupun memang ada beberapa 'dugaan' yang hampir2 melemahkan semangat tetapi, Alhamdulillah berkat kesabaran dan sokongan antara ahli AJK ...di tambah dengan semangat ingin melihat 'adik-adik' sekampung cemerlang..semua masalah dapat di atasi...
Empat hari sebelum program, one of AJK, Hasma Hassan terpaksa menjalani operation coz apendix..means kami kekurangan penyumbang tenaga.. manakala sehari sebelum program saya terlibat dalam kemalangan..it was sad to see my car, but luckly nothing bad happen to me..i believe that everything happen to us Allah has a purpose for it..tentu ada HIKMAH di sebaliknya....even terpaksa melaburkan RM yang bukan sedikit untuk 'repair' .....mungkin ia bukan rezeki saya..semoga saya sentiasa kuat dalam menempuh bermacam ujian dari Allah..
Masa program dari hati ke hati...melihat adik-adik peserta menangis(semoga ini adalah tangisan penuh keinsafan)....i was touch..and i see the 'me' i left behind for all these money making activities.. i involved in accident...it's a lesson that sometimes people need to look back just for a simple reminder what we already have now...i start to understand myself, pleasuring my inner body towards a level i once reached and lost in it...in sadness i could feel...something.. it's beyond to describe...but there is something...
Walaupun perancangan program ini di lakukan dalam masa yang begitu singkat dengan ahli yang terhad...saya bersyukur kerana hampir semua 'kelemahan dan kekurangan' dapat di "sembunyikan @ tidak ketara"....apa yang di lihat dari luaran ia begitu 'sempurna' dan 'lancar'.....malah program yang dirancang selesai 10.30 malam berlanjutan sehingga 12.00 tengah malam...tanpa rungutan daripada adik-adik peserta..
Penat lelah sepanjang mengusahakan program ini berbaloi apabila melihat para peserta kelihatan begitu exited ...Di tambah dengan semangat yang di beri oleh ibu bapa yang datang memberi kerjasama...Kepenatan fizikal itu sebenarnya bukan point utama....what's more important is we learn something from this program...good knowledge...good experience...
Kepada Ustaz Nassru..terima kasih kerana telah mengorbankan masa cuti sekolah(tak jadi balik Trengganu).. menjadi ketua Fasilitator, Ustaz Ismail, Ustaz Roshaidin, Ustaz Nik Syarmizi dan Shahir...terima kasih atas ilmu dan bantuan yang di beri...sudi jengukkan diri ke kampung kami yang jalannya belum berturap..he..he...semoga pengorbanan yang di lakukan di berkati Allah...
Kepada rakan2 AJK syabas dan tahniah atas kejayaan melaksanakan program ini di kampung kita... semoga ini bukan yang terakhir....dan semoga 'adik-adik' kita akan menjadi insan cemerlang suatu hari nanti..Amiin..
Kepada Muhtar terima kasih kerana 'menarik' kami untuk join program2 sedemikian...Saya mengakui dan akur dengan kehebatan beliau dalam mengepalai program ini...semoga terus tabah,sabar dan kuat dalam usaha 'berdakwah'..'memimpin'...'membimbing'...'mendidik'...kami semua...
Akhir kata...terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini..