Tuesday, October 17, 2006

Sekadar Renungan... Al-Fatihah

Sekadar Renungan... Al-Fatihah
3 October 2006
Petang semalam, sahabat sekuliah saya, Ida mengajak saya berbuka puasa di rumah beliau...so saya turut mengajak rakan serumah...on the way ke rumah Ida, kami singgah di hospital untuk melawat makcik sekampung yang baru menjalani pembedahan akibat kanser payudara...
Actually, lama dah saya bercadang melawat beliau, tetapi keadaan and masa tidak mengizinkan...semalam mak pesan lagi supaya jangan lupa melawat beliau...terasa sebak melihat keadaan org tua itu...sudah terlalu tua dan uzur...
Kami dimaklumkan bahawa di wad yang sama, ada kenalan keluarga saya, Makcik Jumrah yang turut mendapat rawatan di situ...kalau tak salah saya akibat kanser rahim...
So, kami terus menuju ke katil Makcik Jumrah... Ya Allah, terkejut melihat keadaan beliau...yang ada di situ suami beliau, dua anak gadis beliau, seorang aunt berbangsa cina(saya tertanya2 siapa kah beliau....apa hubungan beliau dengan keluarga ini) dan seorang saudara lelaki...
Beliau dalam keadaan yang nazak... jururawat sedaya upaya memberi rawatan...tetapi Allah lebih menyayanginya.. semasa di maklumkan bahawa Makcik Jumrah sudah meninggal, suami beliau kelihatan agak tenang...redha dengan takdir Ilahi....anak beliau kelihatan sangat sedih...kami turut menitiskan air mata melihat situasi itu... sedih sangat melihat kedua-dua anak gadis beliau....berat mata memandang berat lagi bahu memikul...sapa yang tak sedih...kehilangan ibu tercinta...terutama sekali dalam bulan Ramadhan... saya kagum dengan anak sulung beliau yang sanggup 'menganggur' walaupun ada ijazah...untuk menjaga ibu beliau sepanjang rawatan..dan berumah di hospital...
Saya pasti tentu arwah Makcik Jumrah....bangga memiliki anak yang sedemikian...menjaga beliau dengan penuh perhatian dan kasih sayang...tentu beliau berpuas hati melahirkan anak begitu..
Apa yang lebih touching....rakan mereka yang kami gelar Aunt Cina (beliau berbangsa Cina)....cuba menenangkan anak gadis arwah....."You have to be strong...let ur mother go..." terharu kami melihat persahabatan ini...even berlainan bangsa tapi Aunt Cina itu kelihatan begitu caring...dan nampak begitu tulus....dan ikhlas....
Saya sempat bertanya......"Aunt, lama sudah making friend with this guys kah?".....aunt itu tersenyum mendengar soalan saya...."You a not the first one who ask me the same question...".. "U look so close with them...dah lama kenal kah ...? soal saya lagi curius...Rupa-rupanya bukan saya seorang yang berminat untuk mengetahui apa hubungan keluarga ini dengan aunt cina ini...
"Actually i know them only 1 week....(i am so surprise.... macam tak percaya..coz kelihatan begitu akrab).... my maid sama wad ngan ibu mereka...so aunt selalu ke hospital to visit my maid...dari situ we are making frend....lagipun aunt terhutang budi kerana mereka tolong aunt jaga my maid malam hari...aunt tidak dapat jaga kerana anak-anak masih kecil 5 orang..." aunt Cina itu memberi penjelasan...
Rupa-rupanya persahabatan ini baru terjalin 1 minggu... Saya akur...persahabatan yang tulus...bukan berlandaskan tempoh masa perkenalan...bangsa...agama...warna kulit...usia..apa yang paling penting keikhlasan kita dalam bersahabat..buat baik pasti balasan nya baik..kita akan dapat apa yang kita beri... semoga saya juga akan menjadi sahabat yang terbaik untuk kawan-kawan saya...
Selepas Midah membaca kan yassin...kami meminta diri untuk ke rumah Ida berbuka puasa.... walaupun berat hati meninggalkan keluarga ini...
Semoga mereka semua tabah dengan ketetapan Ilahi...dan semoga arwah Makcik Jumrah di tempatkan bersama-sama golongan yang beriman ....Ameen..
Al Fatihah..