Thursday, October 19, 2006

Sulawesi Selatan in memory

1992

Walaupun ia telah 14 tahun berlalu....tapi ia masih segar dalam ingatan... dan tak mungkin aku lupakan....

Pada cuti hujung tahun sewaktu aku berada di tingkatan 1 (1992) kami sekeluarga telah bercuti ke kampung halaman my parent... iaitu di Sulawesi Selatan, Indonesia.....

Percutian ini turut di sertai oleh seorang makcik ku dari Kota Kinabalu..

Pagi itu kami sekeluarga di hantar oleh pakcik Lese sekeluarga ke airport... dari Miri kami bertolak ke KK... kedatangan kami di sambut oleh sanak saudara ...kami sempat 'makan-makan' bekalan yang disediakan oleh makcik sementara transit sebelum ke Tawau....

Setibanya kami di Tawau, kami di sambut oleh nenek dan ibu saudara... kami bermalam di Tawau untuk shopping ala kadar untuk di jadikan bekalan dalam perjalanan...mak banyak membeli milo untuk di jadikan 'buah tangan' kepada sanak-saudara...menurut mak, orang kampung beliau memang suka minum milo Malaysia.....ia berbeza dari milo Indonesia....

Keesokan harinya kami bertolak ke Nunukan, Indonesia..menggunakan kapal express.....kami bermalam di rumah keluarga mak...sementara menunggu kapal besar untuk ke Pare-pare, Indonesia....

Di sini kami di ingatkan oleh makcik ku supaya berhati-hati kerana 'pencopet' @ 'peragut' begitu ramai...

Setelah kami di maklumkan ada kapal yang berlabuh untuk ke Pare-pare ...kami segera merebut peluang...ini kerana kami tidak mahu membuang banyak masa dalam perjalanan.... kami menggunakan sebuah kapal yang memang agak besar....Masya Allah....memang padat....dengan ratusan orang..... memang sungguh tidak selesa... dengan bau yang bermacam-macam...Tuhan saja yang tahu apa yang ku rasa ketika itu....

Perjalanan yang mengambil masa 3 hari 2 malam itu benar-benar 'memeritkan' dan 'menyeksakan' bagi aku.. yang paling syahdu aku hanya terlantar kerana mabuk laut....asyik muntah sahaja... langsung tak lalu nak makan... di dalam kapal ni kami di sediakan makanan.... aku memang langsung tak ada selera...aku tak sanggup nak menelan air minuman yang di sediakan...rasa masin air laut...eeee

Cemburu pula aku melihat adik-adik ku yang ku lihat seronok ke sana ke mari di dalam kapal itu....aku kesian melihat bapak kerana aku menghalang beliau ke mana-mana...kerana aku rasa lega setiap kali bapa mengurut leher dan kepalaku...ditengah2 laut bapaku bengang kerana aku asyik menyebut makanan yang mustahil untuk di perolehi..

"Pak, saya mahu makan buah kedondong".....perkataan ini kerap kali ku ulang.....entahlah mungkin sebab mabuk laut yang ku rasa mengundang rasa loya....yang menyebabkan aku 'teringin' makan buah-buah masam.. aku kerap kali 'terliur' mengenangkan samboi...jeruk...mangga...

Alhamdulillah ....sepanjang perjalanan ....laut tak berapa bergelora...dalam aku menahan rasa 'mabuk' mataku sempat juga meliar memandang persekitaran ..............di sini ku lihat macam-macam amalan orang....ada seorang wanita berusia dalam linkungan 30-an membuang telur dan jarum ke dalam laut tersebut sambil mulut nya berkumat-kamit......entah apa2 yang dibacanya....

Lega rasanya apabila kami sampai di Pare-pare...kami tiba tengah malam....di sini, kami ada satu lagi pengalaman...yang kami hampir2 di tipu...kami sepatutnya akan di ambil oleh 'agen' dari Syarikat Padaidi Padaelo.... memandangkan kami masing2 tidak mengenali 'rupa' agen itu..kami memang keliru kerana ramai juga yang mengaku dan menjerit sebagai agen syarikat ini.....

Suasana yang agak sesak ....penjual yang melakukan 'hard selling' memaksa kami membeli...benar-benar merimaskan.... oleh kerana ramai yang menjerit 'Padaidi Padaelo!!!!!!!' kami sukar memastikan siapa yang 'original'....tengah bapak 'berunding' dengan salah seorang agen (kami ingatkan dia agen original) tiba-tiba agen yang sebenar muncul.... agen berlakon itu tadi terus melarikan diri....aduh... hampir2 kami tertipu...tidak berani kami bayangkan apa yang akan terjadi pada kami sekiranya agen yang sebenar lambat dalam beberapa minit... Syukur Allah selamatkan kami dari niat jahat orang....

Walaupun dalam hati masih terdetik rasa was-was....tapi kami terpaksa juga mengikut agen... dalam hati aku berdoa supaya Allah permudahkan semuanya....dan semoga kami sekeluarga selamat...agen itu segera memberi kami kad syarikat (mungkin dia dapat rasa apa yang kami fikirkan) ..... kami di hantar ke sebuah rumah yang agak mewah... kami dimaklumkan bahawa rumah itu adalah rumah pemilik syarikat ... kami di sambut oleh anak gadis beliau.... beliau memaklum kepada kami bahawa kedua ibu bapanya tidak dapat 'entertain' kami kerana berada di luar kawasan...kami agak selesa kerana beliau agak peramah dan bersusah payah memasak untuk kami walaupun ketika itu sudah lewat malam....malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali...

Keesokan harinya kami di bawa 'jalan-jalan' .....makcik me 'warning' aku dan adik-adik supaya tidak bercakap di tempat membeli barang kerana di kuatiri para penjual mengetahui kami berasal dari Malaysia dan harga yang tinggi akan di kenakan...aku tidak melepaskan peluang menaiki beca...

"Korannya ibu.." budak-budak berebut-rebut menghulurkan surat kabar... aku sedikit 'blur'...rupa-rupanya koran adalah surat kabar...

Di sini ramai penjual yang terdiri daripada kanak-kanak.... mereka berjalan menjaja barang jualan masing-masing....jika di Malaysia kanak-kanak seusia mereka ini berada di dalam bilik darjah untuk menuntut ilmu bagi membolehkan mereka mempunyai masa depan yang cerah....kanak-kanak di sini terpaksa 'matang' sebelum usia.. kehidupan yang daif dan 'cukup makan' tidak memungkinkan mereka turut serta di dalam bilik darjah....walaubagaimanapun saya kagum melihat kesungguhan mereka 'mencari sesuap nasi' tanpa perlu mengemis...

Perjalanan kami yang seterusnya ialah ke Enrekan...iaitu bandar untuk kampung mak dan bapak...perjalanan agak jauh dengan jalan yang berliku-liku menyebabkan aku hampir-hampir 'mabuk'.... di sini, kami bermalam di rumah relative mak...oleh kerana kepenatan kami hanya berehat di rumah pada malam itu...mak dan bapak sibuk 'meng update' cerita dengan relative yang sekian lama baru bertemu..

Keesokan harinya barulah kami meneruskan perjalanan ke kampung halaman....makcik menyediakan kami bekalan makanan dan minuman.. 'untuk alas perut dalam perjalanan..' kata makcik...

Sekali lagi aku rasa betul-betul 'teruji'.....just imagine untuk sampai ke kampung halaman...kami terpaksa meredah hutan....bukit...sungai...lopak......ala-ala 'jungle tracking'.... Ya Allah, mampu kah aku.....

Sepanjang perjalanan kami ada juga singgah di beberapa kampung..untuk berehat .... sebelum meneruskan perjalanan... perjalanan yang jauh memang benar2 menguji.. kerana banyak tenaga yang di guna, kami mudah lapar dan dahaga... sedangkan bekalan yang makcik sediakan sudah habis... sepanjang perjalanan aku terliur melihat buah2 hutan...aku dan adik sering singgah untuk minum air sungai yang mengalir... sudah hilang rasa geli ku....yang penting rasa dahaga hilang..

Setibanya kami di Barruppu (tempat tinggal abang kepada mak) kami singgah berehat... aku dan adik sudah terlalu lapar...sementara menunggu tuan rumah sediakan makanan kami sempat terlelap..

Aku tersedar masa mak kejutkan untuk makan...aku yang dah tak sabar menjamah makanan segera ke dapur...rasa 'exited' ku tadi untuk makan tiba-tiba hilang....selera makan ku segera lenyap..melihat juadah yang di hidangkan...hanya ikan masin yang nipis (tak de isi) dan sayur yang sudah layu!!!!!! aku faham bukan sengaja tuan rumah hidangkan juadah sedemikian...tapi mereka memang tidak ada pilihan...itulah saja yang ada....

Aku segera berlari ke dalam bilik menangis....aku sangat kecewa ketika itu..perutku yang dari tadi kelaparan tiba-tiba hanya itu yang di hidangkan....(aku yang dari tadi imagine makanan sedap2)...ketika ini aku benar2 merindui Malaysia....di Malaysia dari segi makanan belum pernah lagi aku kecewa...

Aku mendengar ibu saudaraku bertanyakan mak kenapa aku dan adik-adik tidak makan...mak hanya menjawab bahawa kami sudah kenyang...(
aku tahu mak malu dan kecewa dengan tingkah laku kami sebentar tadi)...

Aku sendiri..bila ku kenang semula tingkah ku...rasa menyesal....tapi pada waktu itu usiaku masih muda dan memang masih 'emosi'..

Pada sebelah petang, datuk saudaraku mengambil aku dan adik lelakiku..menggunakan kuda...aku yang tadi hilang mood kembali ceria..ini adalah kali pertama aku menaiki kuda... bestnya...

Setibanya kami di kampung bapaku..aku dan adik ku jadi perhatian..

"Cina Hong Kong "...!!!!!
"Cina Hong Kong"...!!!!!


ada suara-suara nakal yang menjerit....pada mulanya aku blur....rupa-rupanya aku yang mereka gelar cina Hong Kong.....sabar je lah....

Datuk saudaraku terus membawa kami ke rumah ibu saudaraku...(kakak mak)...setibanya kami di rumah makcik, aku dan adik ku di peluk dan di cium nenek dan makcik sambil bertangisan....aku sendiri tidak dapat menahan rasa sebak...

Menyedari aku dan adik sedang kelaparan...kami di hidangkan makanan.. kali ini barulah aku ada selera makan.. itupun hanya nasi putih dan sambal ikan bilis jadi lauk...aku tidak mahu jual mahal lagi kali ini...
Tidak lama kemudian adikku, mak dan bapak tiba...suasana ketika itu memang 'mengharukan'...maklum berbelas-belas tahun baru mak dan bapak berjumpa ahli keluarga di kampung halaman...
Keesokan harinya kami di kunjungi oleh ramai sanak-saudara...seronok melihat mereka berselera minum air milo yang di hidangkan (baru aku faham kenapa mak beli banyak milo)....
Aku sudah mula menyenali sepupu-sepupuku....pada mulanya ada sedikit masalah mis communication....maklum aku kadang-kadang keliru dengan penggunaan bahasa mereka...
Setiap malam aku bermalam secara bergilir2 di rumah sepupuku...kata mak aku buat rumah sepupu ku macam hotel....maklum mungkin di sebabkan aku agak peramah berbanding adik-adik ku...jadi aku lebih di senangi...
Aku berterima kasih kepada seorang sepupuky, Mini yang 'cuti' daripada sekolah dan mengaji kerana ingin menemani aku ke sana ke mari...
"Mini, kau dah tamat sekolah kah?....dah pandai sangat mengajikah?.. sepupu datang terus cuti sendiri.." antara sindiran-sindiran yang Mini terima...tapi ku lihat dia tidak peduli..apa yang penting katanya..dia dapat meluangkan masa bersama ku yang selepas ini entah kapan bisa ke temu..
Di sini, tidak ada bekalan air, elektrik...hanya menggunakan lampu tanah dan mandi di sungai.. untuk hiburan, hanya ada sebuah telivesyen yang di kongsi seluruh penduduk kampung...itupun hanya 'on' sekiranya ada yang bermurah hati sponsor minyak untuk generator... sepanjang aku tinggal di sini...aku adalah 'penaja utama' minyak... ku lihat setiap malam kawasan tempat meletak tv itu penuh...maklum jarang sekali mereka dapat menonton....
Pada sebelah siang, sebagai hiburan...ku lihat mereka mengikuti rancangan radio...iaitu sandiwara semasa...cerita bersambung... ketika aku di sana cerita yang terkenal ialah "Nini Pelet"....setiap hari mereka berkerumun di tepi radio untuk mendengar sandiwara ini... pada mulanya aku sedikit ganjal...tapi lama kelamaan aku turut serta juga aktiviti mereka..
Sesekali aku akan mengikut rombongan anak muda masuk hutan... pada mulanya aku tak faham kenapa mereka bawa pisau, gula merah dan mangkuk...oooo..rupa2nya mereka ke hutan untuk mencari mempelam..dan berulam...hmmmm pengalaman baru yang tak pernah aku lakukan sebelum ini...
Kadang-kadang aku mengikuti makcikku mengutip buah pallan @ kumiri...jika di Malaysia ia di kenali sebagai buah pala...ini adalah sumber utama pendapatan penduduk kampung.....kalau tidak ada wang tunai..buah ini boleh di gunakan untuk membeli makanan di kedai-kedai.. ala-ala sistem batter...adik lelaki ku begitu seronok mengutip buah ini untuk di bawa ke kedai bagi membeli keropok...
Memandangkan adik lelaki ku ada membawa video game..jadi setiap pagi beliau bermain game itu di beranda rumah makcik ku...jadi, budak-budak sekolah yang lalu di rumah makcik ku akan berhenti untuk memerhatikan permainan adik ku...adik ku bermurah hati meminjamkan mereka video game... seringkali rumah makcik ku jadi 'sekolah'....aku kata demikian kerana pelajar2 tidak terus ke sekolah tapi singgah di rumah ibu saudaraku beramai2 sambil menunggu giliran bermain game...nampak gaya tarikan game lebih kuat...dari bilik darjah.. memang rasa lawak...tapi kesian...iyelah..kalau kita bosan dengan bermacam-macam jenis permainan mereka pula baru 'jumpa' permainan ini....
Suatu hari, aku bercadang untuk adakan jamuan untuk rakan2 dan sepupu2 ku di sini.....so akupun ke kedai runcit yang satu-satunya ada di kampung....ha...aku surprise kerana tidak ada apa2 yang aku boleh beli untuk jamuan itu..yang ada di jual di kedai hanya lah keropok, ubat nyamuk,sabun, tepung..... macam mana aku nak buat jamuan?...akhirnya aku cuma membeli tepung dan kami sama-sama membuat kueh....walaupun 'jamuan' itu hanya ala kadar tapi sangat bermakna...
Salah satu tujuan kami bercuti ke kampung ialah kerana atuk ku (ayah mak) bernazar untuk sembelih seekor lembu yang di pelihara khas untuk ku.... so kami mengadakan majlis khatam quran untuk aku dan adik ku..
Walaupun masa yang agak singkat.....tapi bagiku segala pengalaman yang ku tempuhi begitu bermakna...mengajar aku sejuta 'pengajaran'.... bersyukur dengan semua apa yang ku ada....aku semakin menghargai kehidupan kami di Malaysia...bumi bertuah!!!!!
Bumi Sulawesi Selatan mengajar aku banyak 'erti' yang sukar untuk aku 'gambarkan'....'coretkan'....'nyatakan'.... pengalaman ku ini ku rasa sangat 'mahal'...
Semoga suatu hari nanti ada rezeki untuk kembali ke sana............