Wednesday, March 21, 2007

BeLajar Lah BersYukuR...

Untuk perkongsian......sumber cerita yang di forward melalui email.......
************************************************
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox.
Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek.
Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranahla dia.Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali kesatu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai.
Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta.Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita.
Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya,tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin,kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata.
Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?Atau kita dilahirkan kurang cantik... Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang.
Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu MahaBijaksana?
Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yangbernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta.
Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya.Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.
Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur.
Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah,petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya.
Maha Suci Allah...Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur.
Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasamengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang tak nak gaji besar, kan?Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu kehilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilangmetal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT.
Tolak itu, tolak ini,dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanyamemiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF.Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gajiRM750 pun jadilah.Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dahcukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagaitrainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masatu saya dah beli kereta Iswara.
Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapibila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukupjuga!Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri.
Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang,semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. PesanNabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik.
Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2.Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allahmaka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh.Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia.
Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam.Langsung tak rehat.
Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ketempat kerja.Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Kemasjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya.Bersyukurlah Allah telah menunaikan...Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui.
Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukanniat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanyamengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir.Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita.
Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah.
Selama ini kami leka. Selama inikami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmatsyurga Mu.
Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri.
Dan jadikanlahkami insan yang tahu bersyukur.
Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup....."
**************************************************
saya benar2 terkesanlah dengan cerita ini.......ya memang benar... kita sering rasa tak cukup...rasa tak puas....bak kata orang tua2....di beri betis nak paha....ada seorang sahabat saya...berniat untuk berubah menjadi lebih baik selepas hajat terlaksana/tercapai.....di takdirkan Allah apa yang di hajat di kabulkan Allah....dan apa yang saya lihat dia bukan menjadi lebih baik....malah menjadi lebih teruk dari yang sebelum ini.....so niat tinggal niat.....bukan niat saya untuk 'mengata' tapi ia benar2 memberi saya pengajaran....dan saya harap kita semua tidak begitu.....
Saya sendiri....terus terang sering merasa tidak cukup....pendidikan, ibu bapa dan keluarga yang penyayang, kerjaya,rakan- rakan yang baik, ada harta....dan kalau di tulis apa yang saya ada walaupun tidak semewah ...sebanyak orang lain.....tapi saya memang patut bersyukur.......di luar sana, berapa ramai yang tidak berpeluang belajar......yatim piatu....miskin...menganggur....bukankah mereka lebih lagi 'kekurangan' berbanding apa yang saya dan kita semua ada...
Memanglah kalau kita bandingkan diri dengan orang yang memiliki lebih daripada apa yang kita ada........kita memang sentiasa kalah...... jadi saya sering 'memotivasi' diri saya supaya jangan bandingkan diri dengan 'mereka-mereka' yang memiliki lebih daripada apa yang saya miliki......kita tidak perlu cemburu......sepatutnya kita cemburu pada orang yang 'istiqamah' untuk perbaiki diri....pada orang yang beriman dan bertaqwa.....pada orang yang jaga solat....pada orang yang pemurah....cemburu maksud saya di sini ialah supaya kita bermotivasi untuk turut 'serta' dengan mereka....dan termasuk dalam golongan sedemikian.....bukankah itu lebih baik? dan mendatangkan faedah......
Suatu ketika dulu, selesai diploma, saya bercadang untuk bekerja di Kuching....tapi hari2 saya di suruh balik oleh parent saya...... walaupun geram tapi saya ikut juga 'arahan' parent saya.... sementara mencari kerja lain.....saya mengambil lesen memandu.....Alhamdulillah saya hanya menganggur lebih kurang 2 bulan.....saya dapat kerja di syarikat swasta.....setahun kerja di syarikat itu.......saya dapat kerja di syarikat saya bekerja sekarang......
Dalam masa yang sama, seringkali saya cuba mencari kerja yang lain, terutama di sektor kerajaan........cemburu melihat rakan2 yang mendapat banyak 'kelebihan' bekerja di sektor awam....... di takdirkan Allah....sehingga kini, saya gagal dapat kerja kerajaan.....dan saya pun sudah bosan untuk memohon.......so sekarang saya bercadang sekiranya saya nak tukar kerja biarlah yang ada di Miri......
Baru-baru ini, saya keluar makan dengan seorang pegawai kerajaan, dia merungut kerana bekerja di sektor kerajaan......' boring betullah kerja kerajaan ni..... sukati je nak transfer orang.....untung awak kerja swasta....sekurang-kurangnya dapat pilih untuk terus berada di Miri....'
Nampak tak, apa yang saya cuba sampaikan.... dulu saya sering anggap orang kerja kerajaan untung.......tapi dalam situasi ini, pegawai itu kata saya untung kerana kerja swasta.....
Ya .....memang saya untung.....kerana saya bekerja di Miri....tak perlu saya risau untuk di transfer ke mana-mana......sekarang saya makin bersyukur .....saya boleh jumpa keluarga saya dan balik kampung bila-bila masa.....ada RM20.00 sudah cukup untuk beli minyak kancil saya bagi membolehkan saya balik kampung....
Saya jarang ketinggalan apa2 program keluarga....berbanding orang lain yang kerja jauh dari kampung halaman......Mungkin gaji saya tak semewah 'mereka-mereka' yang bekerja di bandaraya KL....tapi Alhamdulillah....saya mampu tanggung diri sendiri dan tidak menyusahkan orang tua saya.....
semoga kita semua pandai bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat2 yang Allah berikan...
Di sini, saya nak kongsi ilmu yang saya dapat daripada usrah saya dan rakan-rakan.......

Tajuk Usrah : Qana’ah
Tarikh : 6 January 2007 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Rumah kak Alin
Rujukan : Buku Tarbawi : Menuju ke sholihan peribadi dan umat.
Kehadiran
1. Kak Faridah
2. Kak Amalia
3. Kak Ad’dro Haslin @ Alin
4. Kak Norleha
5. Tumarawati Binti Manshor
6. Nurul Shuhada
Qanaah : Sifat menerima dan redha apa yang Allah rezekikan/berikan - berasa cukup
Doa Rasulullah saw :
"Ya Allah, jadikanlah aku puas dengan apa yang Engkau rezekikan padaku. Berkatilah aku dalam rezekiku. Gantikanlah untukku semua yang tidak ada dengan kebaikan."
Rasulullah saw meminta di kurniakan sifat Qana’ah, sifat menerima dan redha dengan apa yang Allah rezekikan untuknya. Baginda memohon agar diberikan barakah di dalam rezeki yang diperolehinya. Dan berharap agar semua ketiadaan yang ia rasakan mendapat balasan kebaikan daripada Allah.
Kita perlu yakin bahawa orang yang paling kaya adalah orang yang paling Qana’ah terhadap hartanya. Bukan yang paling banyak bilangan hartanya - kerana memang tidak ada yang memuaskan dalam hidup di dunia.
Di riwayatkan Musa as pernah bertanya pada Allah swt...."Ya Allah, siapa di antara hamba-Mu yanga paling kaya?" Allah menjawab, " Orang yang paling qana’ah dengan apa yang Aku berikan kepadanya."
* Ketahuilah, tidak ada yang tidak kurang dalam hidup ini...ibarat sudah dapat satu nak dua...sudah dapat betis nak paha....gaji Rm1000.00 nak Rm2000.00....manusia tidak akan pernah puas...ada sahaja yang tidak sempurna menurut hati....di sinilah sulitnya kita memiliki sikap qana’ah.....oleh itu kita harus belajar menerima kekurangan..
* Qana’ah mempunyai ikatan erat dengan syukur.....syukur membuahkan qana’ah dan qana’ah memanculkan syukur.....
* Qana’ah yang menjadikan kita tidak bermimpi memiliki sesuatu yang kita tahu di luar kemampuan kita....qana’ah yang boleh jadikan kita lebih tenang, tidak keluh kesah...
* Tapi qana’ah bukanlah sikap diam, puas, tenang tanpa mahu berusaha....hanya pasrah... Qana’ah adalah sikap redha yang tidak boleh menghapus keinginan mengubah sesuatu menjadi lebih baik...tidak bererti kita diam dan tidak mahu berusaha membuka pintu-pintu rezeki halal yang Allah sediakan....sebagaimana kita tidak boleh redha terhadap kemungkaran, tidak mungkin tenang melihat kezaliman, dan tidak boleh diam menerima kejahilan.
* Ambillah prinsip Qana’ah dari sabda Rasulullah saw yang di riwayatkan Abu Darda ra " Setiap kali matahari terbit, dua malaikat berseru kepada manusia yang hidup di dunia, "Wahai manusia, bergegaslah menuju Rabb mu, sesuatu yang kurang dan cukup itu lebih baik daripada yang banyak tapi melalaikan."