Friday, March 23, 2007

Majlis Berbuka Puasa...

Tarikh : 22 March 2007(Khamis)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Rumah kak Alin & Bg Halim
Kehadiran
1. Kak Alin
2. Kan Amalia
3. Kak Hanim
4. Kak Norleha
5. Syuhada
6.Tumarawati
7. Hayati
8. Hamidah
Alhamdulillah......petang semalam....saya dan rakan serumah turut serta ke rumah kak Alin untuk majlis berbuka puasa (puasa sunat hari khamis)...
Tak sempat nak masak....maklum bekerja.....saya hanya beli kuih cakoi untuk di bawa ke rumah kak Alin......
Sementara menunggu waktu berbuka puasa....kami di beri tazkirah oleh kak Amalia......di sini ingin saya berkongsi apa yang saya dapat ...... walaupun ia mungkin sudah lama kita tahu.....cuma tak salah kita 'refresh' ilmu kita......saya akan tulis secara ringkas sahaja...
Tajuk tazkirah pada petang itu ialah "puasa"
* Puasa ialah menahan diri dari sesuatu mulai terbit fajar hingga terbenam dengan niat dan syarat-syarat tertentu.....
* mensucikan jiwadaripada penyakit hati/bersihkan hati agar hati kita sentiasa hidup iaitu hati yang sentiasa mengingati Allah....
* puasa adalah salah satu cara untuk mencapai hati bersih....
* puasa merupakan pembiasaan/latihan jiwa untuk kendalikan nafsu/syahwat....
* puasa merupakan pembiasaan jiwa untuk bersabar...sabar dalam segala bentuk.....Rasulullah SAW bersabda.....puasa itu sebahagian daripada sabar....
* puasa sebagai alat/media/cara untuk mencapai darjat takwa....
* takwa tuntutan Allah pada orang-orang yang beriman.....
* terdapat kebahagian yang di perolehi oleh orang2 yang berpuasa.... satu ialah akan masuk syurga....kegembiraan ketika berbuka puasa dan ketika kita berjumpa dengan Allah....
* doa orang yang berpuasa juga mustajab
* dan puasa akan menjadi kawan kita di kubur.......ia akan menjaga kita di bahagian kanan anggota badan.........
* puasa orang awam - menahan perut/kemaluan daripada memperturutkan hawa nafsu
* puasa orang khusus (orang2 yang soleh) - menahan perut/kemaluan dan semua anggota badan daripada memperturutkan hawa nafsu
* puasa super khusus (nabi/rasul/siddiqin) - menahan perut/kemaluan/semua anggota badan dan menahan hati daripada memperturutkan hawa nafsu.....secara total tidak mengingati benda sia-sia.....
* adab berpuasa ialah - sepatutnya selepas berbuka puasa kita sepatutnya rasa risau kalau-kalau puasa kita tak di terima Allah........ ini tidak.....masa berbuka puasa kita hanya gembira dan rasa merdeka... maklum hilang dahaga dan lapar.....
Kesimpulannya....puasa itu tundukkan hawa nafsu, untuk perkuat jiwa bagi mencapai takwa......puasa itu melemahkan berbagai kekuatan yang menjadi alat syaitan untuk memujuk manusia membuat kejahatan/maksiat.......
Semoga kita semua sama2 tingkatkan darjat puasa kita....... bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja.........
Kami bersurai dalam pukul 8.10 malam.........