Thursday, March 08, 2007

Bijak.........Bijak...........

Aku kat office ni........lunch hours......tapi aku tak keluar......tiba-tiba je rasa rindu sangat ngan anak saudaraku yang tercinta, Amirah Balqis (kakak) dan Aiman Haziq (Adik).....it's been 2 weeks we are not meet...
Mereka ni memang bijak.......dan sangat cepat dan mudah di ajar....
Aku masih ingat suatu hari, aku ke rumah mereka di quartes SRK Kita...masa tu kalau tak silap si Kakak baru 3 tahun, manakala si Adik 2 tahun... aku nak ke kedai untuk beli barang makan. So aku ajak mereka berdua mengikutku....lagipun aku tidak tahu di mana letaknya kedai....
So, si Kakak ni yang jadi petunjuk jalan.....dia membawa ku ke sebuah kedai runcit yang di miliki orang berbangsa cina...
Semasa aku sibuk memilih-milih barang mereka berdua juga sibuk untuk memilih barang...
Ku lihat si Kakak sibuk mengambil barang dan menghantar ke kaunter cashier...Roti.....keropok .....ali baba.....sementara si Adik sedang memilih-milih aiskrim....
Tiba-tiba dia mengambil aiskrim yang dibuat sendiri (maksud aku aiskrim yang harga RM 0.20 tu..) Si Kakak yang melihat adiknya mengambil aiskrim tersebut segera mendapatkan adiknya dan merampas aiskrim tersebut dari tangan adik nya.
"Adik, tidak boleh kita makan aiskrim ni. Tak halal...mak cakap kalau orang cina yang buat aiskrim kita tak boleh makan...." terang si Kakak panjang lebar.
Pemilik kedai yang ada di situ ku lihat berubah air muka nya. Aku pun terkejut juga tapi dalam hati menahan ketawa.
Kakak.....kakak.....cepat betul dia menggunakan 'ilmu' yang di turunkan oleh ibunya...
"Aunt, Adik kan nak beli aiskrim yang orang cina buat.....eeee gelinya..." kata si Kakak dalam nada yang agak nyaring.....Maklum aku jauh sedikit dari mereka....
Ya Allah....macam mana aku nak berhadapan dengan pemilik kedai ini.
Aku segera menoleh kepada pemilik kedai itu, tapi ku lihat dia buat selamba je......so aku pun lega....mungkin dia faham....budak-budak... tapi sebenarnya jauh di sudut hatiku rasa segan juga.....tapi dalam masa yang sama aku gembira juga kerana si Kakak sangat peka dengan ajaran ibunya....
Setibanya kami dirumah, ku lihat si kakak tak sabar-sabar cerita perkara ini kepada ibunya....
Adik ku cuma ketawa.....mendengar cerita anak nya....dan bersyukur kerana bukan dia yang berdepan dengan situasi itu....sabar je lah.... dia yang ajar.....aku yang mendapat tempias....nasib baik cina tadi tak marah...
Aku teringat juga dengan cerita seorang rakanku, kak Lin tentang anaknya..... Suatu hari kak Lin menghantar makanan pada anak beliau, Aiman....
Masa tu Aiman sedang makan hot dog...
"Aiman, sapa yang berik kitak makan hot dog ?" soalnya.
"Kawan kamek tadik. Wong....."jawab Aiman.
"Ya Allah....sik boleh makan mun orang cina yang berik atau masak..." kata kak Lin sambil mengorek ke dalam mulut Aiman....
"Muntah kan semua makanan ya...." kata kak Lin.
"Lain kali jangan lagi makan k. Apa-apa jak yang orang cina berik atau masak...sik boleh ....kita tok orang Islam...sik boleh sebarang mun nak makan..." nasihat kak Lin.
Aiman cuma mengangguk kepala.
So, suatu hari, di pejabat kak Lin, ada demo periuk.... so semasa demo, agen yang berbangsa cina menunjukkan cara masak....so beliau masak ikan yang di beli oleh kak Lin....
Sesudah masak, semua mencuba ikan tersebut termasuk kak Lin.
Aiman yang turut ada di situ pula enggan.
"Aiman, cuba makan ikan tok..." kata kak Lin sambil menghulurkan isi ikan pada Aiman.
"Eeee....sik mauk lah....kan orang cina yang masak...."jawab Aiman.
"Kan dolok mak cakap sik boleh makan mun orang cina yang masak..." sambung Aiman lagi.
Kak Lin dapat rasakan muka beliau merah saat itu.....
Yang lain cuma senyum sahaja. Termasuk agen itu tadi....
Kak Lin pula tak terkata.....cuma diam sahaja....maklum dia juga yang pernah cakap perkara tersebut....
Semasa kak Lin ceritakan perkara ini kepadaku....aku memang tak dapat menahan ketawa......Lucu....lucu....
He.....he......aku kalau kenang cerita ini....mesti senyum sendiri.... susah juga kan sebenarnya nak didik anak.....tak boleh salah sikit...dan mesti jelas....takut salah 'dimengertikan".......