Friday, March 09, 2007

Lagi Cerita Arwah Azrul....Al-Fatihah....

"Jemput ke rumah malam esok...kenduri makan/tahlil 40 hari untuk arwah Azrul"..sms yang di hantar oleh kakak arwah Azrul, kak Aziah pada petang hari rabu 7 Feb 2007.
Pejam celik......pejam celik.......rupanya dah 40 hari arwah Azrul meninggal....cepat betul masa berlalu....
Aku segera forward message tersebut untuk rakan-rakan yang lain untuk makluman.
Malam tadi, di temani Yasmin, Hayati dan Hamidah....aku kerumah arwah Azrul untuk kenduri tahlil sebaik saja selesai solat magrib.
Walaubagaimanapun kami tidak sempat untuk turut serta tahlil kerana ia sudah berlangsung sebaik sahaja kami tiba.....walau apa pun.... yang penting aku dapat menziarahi keluarga ini....
Selesai solat Isya.....ibu arwah ku lihat tidak dapat menahan sebak....lalu menangis aku cuma mampu menenangkan beliau....
Aku tahu, makcik redha dengan 'pemergian' Azrul...tapi sebagai ibu beliau cuma tidak dapat mengawal perasan rindu pada anaknya...rindu pada gurauan arwah...kenakalan arwah yang memang suka menyakat beliau...
Menurut makcik, saat paling beliau sedih ialah ketika beliau memasak... teringat-ingat beliau pada arwah Azrul yang sering ke dapur bartanyakan "apa masak kitak mak?"..... sehingga saat ini makcik macam tak sanggup nak masak yang sedap-sedap....kerana ini membuatkan dia sangat merindui arwah....
Aku memang maklum tentang 'keakraban' arwah Azrul dengan ibunya... berpeluang keluar makan dan lepak bersama arwah beberapa kali cukup untuk aku dan rakan yang lain 'perasan' perkara ini.... seringkali ibu beliau menelefon beliau......bertanyakan di mana beliau.....dan Azrul juga tidak lupa untuk 'mereport' diri pada ibu beliau.... mula-mula dulu setiap kali keluar dengan Azrul....memang kami agak rimas....mana tidak telefon tak henti-henti berdering...panggilan yang di terima pula dari ibu beliau....bertanyakan pukul berapa Azrul nak balik...
Sehingga aku dan seorang rakanku Liza, menggelar beliau 'anak mak'... maklum....sikit-sikit mak....Arwah Azrul memang sangat 'attach' dengan ibu beliau....Menurut Azrul, ibu nya ni memang 'perisau' orang nya... Seorang lagi rakan kami, Wadi turut mengakui perkara ini.... Wadi cakap, ibu Azrul kadang-kadang 'treat' Azrul macam budak-budak.... Tapi kami tahu, Azrul memang anak yang baik.....dan bertanggungjawab pada keluarga....
Sering juga beliau menemani ibunya 'shopping'.....
Selain itu, Azrul juga sangat memanjakan adik beliau, Rini....dan aku memang 'touching' lah tengok the way Azrul dan Rini bercakap.... Sesekali kami keluar makan beramai-ramai...di situ aku dapat menilai beliau seorang yang sangat 'loving' brother.....pernah juga terdetik di hatiku untung betul si Rini memiliki abang seperti arwah.... Sangat prihatin....
Manakala kakak arwah pula, tidak dapat melupakan arwah ketika memasak spagetti.....kerana arwah sangat minat memakannya.....
Aku masih ingat suatu ketika dulu.....arwah nak masak spagetti untuk ku dan Liza jika berkesempatan.....memang bukan rezeki kami.....arwah 'pergi' sebelum sempat melaksanakan hasrat beliau itu....
Tak kira macam mana sayangpun semua orang yang ada di sisi Azrul... tapi Allah lebih sayang pada beliau....Azrul hanya di 'pinjam' kan seketika untuk kita....dan waktu itu sudah cukup tempoh....Azrul perlu kembali kepada penciptanya....
Semoga arwah di cucuri rahmat dan di di tempatkan bersama-sama orang yang beriman....
Untuk diriku dan semua.....ingatlah dan sedarlah..........KEMATIAN itu pasti.........dan tiada siapa pun yang akan terkecuali dari melaluinya.....
Di sini aku nak kongsi artikel tentang saat-saat menjelang kematian.... semoga kita sentiasa dalam keadaan yang 'sedar'.....
TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI!!!!!
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar .
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil . Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. TANDA 40 HARI Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar .
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak!!!